05 | Rejections.

38 19 2
                                    

"REYA..." aku seru kesekian kalinya apabila dia tetap berdegil tidak menyahut.

Mata pun enggan menatap wajah aku. Lebih rela memandang pokok tegak yang disimbah cahaya bulan.

"Maafkan saya Roman, saya masuk dulu ya. Kita bincang lain kali." awal lagi dia dah mengelat sebelum sempat aku asak dengan soalan.

"Saya tak nak ada lain kali, kita kena bincang sekarang Reya." bentakku. Tangan dikepal kuat. Aku tak nak tunggu lebih lama. Dia lupa gamaknya dia dah bazirkan enam hari penungguan palsu aku dulu. Mana mungkin aku nak tambah lagi sehari dua.

Dan aku lebih ingin tahu sesuatu...

"Saya perasan awak nampak macam kurang terkejut. Awak tahu saya ni cucu Nek Mun?" aku rasa aneh dengan reaksinya. Riak muka seolah dia dah boleh agak aku akan datang ke rumahnya malam ni. Tadi pun ibu datang ke masjid bersama orang lain. Dia mengelak tak nak jumpa aku kan? Eh, tapi kenapa sekarang dia macam dah tak peduli lagi? Dia boleh saja teruskan bersembunyi sehingga seminggu aku habis di kampung ni.

"Terkejut saya dah habis petang tadi. Saya nampak awak kat tepi sungai depan tu. Lepas ni tolong jangan baling batu, kita tak tahu kalau ada budak senyap-senyap mandi sungai sana."

Al kisahnya...

Aku tetap angguk faham walaupun tahu dia tidak nampak. "Oh, jadi awak tak ikut ibu ke masjid sebab saya lah kan?" dugaku.

"Mana ada!" nampak tertekan wajahnya. "Sa... Saya tak boleh solat buat apa saya pergi." sambungnya perlahan. Kali ni dia berani tentang mata aku.

Sempat aku ambil kesempatan untuk tilik wajah mulusnya. Sangat cantik. Seketul jerawat pun bersih dari wajah. Apa agaknya penjagaan kulit yang dia amalkan ya?

Eh, ke situ pulak!

Aku jongket kening. Kurang yakin. "Betul ni bukan mengelak dari saya?"

"Bukanlah! Kalau iya saya tak jumpa awak lah malam ni." tiba-tiba dia naik angin. Kemudian kepala ditundukkan semula. Tak paham pula aku dengan dia ni.

"Awak tak tertanya kenapa saya boleh ada di sini? Awak tak nak syak langsung saya datang cari awak?"

"Tak, awak tu cucu Nek Mun. Awak balik sini sebab cucu Nek Mun kahwin minggu depan."

"Kenapa awak tak nak kata yang kita ni sememangnya ada jodoh?"

"Saya anggap cuma kebetulan."

"Kebetulan kita ini adalah aturan Allah. Harini kita bersua pun kerana kita ada jodoh." ulangku dengan nada separa mengusik.

"Merepek aje lah. Saya tak nak kahwin dengan awak!" barannya dengan mata menikam tajam ke arahku.

"Tapi saya nak!" aku degil? Memang dari lahir.

Jeda.

"Dan lagi satu , saya kurang percaya dengan jawapan awak beri dulu. Tak sedia? What a funny liar!" gerutuku sambil peluk tubuh.

"Saya betul tak bersedia Roman. Tolonglah faham." nadanya persis sedang merayu.

"Alasan itu saya tak terima." Putusku tak peduli.

"Kita baru sekali jumpa. Saya tak kenal awak. Awak pun tak kenal saya."

"Yang ni pun saya tak terima. Kita boleh kenal lepas kahwin. Saya rasa ramai saja pasangan suami isteri kenal selepas kahwin, lebih-lebih lagi jodoh aturan keluarga. Ke awak nak saya guna kuasa veto keluarga saya?" ugutku.

Reya berdecit marah. "No one has to know about us, that could ruin you."

"Me? Only me? Why not us? Jujur pada saya Reya agar saya lebih faham." kenapalah dia suka buat aku sangsi begini. Apa salahnya kalau berterus terang? Aku pun tak perlu lah nak fikir yang bukan-bukan.

TI Roman | (HIATUS)Where stories live. Discover now