"Woi! Sini!" Carl memanggil sambil melambai lambaikan tangannya.

Lelaki yang berambut coklat keperang-perangan itu bernama Carl Idham. Dia Malaysian-American. Berumur 21 tahun. Seorang yang ceria dan selalu tersenyum.

Ayden ternampak Carl yang sedang melambaikan tangannya. Ayden pun pergi ke meja mereka.

Keadaan di meja tersebut sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi sudu garfu bergesel dengan pinggan dan bunyi dari meja lain. Mereka semua melihat telefon masing-masing. Ada yang tengok IG ade yang tengok FB ade yang tengok Youtube dan ada yang scroll tiktok. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka memecahkan kesunyian tersebut.

     "WEHH AYDENN TENGOK NII!" Syahmie bersuara.

Muhammad Syahmie atau lebih dikenali sebagai Syahmie merupakan ahli termuda dalam circle diorang. Umur dia 19 tahun. Tetapi Syahmie sering dipanggil 'Si Kecik' kerana dia paling rendah diantara mereka. Dia seorang yang peramah dan happy go lucky.

Syahmie meletekkan telefonnya di tengah-tengah meja makan. Semua mata tertumpu pada skrin telefon Syahmie.

  Top 10 atlet paling handsome dan berbakat.

1. Ayden Rizqeey
2. -
3. Darris Mateen
4. -
5. -
6. -
7. -
8. -
9. -
10. -

     "Anjayyy nama kau ada sia dalam list! Gempak siott!" Syahmie berkata.

     "Eh nama kau pon ade la ris!" Kata Carl.

Lelaki yang bernama Darris tadi pun hanya mengangguk.

Darris Mateen ialah seorang yang agak tegas berbanding kawan kawannya yang lain. Dia bersifat matang. Dia tak banyak cakap. Dia hanya akan cakap bila perlu. Dia berumur 24 tahun.

     "Tapi ada satu lagi nama tertinggal." Carl berkata.

     "Sape??" Mereka berempat berkata serentak.

     "Nama Carl Idham. Hansome jugak mamat tu. Ala ala mat saleh gitu. Berbakat jugak tu." Carl berkata.

Mereka berempat hanya merenung Carl. Confident level die sangatlah tinggi ye. Mereka hanya merenung. Tidak senyum. No reaction.

     "Tolong ye bagi la reaction sikit. Jangan la buat aku rasa cam sendu." Carl berkata.

     "Tak nak lah menipu tapi memang sendu." Syahmie berkata.

Mereka semua gelak terbahak bahak.

     "Haah nama coach pon tak de dalam ni. Dia tertinggal kot." Akhirnya coach bersuara.

Semua senyap. Masing-masing bergilir-gilir pandang sesama sendiri. Nak gelak ke tak nak? Nak gelak ke tak nak? Ke nak menangis?

     "Ha.ha.ha. lawak nyeee." Kata Ayden.

Semua sambung gelak terbahak bahak. Syahmie macam nak muntah dah aku tengok. Tu la gelak melebih lagi.

Coach mereka iaitu Coach Hafizi yang mereka anggap sebagai kawan  dan pada masa yang sama macam ayah mereka. Dan Coach Hafizi juga merupakan coach kepada pakcik Ayden, iaitu Arif Haziq. Hubungan mereka berlima sangat rapat bagaikan anak beranak.

Setelah habis makan, Ayden, Carl, Syahmie dan Darris pergi ke locker manakala Coach Hafizi pergi ke pejabatnya.

Ayden mengambil kunci locker dari poket seluarnya. Dia membuka locker tersebut. Terdapat sebuah bouquet coklat di dalamnya. Sebuah bouquet coklat kinder bueno, iaitu coklat kegemaran Ayden.

Baginya benda ini perkara biasa. Ada yang bagi bouquet bunga, makanan, perfume, jam tangan dan lain-lain. Semua itu dari peminatnya.

     "Wahh die dapat coklat lahhh nakkk!!" Syahmie terpandang bouquet coklat di dalam locker Ayden memandangkan locker mereka bersebelahan.

Will You Be Mine?Where stories live. Discover now