Dengan penuh cermat Darya memandu kereta kancil yang merupakan satu-satunya kenderaan yang mereka sekeluarga miliki. Begitu banyak jasanya. Lagu yang berkumandang dari radio memenuhi ruangan kereta. Bibirnya menyanyi kecil sambil jari mengetuk stereng menikmati dentuman lagu.
Sedang asyik dia memandu kereta dengan ditemani muzik lagu, tiba-tiba sebuah motosikal besar melepasi keretanya.
Ssupp!
Darya sudah menyumpah seranah dengan kebingitan bunyi enjin motosikal itu. Hampir gugur jantungnya. Dari jauh dia memerhati motor besar yang berada di lorong kanan itu.
Matanya sibuk memerhati pergerakan motor yang terumbang-ambing ke kiri dan ke kanan dalam satu arah. Mengucap panjang Darya dibuatnya. Sungguh membahayakan. Tak sayang nyawa betul!
Tatkala motor besar itu menunggang rapat di sisi kereta kancilnya, matanya pantas menghadiahkan jelingan maut ke arah penunggang itu yang masih sibuk memerhati jalan di hadapannya. Kuat betul bunyi enjin motor dia ni. Habis tenggelam alunan lagu radio di dalam kereta.
Perlahan-lahan motor itu bergerak ke hadapan sedikit ingin bertukar arah memasuki lorong jalannya. Baru sahaja motor itu berura-ura ingin bertukar arah memasuki lorong tengah, tidak semena-mena belakang motor besar itu berlanggar dengan sudut kanan kereta kancil Delila.
BUM!
Darya tersentak mendengar bunyi yang agak kuat hasil langgaran itu. Terlopong mulutnya. Tindakan refleks, penunggang motosikal besar itu turut berpaling ke arah belakang. Turut terkejut dengan bunyi kuat itu. Mujur sahaja tak terjatuh.
Dilihat sahaja penunggang motor itu yang sedang bergerak ke bahu jalan, segera dia memberi signal kiri mengekori penunggang motor lelaki itu. Berbakul makian terucap di bibir kepada si penunggang motor itu. Sudahlah ini satu-satunya kereta yang ada.
Seusai menarik brek tangan, Darya membuka tali pinggang keselamatan dan segera membuka pintu, melangkah keluar dari kereta kancilnya. Langkah terus diatur ke hadapan kanan keretanya. Mulutnya terbuka sedikit melihat kesan calar yang terhias di tepi lampu kereta.
"Maafkan saya. Awak tak apa-apa ke?"
Tubuh Darya berpaling menghadap si pelaku tadi. Atas bawah dia pandang lelaki itu. Pinggang dicekak.
"Bawak motor tu tak boleh elok-elok sikit ke? Tengoklah sekeliling!" Cemuh Darya menahan geram. Terkedu lelaki itu dibuatnya. Penuh sopan-santun dia bertutur, macam tu aje gadis tu balas.
"Bunyi enjin motor dahlah bising." Tambah Darya lagi buatkan lelaki itu terpana.
"Wah! Sedap kau hina motor aku." Daleel sudah tidak tahan sabar. Bahasa yang digunakan terus ditukar mengikut rentak Darya. Pantang betul kalau orang kutuk motor kesayangannya.
"Sekarang ni kereta aku dah calar. Kau kena bayar balik ganti rugi." Tanpa berperasaan Darya melontarkan ayat itu. Berkerut dahi Daleel. Dia membongkok menghadap kereta kancil milik Darya.
"Mana calarnya? Tak ada pun. Kau sengaja nak tipu aku, kan?" Puas dia menilik kereta itu. Langsung tidak kelihatan kesan calar yang dimaksudkan oleh gadis itu.
Darya mendengus kasar, "ini apa? Buta ke?" Jari menunding tepat ke arah garisan halus di tepi lampu kereta. Buat sekian kalinya Daleel terpana dengan bahasa gadis itu. Bukan calang-calang perempuan ini. Sebaik melihat garisan halus yang ditunjukkan, tubuhnya kembali menegak memandang Darya. Harap muka je cantik... tapi bahasa, nauzubillah.
"Suka hati kau je kannn nak cakap aku butaaaa." Meleret nada Daleel memerli Darya. Darya silangkan tangan ke dada. Langsung tak terkesan dengan perlian Daleel. Dia masih menanti jawapan lelaki itu mengenai bayaran ganti rugi keretanya.
Faham dengan raut wajah Darya, Daleel menghela nafas berat, "macam ni jelah... setakat berapa cm aje calar kereta kau ni. Apa kata kau bayar sendiri." Mudah dia melepaskan leher sendiri.
"Lagipun, kereta kancil aje kut. Murah kalau nak cat semula kat kedai."
Darya ternganga. Abah! Tengoklah, dia kutuk kereta kita!
"Tak kisahlah murah ke tak. Kau tetap kena bayar." Darya masih berdegil. Sendiri buat, kenalah tanggung.
"Aku akan bayar kalau kereta kau ni hancur sampai tak boleh bergerak. Setakat calar sikit macam ni, takkan aku kena bayar jugak? Entah-entah kedai pun tak sudi terima kesan calar yang sikit ni." Tak faham betul. Berkira betul perempuan ni. Tak adalah panjang mana calarnya. Boleh diukur kot. Bahkan, bukannya nampak pun kalau dari jauh. Buktinya, kalau dia berdiri tegak, kesan calar itu langsung tidak kelihatan dengan jelas.
"Kalau kau tak ada duit sangat... aku cadangkan kau beli water colour, lepastu warna sendiri kesan calar tu. Water colour kan murah... banyak jual kat tepi jalan. Tinggal nak beli aje. Jimat pun jimat."
Terlopong Darya mendengar bicara tidak sopan lelaki itu. Ingat dia miskin sangat ke? Tak mampu nak bayar cat kereta ni? Dia hanya minta bayaran ganti rugi disebabkan perbuatan lelaki itu sahaja. Apa yang susah sangat lelaki ini mahu beri? Sedar akan hal itu, hujung bibir dinaikkan.
"Sebenarnya, kau yang tak ada duit, kan? Sebab tu kau bagi banyak alasan tak nak bayar ganti rugi kereta aku ni." Duga Darya. Puas hatinya melihat perubahan raut wajah lelaki itu. Diri sendiri yang tiada duit, mahu cakap orang lain pula. Ceh!
Bagai mahu tersembul keluar biji mata Daleel. Dia kematian kata-kata. Aduh! Macam mana boleh terkantoi... dia bukannya tak ada duit, duitnya banyak di dalam bank sahaja. Daleel seorang yang memang malas mahu memegang 'cash'. Apa-apa urusan dia akan bayar guna debit sahaja. Takkan dia mahu keluarkan duit dari bank semata-mata gadis di hadapannya ini? Memang taklah!
"Excuse me, aku bukan tak ada duit ye... cuma aku rasa tak berbaloi je kalau nak bayar ganti rugi kereta kau semata-mata nak repair kesan calar ni. Sikit je pun calarnya." Daleel masih cuba memberi alasan. Dalam walletnya pun tinggal RM10. Mana boleh dia berikan duitnya itu. Yalah, dia akui. Dia memang kedekut! Walaupun RM10, tetap boleh dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Darya menjeling. Dah tak ada duit tu, buat ajelah cara tak ada duit! Masih mahu berdalih lagi pula.
"Kau tahu tak aku banyak kerja selain melayan benda remeh macam ni?! Tak ada masa nak layan kereta kau ni. Baik aku blah!" Malas mahu berlama-lama di situ, dengan menadah telinga mendengar gadis itu tak putus-putus meminta bayaran ganti rugi, langkah kaki diatur menuju ke motor miliknya.
Laju Darya mengekori langkah Daleel dari belakang, "ehh... sekurang-kurangnya bayarlah ansur-ansur." Ujar Darya, masih mengharapkan bayaran ganti rugi. Daleel melepaskan tawa sinis. Ingat apa ansur-ansur?
"Tak ada rasa nak bertanggungjawab ke dengan apa yang kau dah buat ni?"
Tanpa menghiraukan omelan Darya, Daleel terus menunggang motosikalnya. Topi keledar disarungkan ke kepala. Enjin dihidupkan. Sengaja dia memulas minyak berkali-kali, membingitkan telinga Darya. Terjegil mata Darya. Daleel sudah tersenyum jahat.
"Hoi!" Nada suara Darya ditinggikan memanggil lelaki itu. Melawan bunyi enjin motor yang kuat itu.
Daleel menoleh sekilas sebelum anak matanya turun ke bawah, memandang tangan gadis itu yang sudah sedia ditadah di hadapannya. Seolah-olah meminta sesuatu.
Daleel mendengus. Tangannya diseluk masuk ke dalam kocek jeans yang dipakai. Darya sudah tersenyum kemenangan. Namun, senyumannya langsung mati tatkala Daleel meletakkan sekeping kad di atas tangannya. Sangkaannya meleset. Daleel tersenyum sinis. Cermin topi keledar ditolak ke hadapan menutupi seluruh wajahnya. Pemegang minyak sengaja dipulas lagi, menguatkan bunyi enjin motornya.
Tanpa rasa bersalah, motornya bergerak meninggalkan gadis itu.
Terlopong Delila tatkala ditinggalkan begitu sahaja dengan sekeping kad di tangan. Terus matanya dihalakan ke kad itu, membaca isi kandungannya.
Daleel Absyar
Owner of D's Saloon
+6011xxxxxx
Darya mendengus kasar. Tak guna punya Daleel! Herdiknya di dalam hati. Geram betul. Sejak bila pula dia minta kad bisnesnya ni? Tanpa belas kasihan, dia mencampak kad itu ke jalan yang dipenuhi pasir dan batu-bata.
Kaki terus dibawa ke kereta kancilnya. Pagi-pagi lagi dah buat orang hilang mood!
ANDA SEDANG MEMBACA
ADA HATI [SU]
RomancePertemuan pertama kali mereka sahaja sudah seperti anjing dengan kucing. Masing-masing tarik muka setiap kali bertentang mata. Lagi-lagi bila abang kembar Darya bekerja di D's Saloon yang pemiliknya adalah insan yang tidak disukai DARYA IMANI. DALEE...
![ADA HATI [SU]](https://img.wattpad.com/cover/355449102-64-k983794.jpg)