Qaysla | 1

764 14 2
                                    

Pintu office Qays diketuk oleh Khayla.Khayla terus memasuki apabila diberi arahan daripada Qays.

"Khayla, saya ada urusan yang perlu diselesaikan oleh kamu tapi ni nak design banglo untuk member saya. Dia nak bagi banglo untuk ibunya. Kalau senang saya nak awak pergi sekali pada waktu lunch nanti boleh kan?"kata Qays.

"Err.. boleh."Patutlah cakap dengan aku elok-elok.Rupanya ada udang di sebalik mee. Haha. Nak suruh tolong kawan dia pulak. Apa boleh aku buat dia boss aku kuli sahaja. 

"Err... Encik Qays, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ehh."Gila dia ni.

Tengok aku dari tadi macam nak tembus biji mata dia. Teringatkan marka dia ka? Si Dahlia tu?Ehh..pelik lah pulak si Dahlia tu takdalah datang jenguk Encik Qays. Gaduh kut...ah lantaklah kat diorang tu bukan urusan aku pun.

"Hmmm. tak da apa-apa dah.Awak boleh keluar sekarang. Jangan lupa 'date' kita tau"hehe. Qays memerhatikan gadis itu keluar dari biliknya.

Hai! Kenapa dengan jantung aku ni macam nak terkeluarlah pulak bila aku tengok dia.

Betullah papa kata, Khayla ni memang baik. Bukan tu saja,Khayla ni pandai masak,clever girl,baik hati dan macam-macamlah. Memang layak dijadikan isteri aku.Haha.

Qays ketawa sendirian.Memang gila dia ni.

- Khayla Nafeesa -

Khayla keluar dari pejabat Qays. Zahra setia menunggu di ruang kerja Khayla.

"Apa kata boss? Dia ajak kau dating ehh elelele." gurau Zahra. Dia bersandar pada meja kerja Khayla.

"Eh memang taklah aku nak dating dengan Encik Qays." Khayla menyilangkan tangan. Tak kuasa aku nak dating dengan boss sendiri.

"Yelah Khayla, kalau suka cakap. Takdelah aku ni macam syok sendiri tentang kau dengan boss kita ni. Hahahaha" Zahra menepuk bahu Khayla. 

"Dahlah aku nak sambung kerja ni kang marah boss singa tu! Rawr!" Zahra terus ketawa. Yang bukan-bukan semua dekat mereka berdua. 

Zahra mengelap air matanya. Penat ketawakan si Khayla.

"Dahlah aku pun nak sambung kerja ni. Tata titi tutu." Lambaian diberi. Zahra kembali melakukan kerja yang tertangguh.

"Tata.." 

- Qays Luqman -

"Kenalkan Khayla ni kawan saya Syakir, Syakir ni Khayla." Qays kenalkan mereka berdua.

Syakir menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Khayla. Khayla sekadar menundukkan kepala dengan seguris senyuman.

"Assalammualaikum,Encik Syakir"Khayla berasa serba salah. Nilah masalahnya kalau berurusan dengan klien lelaki.

"Ohhh waalaikumussalam. Maaf Khayla."Syakir malu dengan diri sendiri. Dia mennggosok tangan pada seluar. 

Dalam hati dia sedikit berbangga dengan gadis di hadapannya. Masih ada lagi gadis seperti Khayla yang mengetahui batas. Wow impressive!

"Syakir aku rasa baik kita start perbincangan now. Lagi cepat lagi bagus."

Entah kenapa hati Qays rasa panas dengan situasi sekarang. Malah dia lelaki tahu makna pandangan Syakir terhadap Khayla. Semudah itukah Syakir jatuh cinta?

Kenapa aku ada rasa tak senang hati. Jealouskah? Aku sayang kan dia kah?! Oh, tak! detik hati Qays. Qays berperang dalam hati. Yang pasti dia tidak dapat fokus dalam perbincangan itu. Hatinya serabut. Damn! Ni semua sebab dia! Nur Khayla Nafeesa!

DIA YANG TERBAIK UNTUKKU  | OGDove le storie prendono vita. Scoprilo ora