SHC(S2) 1

26 1 3
                                    

" Bingo ! "

" Weh, serius lah ?! "

" Betul lah . Ingat aku main-main ke ? "

" Tak sekarang ni kau biar betul. Tepi lah sikit, sakit pinggang aku ni. "

Yeonha menolak tangan Jungkook yang masih berlingkar di pinggangnya.

Masing-masing masih berselubung dalam selimut. Mana taknya, anak diorang dah siap-siap hantar rumah Puan Ahn. Minta Seokjin yang jaga.

" Kau ni, mana ada aku tipu kau. Cuba kau tengok, ini je yang ada . Nak pakai biasa-biasa mana boleh. Kau ni..."

Yeonha bangun dari katil dan pergi mendapatkan paperbag yang baru Jungkook bawa balik untuknya.

" Aku tak nak pakai baju ni ! Kau dah kenapa tak bincang dengan aku. Aigoo ! "

" Cantik apa ? Pakai je lah. Mahal tahu tak aku beli untuk kau. Tu, siap ada autograf pereka dia lagi. Kau jangan main-main..."
Ujar Jungkook yang enak baring diatas tilam sambil memerhatikan Yeonha yang sudah menyinga itu.

Kan dah kata, ada anak ke takde anak ke dia memang angin panas.

" Baju aku dah banyak lah. Kau jangan nak membazir boleh tak ? Dengan baju apa-apa entah beli untuk aku ni. "

" Ni dah kalah macam pengantin baru ni. Nanti orang ingat aku pula yang nak kahwin."
Bebel Yeonha sambil mengenakan dress dihadapan cermin besar itu.

" Kau fikir mulut orang kenapa ? Biarlah, yang penting kau nampak cantik. Kau kan isteri aku. Nanti bila kau berjalan dengan aku baru orang cakap yang aku pandai jaga bini."

Yeonha sudah menjeling Jungkook yang sentiasa confident dalam berkata-kata.

" Haa, ya lah. Dengan kau semua nak nampak perfect. Baju aku je ? Baju anak ? Dah settle belum ? "

" Kau jangan tanyalah baju anak. Baju Yeora dah sebulan aku booking. Tu ada sekali dalam paperbag tu. "

Yeonha tersenyum bila Jungkook dah settle kan bab baju Yeora. Takde lah dia sakit kepala nanti nak cari.

Korang bukan tak tahu, Jungkook semua nak nampak vibe-vibe berclass dengan dia. Walaupun dah jadi bapak, perangai dia masih macam dulu.

Cuma tak cringe lah.

" Dia pun nak nampak cantik depan imo ( emak saudara ) dia. Tu aku percaya bab kau cari baju anak. Kau tahu kan aku dari zaman dulu mana reti nak pakai baju formal."

" Aku suka pakai biasa-biasa je. Pakai hoodie...tapi kau tetap cakap fesyen aku zaman kuno. Tahu lah aku tak pandai nak cantik-cantik macam orang lain."

Jungkook dah renung Yeonha lain macam . Ada yang nak kena ni.

" Dah habis dah ? Kalau aku cium kau tu, baru ada akal. Aku tak kisahlah, asal kau cantik untuk aku je. Kau tengok Yeora, kecil-kecil dah cantik. "

" Dia ikut muka papa dengan omma dia lah. "
Jungkook sempat masuk bakul angkat sendiri.

" Sebenarnya aku yang cantik juga. Kalau tak, kau takkan jatuh cinta dengan aku. Betul tak Jungkook ? "

" Nasib baik kau tak jatuh hati dengan si Boreum tu . Nasib lah sekarang dah arwah. "

Mendengar sahaja nama mendiang Han Boreum dipetik, terus Jungkook melompat dari katil dan menekup mulut Yeonha.

Manakala tubuh Yeonha dan Jungkook mula jatuh ke katil semula.

" $!!!$!#!$;#;!!!! " Jerit Yeonha kelemasan.

[OG] SUAMI HIGH CLASS (S2)Where stories live. Discover now