bab 7

103 4 0
                                    

Aku tergamam. Mata membulat saat dengar apa yang memasuki ke dalam deria pendengaran aku. Apa yang dikatakan itu sudah membuktikan Zryan sama seperti orang-orang yang mengejar aku.

Dia tahu. Dia tahu rahsia terbesar yang aku tak pernah kongsikan pada sesiapa. Rahsia kelebihan yang ada pada diri aku.

Tapi... macam mana Zryan boleh tahu?

“Zryan?” Aku soal tak percaya. “Apa semua ni? Kau salah seorang daripada mereka?”

Zryan hanya diam tanpa membalas.

Aku menggeleng perlahan. Sepatutnya aku lebih berhati-hati daripada awal. Aku terlalu mudah mempercayai seseorang. Disebabkan pertolongan yang Zryan berikan tadi, macam tu saja aku letakkan kepercayaan kepadanya.

Aku sepatutnya lebih beringat tentang arahan daripada mesej yang aku dapat semalam. Aku tak boleh percayakan sesiapa. Termasuk orang yang sudah membantu aku. Dan kini, aku sudah masuk ke dalam perangkap mereka.

Aku berdecit sendiri.

Tahu kesilapan yang telah dibuat.

Aku mengetap gigi melihat wajah Zryan yang tidak beriak itu. Terasa bodoh kerana dengan mudah aku mempercayai pertolongan yang dihulurkan. Genggaman pada bagasiku dieratkan. Selangkah demi selangkah aku mengundur. Kaki bersedia untuk melarikan diri.

Baru saja aku mahu melarikan diri, tiba-tiba Zryan menjerit namaku.

“Euria! Watch out!”

Terasa bahu dan tangan aku ditarik pantas oleh Zryan. Dia menolak aku ke tepi daripada kawasan aku berdiri. Tubuh badannya digunakan untuk melindungi aku daripada sesuatu.

Badanku tersandar di dinding tandas bersama tangan menggeletar hebat. Terkejut dengan tindakan pantas oleh Zryan. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku sehinggalah muncul sesuatu yang mendarat tepat di hadapan muka aku.

Picagari. Nampaknya picagari itu betul-betul menyasarkan aku kerana dia mendarat tepat di tempat aku berdiri tadi. Kalau Zryan tak tolak aku ke tepi, mungkin aku dah menjadi mangsa kepada alat tersebut.

Pantas kepala menoleh. Kelihatan seorang lelaki berpakaian gelap. Ditangannya terdapat satu bentuk senjata seakan mirip pistol. Dan aku yakin, senjata itu yang melepaskan picagari tadi.

Lelaki itu sasarkan aku!

Di dalam picagari itu terdapat satu cecair bewarna biru. Entah apa cecair itu berfungsi, mungkin racun atau sesuatu yang melemahkan aku.

Dalam hati aku bersyukur Zryan sempat melindungi aku daripada menjadi sasaran jarum tajam tersebut.

“Lari!” jerit Zryan. Dia menarikku masuk ke dalam sebuah pintu yang terdekat.

Aku yang masih terkejut cuba memproses situasi sekarang. Kaki masih melangkah mengikut ke mana sahaja Zryan membawaku pergi. Mataku melihat ke arah tangan Zryan yang utuh mengenggam lenganku.

Sekelip mata, aku menarik semula daripada genggaman dia. Aku baru teringat tentang kejadian tadi. Tak semudah itu aku mempercayakan lelaki di hadapanku ini.

Zryan turut berhenti apabila aku tidak lagi mengikut langkahnya. Keningnya bertaut. “Kau tunggu apa, Euria? Nanti mereka datang balik!”

“Lepas tu? Kau nak bawa aku ke mana?” soalku. Kalau Zryan tak muncul bantu aku, lebih tepat, berpura-pura bantu aku, mungkin aku takut untuk berhadapan dengannya kerana dia adalah salah seorang daripada kumpulan jahat itu. Tetapi, entah kenapa aku berani untuk berkomunikasi dengannya lagi.

Walaupun jauh di sudut hati, aku memang kecewa kerana telah ditipu oleh Zryan. Aku ingatkan aku boleh menceritakan perihal masalah aku. Dapat meluahkan apa yang aku hadap sepanjang hidup aku, tapi itu semua dusta.

Aku terlalu mudah percayakan orang.

“Kau... salah seorang daripada mereka kan?” soalku perlahan. Menatap sepasang biji mata milik Zryan.

“Apa kau cakap ni, Euria? Aku bukan daripada mereka,” nafi Zryan. Dia melepaskan nafas berat. Seperti ada sesuatu yang masih belum dijelaskan.

“Bukan daripada mereka, tapi ada tujuan sama seperti diorang?” Walaupun aku masih berharap Zryan akan menafikan tekaanku, tapi melihatkan wajahnya yang berubah, aku tahu tekaanku betul.

Zryan meraup wajahnya. “Euria, aku perlu selesaikan misi ni secepat—”

“Misi? Apa maksud kau?” potongku.

Bam!

Bunyi pintu yang dibuka kasar mengalihkan perhatian kami. Sekumpulan lelaki berpakaian gelap mula meluru masuk ke dalam. Masing-masing mula mengejar kami saat bertembung dengan aku dan Zryan.
Aku berdecit perlahan. Cepat betul mereka mencari!

Seperti tadi, tahu-tahu saja Zryan sudah menarik tanganku untuk selamatkan diri. Bagasi aku turut dibawa olehnya. Nasib baik tiada barang dalam tu, senang sikit untuk membawa lari kerana ringan.

“Apa misi yang kau maksudkan?” Sempat aku bertanya. Hati aku masih tak tenteram jika tak dapat jawapan. Aku masih berbelah bahagi untuk percayakan Zryan atau tidak.

Aku menarik tanganku kembali apabila sudah seiring dengan larian Zryan.

“Kau, Euria! Kau misi aku!”

Setelah itu, seorang lelaki menjerit mengarahkan kami untuk berhenti. Mereka masih tekun mengikut langkah kami.

Bang!

targetWhere stories live. Discover now