04 | We were meant to be.

Start from the beginning
                                    

"Bunyi apa tu?" soal pakngah.

"Agaknya si Ella dah balik tu... Haih! Budak-budak ni..." gumam Nek Mun.

"Tasha! Kau jenguk tengok-tengokkan kalau ada apa-apa."

"Tengok apa nek?" seorang gadis muda bertudung bawal jenguk kepala dari dapur.

"Ella ada balik ke?"

"Haah, dah tiga hari." sahut si cucu.

Kami yang baru sampai tadi jadi pemerhati saja. Bingung pun iya. Ella ni siapa pulak? Rumah sebelah tu rumah cucu Nek Mun juga ke?

"Ha... Patutlah. Kau pergi sana kot-kot makcik kau tu perlu apa-apa." arah Nek Mun. Si Natasha pantas bersetuju lalu membawa langkah menuju ke pintu sebelum menghilang masuk ke dalam rumah sebelah. Semuanya jelas ditonton melalui tingkap rumah Nek Mun.

"Bunga masih tinggal situ ke Mun?" suara atok memecah kesunyian. Kami masing-masing pandang Nek Mun yang beriak susah hati.

"Ya. Risau aku dengan dua beranak tu."

"Kenapa dengan Bunga?" kali ni suara pakngah pula, sepertinya dia juga kenal yang bernama Bunga itu.

"Bekas tunang anak Bunga tu lah, tak habis-habis ganggu dia orang berdua dalam rumah tu. Dah berbuih rasanya mulut Jamila halang anak dia jangan ganggu Bunga dengan Ella, tak serik langsung budak tu. Patutnya Ella tu sekarang duduk bandar, tak tahu kenapa dia tiba-tiba balik sini." cerita Nek Mun.

Bekas tunang psiko lah ni? Tiba-tiba aku teringat akan seseorang itu.

"Tak report polis ke?" soal maklang.

"Banyak kali dah buat. Anak Jamila tu anak kesayangan, mana maunya Jamila bagi anak dia tidur lokap. Lagipun anak dia memang sakit otak siap dapat kad OKU, tak tahu celah mana cacatnya itu. Cacat otak agaknya. Polis pun dah malas nak layan perangai gila dia."

"Cucu Nek Mun yang nama Natasha cantik jugak. Nampak sopan dan ayu. Kau tak nak try?" paksu soal aku rawak. Cukup pada pendengaran aku seorang.

"Kita ni saudara lah!" aku marah paksu.

Tenggelam sudah cerita pasal jiran sebelah.

Aku buka telefon lalu layan facebook. Tidak ambil 'port' lagi dalam sesi berborak antara mereka yang lain.

...

AKTIVITI di kampung ini aku rasakan terhad bagiku. Tiba sekitar jam 2 petang, lalu jamah makan tengah hari, kemudian berborak seketika dengan Nek Mun di ruang tamu, lepas tu aku minta diri untuk lelapkan mata di dalam bilik dan berakhirlah di sini sekarang, pada jam 5 petang aku duduk sorang diri di atas pangkin kayu depan rumah Nek Mun. Apa yang dapat aku simpul... Bosan. Sangat bosan!

Tak sampai sehari pun lagi. Bagaimana lah aku nak hadap hari-hari yang mendatang. Minggu-minggu terakhir ni aku rasa sangat berharga kerana aku hendak fokus sepenuhnya kepada hobiku sebelum aku 'menduakannya' lagi dua bulan akan datang. Sudahlah atok melarang aku bawa 'hobi' aku itu datang ke sini. Anti sungguh dia dengan macbook aku. Itu pun hampir saja aku derhaka mahu seludup masuk ke dalam bagasi aku pagi tadi.

Aku bawa langkah ke luar pagar lalu duduk mencangkung menghadap sungai yang bertentangan dengan rumah Nek Mun. Batuan kecil atas tanah aku ambil lalu campak masuk ke dalam sungai. Terpercik sedikit air sungai, tetapi tidak mengenaku. Air sungai sedang di fasa surut.

Beberapa saat kemudian, aku berdiri lalu bawa langkah masuk ke perkarangan rumah sebelum menghenyakkan punggung ke atas pangkin semula. Aku panggung badan mengunakan kedua tanganku ke belakang lalu mendongak kepala ke langit.

TI Roman | (HIATUS)Where stories live. Discover now