Zarif asyik buruk sangka pada dia! 

Wajah Zarif dipandang. Lelaki itu juga nampak seperti tersakiti. Tapi dia juga lagi sakit!

"Aku nak tahu! Jawab sahaja ya atau tidak! Susah sangat ke Mikayla?!" bentak Tengku Zarif. Bahu Mikayla dicengkam kuat.

Mikayla menyeringai kesakitan. Air mata sudah mula bertakung di kolam mata. Kepalanya terasa pening. Dia dengan kuat menolak tubuh Zarif sehinga lelaki itu terdorong ke belakang.

"KAU PERGI! KAU PERGI SEKARANG! Mika dah tak nak tengok dah muka abang! I HATE YOU!!" jerkah Mikayla. Dia bagaikan hilang pedoman. 

"Mikayla!!!" pekik Tengku Zarif.

"PERGI!"

Tengku Zarif pandang wajah yang sedang menangis itu. Bibirnya diketap kuat. Kalau tak diikutkan rasa ego yang bergelora, mahu sahaja dia meluru memeluk tubuh remaja itu. Dia rindu gelak ketawa Mikayla. Dia mahu kembali pada Mikayla tapi dia tak sanggup menerima perbuatan Mikayla di belakangnya. Dia sayang, dan kerana sayang itu hatinya bagai tergores parah. Pedih!

"Kau ingat, selangkah aku pergi, aku tak akan kembali lagi pada kau Mikayla. Aku akan anggap kau dah tak wujud dalam hidup aku..." datar suara Tengku Zarif sebelum kakinya dipusing untuk beredar dari situ. Langkahnya terhincut hincut.

Mikayla jatuh terduduk di lantai mozek. Air mata laju merembes keluar. Matanya digam kukuh pada susuk tubuh yang terhincut hincut berjalan keluar dari perkarangan rumah Dato' Marina. Sebaik sahaja Tengku Zarif menghilang, segala rasa hiba dan pedih dalam hati dia hamburkan sekuat-kuatnya. Hanya apabila bonda menarik dia masuk barulah dia bangun dari situ.

Dan beberapa hari selepas itu, dia berangkat ke Padang Selatan, Sumatera, Indonesia. Dia tinggal bersama pembantu yang ditugaskan untuk menjaga dia di sana. Jujurnya pada mulanya dia bencikan tindakan bonda. Bonda seperti mahu menyembunyikan dia kerana malu punya anak seperti dia. Tapi bila dia di sana barulah dia sedar, bonda hanya mahu dia tenangkan diri. Bonda mahu dia lupakan segala tekanan yang dia hadapi. Cuma bondanya tidak pandai memujuk dengan ayat ayat lembut. 

Bondanya melarikan dia seketika untuk mengelakkan dia dari dipanggil pihak polis. Mereka asyik memaksa dia untuk melakukan pemeriksaan. Terasa jijik padahal dia sudah berkali kali menafikan yang dia tak pernah mengandung. Dia masih dara! Dia tak pernah melakukan hubungan dengan mana mana lelaki. Sakit hati bila orang luar sibuk sibuk mahu meminta dia membuktikan dia masih dara! Bodoh!

"Dekat sana tu lah Mika kenal dengan Idham. Idham jadi kawan Mika. Idham tu muda dua tahun dari Mika. Bapa Idham orang Malaysia tapi mak dia orang Padang. Lepas bercerai, mak dia bawa Idham balik kampung. Tapi Idham tak bahagia juga dengan mak dia. Mak dia depresi. Kami jumpa pun sebab Idham selalu datang jenguk mak dia di tempat Mika selalu pergi untuk sesi kaunseling." ceritanya sambil dipandang wajah keruh Tengku Zarif. Pipi Zarif yang basah dengan air mata lelaki itu diusap lembut. 

Dia tersenyum manis pada suaminya, dia tak mahu suaminya menyalahkan diri sendiri. Itulah antara sebab dia sukar nak memulakan ceritanya tentang Idham. Kalau menyebut tentang Idham, dia terpaksa bercerita juga bagaimana boleh terjadinya perkenalan mereka.

Dia pasti kalau dia bercerita, Tengku Zarif akan rasa bersalah. Sama seperti waktu suaminya itu tahu tentang hal lukisan tempoh hari. Dia tak mahu Zarif terus menerus diselubungi rasa bersalah. Dia hanya mahu Tengku Zarif tahu yang dia kini sudah kuat. Tengku Zarif penguat semangatnya sekarang. Dulu Tengku Zarif jadi begitu kerana dibutakan dengan rasa cemburu dan dia tak salahkan lelaki itu. Dia faham.

Dia juga tak terniat mahu mengembalikan rasa bersalah dalam diri suaminya. Dia tahu Tengku Zarif sekarang dan Tengku Zarif yang dahulu sudah berbeza. Dia cuma bercerita supaya suaminya tak bersangka buruk pada Idham. Idham itu insan yang hadir di saat dia perlukan teman bercerita. 

The Forced Fame [COMPLETE]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora