Di arena,

" ish mana Ali ni!? Dah lewat dah ni! Nanti kena marah dengan General baru tahu " kata Alicia sambil marah sebab Ali lambat datang ke arena.

" sabar lah Alicia. Mana tahu dia sakit perut ke? Kita tunggu je la dulu. " kata Khai.

" fine!! " kata Alicia.

Setelah beberapa minit, Ali pun tiba di arena. Dia ialah orang yang paling lambat tiba di arena.

" kau pergi mana ha Ali!? Lewat kau sampai arena ni! " tanya Alicia.

" aku kata aku pergi tandas kan. Takkan tu pun kau tak boleh tunggu. " balas Ali.

"Eh dia ni! Aku sepak satgi kan sia-sia aje" kata Alicia.

" ala sor- " belum sempat Ali menghabiskan ayatnya ada yang memotong percakapan nya.

" Ali. " kata seorang perempuan yang di dalam hologram.

Mereka semua pandang ke arah meja hologran dan terkejut kerana ketua teras ( kecauali ejen Zain. Dia berada di sebelah meja tersebut) berada di hadapan mereka.

" ye " balas Ali

"Kamu tahu kan hari ni hari apa? " tanya perempuan tu.

"Tahu" balas Ali.

"Kamu dah bersedia?"tanya perempuan tu.

" dah ejen Dayang. Bila kita boleh mula? " Tanya Ali.

"selepas magrib" kata E. Dayang.

"Baiklah. beritahu saya bila saya kena dat-" Ali tidak sempat menghabiskan ayatnya ada seseorang memotongnya.

"M-mula apa? Apa yang korang bincang kan ni? " tanya E. Gheeta.

"Ali belum bagitahu kamu semua lagi? " tanya seorang lelaki.

"B-bagitahu apa E. Zain? " mereka tanya.

"Bahawa dia kena pergi ke luar negara kerana ayah dia bertukar di sana? " kata E. Zain.

" m-mana ada dia bagitahu kami. Dia selalu mengelak bila kami tanya dia. " kata Alicia.

" Ali kamu kata kamu akan bagitahu mereka? Kenapa kamu belum bagitahu mereka" tanya E. Zain.

"Saya lupa E. Zain. Maklumlah saya busy dua tiga hari ni. Takde masa nak bagitahu mereka. " kata Ali sambil kenyit matanya ke arah ketua teras. Mereka hanya mengangguk tanda faham dengan apa yang di kata kan oleh Ali.

"Baiklah kami faham. Okey Ali, kami ingin memberitahu bahawa terima kasih kerana sudi menjadi ejen yang terhebat dan berkhidmat kepada MATA. kami juga ingin meminta maaf jika kami ada tersalah-silap semasa kamu berkhidmat di sini. Dengan ini, kami mengesahkan bahawa Ali Ghazali akan berhenti menjadi ejen MATA. " kata E. Zain sambil menghulurkan tangan nya untuk bersalaman dengan Ali.

" saya juga ingin meminta maaf jika saya ada membuat salah semasa saya ada di MATA. Saya juga ingin berterima kasih kerana sudi menerima saya menjadi ejen di dalam MATA. Dengan ini saya Ali Ghazali berhenti menjadi ejen di dalam agensi ini dan saya juga bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa tentang hal ini sehingga saya mati. Dan sekiranya saya melanggar sumpah, saya akan membunuh diri saya dan tidak menyesali membuat perkara sebegitu. " kata Ali sambil menyalam tangan E. Zain. Ke semua ejen yang berada di situ terkejut dengan perkara yang di sebut oleh Ali. ( kecuali ketua teras kerana mereka sudah tahu)

"Baiklah dengan ini, Ali bin Ghazali sekiranya kamu melanggar sumpah kamu, kami akan membunuh kamu tanpa menunjukkan sebarang belas kasihan dan ki akn membuang mayat kamu di dalam pancaran Azurium" kata E. Dayang.

Ke semua ejen terkejut dengan penyataan E. Dayang.

"E-ejen Dayang tipu kan? Takkanlah E.Dayang nak bunuh anak buah ejen Dayang? "Tanya Alicia.

" betul. Kami akan membunuh ali sekiranya dia melanggar sumpah nya. Dan yang paling teruk, kamu semua akan mengikuti kami memburunya" kata E. Dayang. Mereka semua terkejut. Tiba-tiba seseorang bersuara..

"Ali sudah tiba masanya untuk pergi. Nanti kita tertinggal flight" kata seseorang yang memakai pakaian biasa. Di sebelah orang tersebut adalah seorang lelaki yang berpakaian kerja dan membawa dua beg besar.

"Ok mama! Saya pergi dulu. Assalamualaikum" kata Ali.

"Oh satu lagi saya ingin memberi kamu semua pendrive ni. Setelah saya pergi, saya ingin kamu semua membuka pendrive ni dan melihat isi dalam nya. " kata Ali sambil berlari ke arah ibu bapanya.

" ALI! " mereka menjerit sambil menangis.

Dan di situ mereka terpisah. Ali menahan air matanya kerana dia tidak sanggup untuk menangis di hadapan rakan-rakan nya.

Setelah kelibat Ali pergi, mereka memberikan pendrive yang di beri oleh Ali kepada Khai dan menyuruh nya untuk memutarkan video yang berada di dalam pendrive tersebut.

Di dalam video tersebut,

"Assalamualaikum korang. " kata Ali.

Jeng jeng jeng. Apa yang berlaku? Nantikan di chapter seterusnya.

Dan jangan lupa vote. Satu lagi tolong baca cerita saya satu lagi yang bertajuk The Ace Squad Gang.

Bye bye

Kisah Hidup Ali ( E.A) Where stories live. Discover now