CHAPTER 40

58 5 0
                                    

"Abang! Berhenti! Jangan pukul Lycus macam tu!" Jerit aku.

Benar aku terkejut dengan pukulan yang Ender berikan. Sangat tangkas sekali gus membuatkan Lycus terbaring dan bergelut di situ. Aku cuba hentikan Ender tapi lengannya terlalu kuat untuk menghentikannya.

"Abang!" Sekali lagi aku menjerit. Namun dia tak mengendahkan.

Ender tetap memukul dan menumbuk dengan kuat kepada tubuh Lycus. Ni nak lepaskan geram ke apa ni? Aku nampak Lycus yang dah terseksa menjerit membuatkan aku semakin geram dengan tindak-tanduk Ender itu. Dan sekali lagi aku mencuba untuk leraikan.

Secara tiba-tiba, Lycus menarik tanganku dan menolak aku jauh daripada mereka. Lycus bangkit daripada perbaringan dan memukul Ender pula. Kali ni, Lycus bertindak lebih ganas dan menyerang Ender untuk beberapa kali.

"Noo!! Lycus! Please stop!!" Aku kembali ke arah mereka dan menarik lengan Lycus. Lengannya terlalu besar dan berotot. Aku tak mampu mahu menentang dan sebaliknya, tubuhku ditolak dengan kuat sekali lagi.

Aku hanya memerhati daripada sudut di bilik itu. Menunggu entah bila mereka nak tamatkan. Aku melihat Lycus memukul Ender dengan kuat. Membuatkan aku rasa sedih dan menangis. Tak sanggup lihat suami sendiri kena pukul sebegitu rupa. Tapi apa aku boleh buat? Aku cuba untuk selamatkan dia tapi Lycus terlebih dahulu menghalang dengan menolak tubuhku jauh tersasar.

Aku menunduk kerana menahan air mata. Perlu ke mereka bergaduh besar macam ni? Ender ada musuh? Tapi dia kata Lycus kawan dia. Perlu ke aku beritahu Nevan bahawa mereka sedang bergelut? Tapi aku terlalu emosi untuk semua itu.

"Damn we kill it very well, Lycus. What a good skill you have!" Ender dan Lycus berjabat tangan.

Aku ternganga. Eh? Mereka bertarung atau berlatih?

"I can't believe you still remember every skill I teach you before. You also killing it very well! I'm proud of you!" Lycus memeluk Ender. Dan sekali lagi aku ternganga.

Entah kenapa aku rasa geram dan mahu merajuk. Buat malu aku je. Tak pasal-pasal aku dah menangis sebab risaukan Ender. Tapi realitinya, mereka hanya berlatih untuk melihat jika Ender masih kuat atau tak.

"Macam mana? Hebat tak abang?"

Erk? Perasan betul. Dia tak tahu ke aku sedang menahan geram? Nak aje aku ketuk kepala dia sebab suka buat aku risau tak tentu pasal.

"Sampai hati abang? Abang tahu tak Mia dah gelabah sebab ingatkan abang dengan Lycus bergaduh" Aku mula menarik muka.

Aku merapati tubuhnya. Kelihatan lebam-lebam di bahagian dahinya dan sedikit di sisi matanya. Walaupun hanya berlatih, tapi dah nampak macam betul-betul bergaduh. Bahagian sisi mulutnya pula ada sedikit pendarahan sama seperti Lycus. Mereka berdua cedera kecil di sana sini.

Aku pergi mengambil first aid kit yang sudah tersedia di bilik. Aku mula untuk merawat Ender yang dah luka itu. Dalam masa yang sama, aku masih menahan geram. Tak padan dengan luka di belakang tak elok lagi, sekarang cari pasal lagi.

"Sorry. Abang tak berniat nak buat Mia risau. Tapi kalau Mia nak tahu, Lycus tu mentor abang. Dia ajar abang cara Karate dan dia juara MMA kali ke 18. Dia selalu masuk MMA dan setiap kali itulah, abang bangga dengan dia. Abang minta dia ajar abang. Tapi abang tak berminat nak masuk MMA. Cukup belajar macam mana skill saja abang dah rasa cukup" Jelas Ender.

Sekarang baru aku tahu kenapa Lycus begitu hebat dan tangkas. Patutlah papa pilih dia jadi bodyguard terkuat papa.

"Kadang-kadang abang suka cari gaduh lepas tu kami bergelut. Dan abang mesti balik dengan luka dan lebam di badan. Tu tandanya, abang nak hilangkan stres dan lepaskan geram. Because everytime I think about Liam, I be very mad. Abang anggap Lycus tu Liam dan abang pukul dia sekuat hati abang" Jelas Ender lagi.

Aku tak sangka dia sanggup korbankan dirinya dengan mendapat luka sana sini hanya kerana Liam yang selalu target aku dan papa.

"Tapi Mia tak suka. Mia tak suka abang pakai cara ni"

"Why? Why Mia?"

"Kalau abang rasa stres, abang jumpalah Mia. Abang luah dekat Mia apa yang abang rasa. Mia tak nak abang cedera setiap masa. Sakit sangat. Abang pun janganlah lupa tuhan kita. Bila abang tak dapat kawal tahap tertekan abang, abang mengadulah kat Allah. Allah tak akan lupakan kita dan selalu mendengar setiap apa kita luahkan "

Aku mengusap lembut tangannya yang berbalut. Aku menunjukkan betapa aku sayangkan dia. Dia tak ada sesiapa dalam hidup dia dan tak pernah ceritakan pada aku. Aku pula tak bertanya hanya kerana takut menyinggung perasaannya.

Ender memeluk tubuhku dan.. bau aromanya memikat. Jujur aku rindukan pelukannya. Kami selalu dekat tapi entah kenapa aku rasa kami terlalu jauh untuk berpelukan sebegini. Pelukan yang erat bagai tiada hari esok.

Aku mendengar esakan. Ender menangis? Dia tertekan sebanyak itu? Kenapa dia tak beritahu aku apa-apa tentangnya?

"Terima kasih sebab Mia selalu ada dengan abang. Abang tak ada sesiapa melainkan Mia. Hilang Mia, hilanglah segalanya dalam hidup abang. Abang risau Liam apa-apakan Mia lagi. To be honest, I got nothing to protect you. I feel very useless"

"No you're not useless, abang. Abang berguna untuk Mia dan papa. Abang usaha untuk lindungi kami. Abang korbankan nyawa abang demi kami. Tapi, kalau abang nak tahu, Mia pun rela mati untuk abang"

"What the hell?"

Suara itu kami kenal. Lycus menekup mulutnya sambil melihat ke arah kami. Cepat-cepat aku leraikan pelukan kami yang menunjukkan kasih sayang itu. Kami berdua hanya diam dan mempamerkan reaksi tak bersalah.

"Er.. Lycus, I'm sorry for not telling you. Sir Mavis's daughter is my wife. We already married about 3 months just now" Jelas Ender. Aku nampak muka Lycus berkerut tak percaya.

Dan mereka berpelukan lagi. Pelukan sebagai kawan yang dekat. Wajah Lycus mempamerkan reaksi bahagia. Bangga kerana anak muridnya itu sudah berkahwin. Dengan itu, Lycus mahu mengadakan parti untuk meraikan hanga kami bertiga saja. Aku hanya angguk alang-alang tak buat apa-apa.

Kami bertiga berkumpul di ruang tamu dan aku menyiapkan makanan di dapur sambil dibantu oleh Ender.

"Dengan siapa lagi abang rapat selain Nevan dengan Lycus?"

Ender mengelap pinggan mangkuk yang sudah aku basuh. Aku pula bersedia untuk meletakkan makanan di atas pinggan.

"Ramai juga. Tapi ada juga beberapa bodyguard yang sombong dan kuat mengata pasal abang. Sebab abang selalu kena denda dengan papa. Jadi, mereka anggap abang ni tak berguna"

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now