"Oh my bad, I shouldn't have said that. It's a gift from Grand," bibir dicebik. Sesaat kemudian, tatapan Hazi berubah serius semula. Seketika, Hael mati kata. Diam tidak terkutik.

"You may pick me up once you own a car from your hardwork. Bukan orang suap." bahkan Hazi sendiri tidak pernah meminta-minta pada datuk mereka. Segala kepunyaan Hazi yang dia miliki sekarang merupakan hasil titik peluhnya. Dia tidak mengharapkan duit keluarga biarpun keluarga mereka lebih dari mampu untuk menampung sara hidup Hazi.

"Look, Zee. Apa pula yang I nak jawab pada Grand kalau dia tanya kenapa you tak balik dengan I?" wajah Hael mula gelisah. Otak bercelaru memikirkan nasibnya nanti. Sudahlah datuk mereka mulut murai. Sekali lelaki itu buka mulut, boleh bernanah telinga.

"Should I solve that problem for you?" bidasan pedas dibalas sebagai jawapan.

"No? Then, bye." sekilas dia memberi tatapan tajam sebelum membawa bagasinya beredar sama. Cepat-cepat kaki Hael membontoti langkah Hazi yang langsung tidak memandang kilas ke arahnya.

"Zee! Please!" banyak kali dia cuba tahan langkah Hazi. Hael seakan-akan tidak wujud. Dia langsung tidak kesah ada banyak mata yang memandang sekarang.

Hazi menggunakan eskeletor untuk ke ruang parkir kereta. Lebih pantas. Tambahan ada manusia degil sedang mengejar langkah pantasnya.

"Zayn, thankyou teman aku. Aku rasa aku silap makan tadi, meragam teruk perut." lelaki yang baru saja tapak keluar dari tandas memegang perut kempisnya. Dahi berkerut. Selesai melepaskan hajat.

Zayn yang menyandar itu tidak memberi sebarang balasan. Mata hanya memandang skrin telefon. Tidak tahu buat apa. Nak kata main Instagram, lelaki aneh itu tidak mempunyai akaun.

"Kenapa tak lama lagi?" Zayn angkat wajah, bertembung mata dengan rakan di hadapannya. Penuh perlian dalam soalan Zayn.

Berkerut dahi rakannya. Zayn yang faham akan pandangan itu mengalihkan lirikan mata. Menyuruh lelaki itu pandang sekeliling. Kemudian, Zayn pandang skrin telefon semula.

Sedikit membulat biji matanya. Tanpa dia sedar, banyak mata-mata sedang memandang Zayn. Ada yang bawa keluar telefon dan rakam lelaki itu. Bagaimana dia boleh lupa bahawa Zayn sangat terkenal di kalangan peminat bola sepak?!

Ada yang lebih menarik. Zayn bersandar pada poster besar wajahnya yang terpacak di atas kepala. Pada gambar itu, ada Zayn sedang memegang sebiji bola dan memandang ke arah kamera. Di hujung poster, terdapat tanda tangan Zayn sebagai duta jenama tersebut.

"Aduh, Zayn! jujur aku lupa!" lelaki itu tepuk dahi. Patutlah Zayn tiba-tiba bawa naik kepala jaket. Bukan dia tidak tahu Zayn tidak suka menjadi perhatian di khayalat ramai.

"Chill," rakannya itu pula gelabah lebih sedangkan dia tenang saja. Tambahan, Zayn sudah terbiasa dengan situasi sebegini. Tapi boleh tahan lama juga lelaki itu sidai Zayn. Kira-kira setengah jam.

Tiba-tiba datang satu suara melintas gegendang telinga. Panggilan kuat menggamit perhatian Zayn. Kepala toleh ke kiri. Serta merta wajah wanita yang dia kenal memenuhi kornea.

Kelihatan Hazi sedang menarik bagasinya dan menuju ke arah mereka. Wajah seperti biasa, ketat. Tetapi kali ini ditambah dengan tatapan mengerikan. Seakan-akan menahan marah. Kemudian, seorang lelaki di belakang Hazi mencuri perhatiannya. Lelaki itu sedang mengejar Hazi? 

"Zee! stop before I—"

"What? before what?!" Hazi hilang sabar. Tajam matanya menikam pandangan Hael. Tak faham-faham lagi, ke? dia ingin sendirian.

"Kau nak mengadu pada Grand, aku tinggalkan kau? lepas tu minta simpati dia? I dare you, Hael Theron. I fucking dare you." makin tajam lirikan mata Hazi. Lelaki itu sedikit tergamam mendengar ugutan tersebut.

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲On viuen les histories. Descobreix ara