1: Nama aku Sod

2.2K 325 37
                                    


"Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan baik) pada Hari Akhirat, serta dia juga menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya (ketika masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab: 21)

AKU selalu menjadikan Rasulullah sebagai idola aku di dalam kehidupan. Ada waktu, aku akan menangis kerana aku rindukan Rasulullah. Biasanya aku akan rasa semua ini apabila aku solat Tahajjud di malam hari. Bagiku, Rasulullah ialah pemimpin yang paling hebat yang pernah lahir di dunia ini. Rasulullah sangat zuhud dan bersederhana.

Baginda juga sangat kuat dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin Islam suatu ketika dahulu. Paling memilukan— Baginda banyak menghadapi cabaran sebagai seorang ketua. Kena maki, kena kritik dan kena galas tanggungjawab untuk menjaga umat islam ketika itu... kena sebarkan dakwah lagi.....

Masya Allah.

Aku tak mampu jadi seperti Rasulullah. Rasulullah seorang lelaki yang hebat. Aku tak mampu nak jadi ketua sehebat dan sekuat dia.

Mungkin kerana itu aku lari dari istana dan buat keputusan untuk menjadi orang biasa. Adakah gelaran putera itu merupakan gelaran yang hebat? Tidak. Aku tak mahu menjadi seorang putera. Aku mahu jadi rakyat biasa.

Aku mahu menjadi lelaki biasa.

Aku mahu menjadi seorang Sod Al-Fateh.

Bukan Putera Al-Fateh Manthuqah....

"Ketua terbaik untuk setiap batch tahun satu hingga tahun lima di fakulti perubatan kita ialah...." Suara Pengacara majlis memenuhi ruang Dewan Agung Canselor Universiti Hijaiyah. Sekaligus, suaranya menarikku dari lamunan panjang.

Para hadirin muka bersorak penuh suspen.

"Cuba teka siapa pilihan fakulti kali ini? Siapakah yang mendapat vote tertinggi dan menjadi perhatian para-para gadis Hijaiyah!"

Satu dewan bersorak dengan nama yang bercampur. Masing-masing bersorak untuk pilihan masing-masing.

Aku merenung kawan-kawan aku yang menjerit namaku dari ruang tingkat dua dewan. Satu batch datang ke majlis anugerah pemimpin fakulti terbaik hari ini untuk menyokong aku.

Jim dan Ghain menepuk bass drum dengan penuh semangat!  Alif meniup trumpetnya (Entah mana dia dapat, aku tak tahu). Ba menjerit kuat sambil berdiri menghadap kawan-kawan batch kami yang lain seperti seorang konduktor.

"Sod! Sod! Sod! Sod! Who is the best among the best?! Sod Sad!" Ba melaung kuat.

"Who is the best among the best?! Sod Sad!!!" Yang lain mengikut.

Suara pelajar yang lain dan sorakan mereka tenggelam. Mana tak nya.... batch kami aje yang siap bawa drum dan trumpet. Sorakan mereka paling kuat. Masing-masing pengang poster yang ada gambar aku.

Alif paling tak guna. Dia pegang poster paling besar san poster itu ada gambar aku sedang tidur ternganga. Haih....

"I'M ASKING YOU!!!" Ba menjerit kuat dengan penuh bersemangat. "WHO IS THE BEST AMONG THE BEST?!!"

"SOD SOD SOD!" Mereka semua melaung serentak dan bersimfoni dengan drum Ghain dan Jim. "SOD SOD SOD! SOD SAD!!!"

"YEAHHH!!"

"SOD SOD SOD! SOD SAD!!!"

Sod sad? Apa-apa ajelah kau orang ini....

Aku meraup wajahku untuk menahan senyum. Aduhai, kalau aku kalah, buat malu aje.

"Pemimpin terbaik Hijaiyah Medical School untuk tahun ini jatuh kepada...."

Drum roll berbunyi....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sod: Prince Of HeartWhere stories live. Discover now