"Ala,kau tolonglah."Rayu Aisar.Tak pernah-pernah Aisar merayu kepadanya hanya kerana hal ini dan ia membuatkan Izham dapat tahu sesuatu.Sesuatu yang sudah lama hilang dan akhirnya muncul kembali. 

"I'm glad that Aisar Hayza back to normal."Ucap Izham lalu tersenyum  gummy smilenya. 

"Habistu sebelum ni aku gila ke?Dah,pergi sekarang.Bye."Malas mahu melayan sahabatnya itu. Ya,dia pun sedar akan hal itu.Dia pun tidak tahu kenapa dia berubah secara drastik seperti ini.Adakah dia sudah melupakan masa lalunya?Kalau betul,dia harap perkara itu tidak akan pernah datang semula ke fikirannya.

BILIK SAKIT CHS

"Ehem." isyarat untuk Arissa tahu kehadirannya disitu.

 "Oh,hai!" Sapa Arissa dengan senyuman.

 "So,ini yang Aisar buat kat kau huh?That guy."Kata Izham lalu menggeleng kepala dan mengambil tempat di kerusi sebelah katil Arissa.

 "Macam mana kau tahu?"Soal Arissa terkejut.Buku sejarah yang dibacanya terus diletakkan di atas pehanya.

 "Aku dengan dia dah berkawan lama.Lebih daripada kawan."jawab Izham sambil menyilangkan tangannya ke dada. 

"Wait,lebih daripada kawan?Are you guys gay?"Balas Arissa dengan wajah terkejutnya berserta tangan diletakkan di mulut untuk menambahkan lagi riak terkejutnya. 

"No,I mean,kami dah kenal sejak kecil lagi dan boleh dikatakan seperti adik beradik."Tersentak dibuatnya apabila mendengar spekulasi daripada gadis itu. 

"Ouh.So,how about us?"Tanya Arissa. 

"Us?" Soal Izham hairan.Kenapa pula dengan mereka? 

"Yes.Fashion show." Jelas Arissa.

"Ouh,Cikgu Zoey cakap ada banyak tema untuk peringkat saringan dan kita perlu siapkan semuanya sebelum bulan depan." Terang Izham.

"Hermm,,tema dia apa?"Sifat ingin tahu yang tinggi.

 "Casual,Boss,Arabic,Novel,Nature and Romantic." Penjelasan yang padat.

"Banyaknya.Sempat ke?"Bukanlah apa,sekarang ini pun masa mereka penuh dengan kelas tambahan.Mana ada masa lain untuk buat sesuatu.

 "Aku rasa sempat je kalau kau sudi ikut jadual aku." Dia sudah membuat persediaan awal lagi.Almaklumlah memang sudah memiliki pengalaman yang luas tentang kerja yang satu ini.

"Apa jadual kau?"Kagum juga dengan jejaka dihadapannya.Jarang jumpa lelaki yang pandai sediakan jadual masa.

 "Setiap hujung minggu datang rumah aku dan kita shoot dua tema."Terang Izham 

"Tempat,photographer kau jangan risau.Aku ada barang baik punya."Tambah Izham apabila melihat balasan Arissa yang hanya diam.

 "Kau hanya perlu pakai pakaian yang sesuai,make up and done." Mudah saja tugasan yang perlu Arissa lakukan.

"One more thing.Just,you're lucky girl."Ujar Izham tiba-tiba dan membuatkan tanda tanya dalam diri Arissa.

 "Kau boleh balik pukul 5.Pastikan Aisar tengok kau dulu baru kau boleh balik.Faham?"Pesan Izham tegas. 

"Kenapa kena tunggu mamat poyo tu pula?Aku nak balik sekaranglah.Bosan gila duduk sini."Jawab Arissa sambil meramas selimut.

 "Just listen to me."Balas Izham lalu keluar dari bilik sakit tersebut.

TAMAT KELAS TAMBAHAN 5 EUPHORIA

"Oi,pendek.Bangun.Kau nak tidur sini sampai esok pagi ke?"Sapa Aisar sambil mengetuk meja yang berada disebelah katil Arissa.Arissa yang terganggu akan bunyi meja itu terus mengeliat kecil dan membuatkan Aisar terus terdiam dan memandang Arissa yang masih lagi lena tidur. 

"Haihlah pendek.Mentang-mentang ada aircond,bukan main ye kau tidur mati?Habistu aku nak kejut kau macam mana ni?"Kata Aisar dengan dirinya.Dia telah dimaklumkan oleh Izham bahawa Arissa baik-baik saja dan itu membuatkan dirinya lega.

Aisar melihat jam dinding yang menunjukkan pukul 5:15 dan dia belum menunaikan solat asar lagi.Lantas dia masuk ke dalam tandas untuk ambil wudhuk.Sejadah dibentang.Takbir dilafazkan.Manakala Arissa yang terjaga disebabkan terdengar bacaan solat daripada Aisar.Matanya yang terpisat-pisat ditonyoh untuk melihat gerangan yang solat.

Matanya terhenti pada sebatang tubuh yang sedang khusyuk solat.Entah kenapa suka pula dia melihat jejaka itu menunaikan rukun Islam yang kedua.Nasib dia sedang cuti.Walaupun salam sudah diberi,Arissa tetap dengan kedudukannya iaitu duduk menghadap Aisar.

Aisar yang telah memberi salam terus memalingkan kepala kebelakang.

 "Kau belum solat lagi kan?" Soalnya.Soalan yang dibalas dengan gelengan dan sekaligus membuatkan Aisar faham akan maksudnya. Tangan ditadah untuk berdoa.Arissa yang perasan akan tindakan Aisar,lantas menadah tangan bersama.

"Jom,aku hantar kau balik."Ajak Aisar. 

"Tak pe.Aku boleh telefon Pak Wan."Aisar hanya menganggukkan saja dengan jawapan Arissa. Mereka yang berada di perhentian bas itu dilanda kesunyian.

"So,baju tema untuk kau dah ada ke?"Soal Aisar bagi memecahkan kesunyian yang dari tadi membuatkan dirinya berasa janggal.

 "Belum.Tengoklah nanti aku pinjam baju kawan-kawan aku."Jawab Arissa.Disebabkan ketinggian tempat duduk tidak menyamai dengan ketinggiannya membuatkan kedua-dua belah kakinya tergantung dan bergoyang kedepan dan belakang persis budak kecil. 

"Nope.Nanti aku hantarkan untuk kau."Kata Aisar 

"Asal pula?" Soal Arissa dan membuatkan dirinya memandang ke arah tepat pada wajah jejaka disebelahnya.

"Just listen to me."Balas Aisar dan memandang wajah gadis disebelahnya untuk sekilas.

"Tak habis-habis listen to me.Ingat aku ni anak patung ke dia ke?"Monolog Arissa berasa geram.

"Mana Pak Wan kau ni?"Soal Aisar lalu melihat jam di tangannya. 

"Sikit lagi sampai lah tu."Jawab Arissa tidak keruan.Dia juga berasa gelisah kerana sudah satu jam mereka dalam keadaan begini.

"Lagi 5 minit kalau tak datang lagi,biar aku yang hantarkan."Ujar Aisar.

"Herm."Tak boleh buat apa.Dia pun berasa bersyukur kerana jejaka itu ada dengannya tika ini.Kalau Pak Wan betul-betul tak datang tidaklah ralat untuk dia pulang.Apa-apa pun dia berharap Pak Wan datang mengambilnya.Sebolehnya dia tidak mahu jejeak itu yang menghantarnya pulang.Kalau tidak,sudah pasti dia kena lagi denagn mak longnya.

Tepat 5 minit,kereta jenama Bezza biru cair berhenti dihadapan mereka.Niat Aisar yang ingin menghantar Arissa terbatal.

"Aku balik dulu.Thanks for today.Bye."Ujar Arissa dan memberikan senyuman segaris kepada jejaka tersebut dan dibalas dengan anggukan saja.

 "Take care" Kata hati Aisar.Hanya dalam hati saja yang mampu berkata.

















TBC

Vote,Comment,Share


OUR DESTINYWhere stories live. Discover now