BAB 21 : HARI KELUARGA

4.3K 26 0
                                    



Sekolah aku akan mengadakan Hari Keluarga pada bulan hadapan, aku adalah salah seorang AJK yang turut terlibat dalam penganjuran hari keluarga tersebut. Setelah bermesyuarat, kata putus telah dicapai untuk mengadakan Hari Keluarga itu di Pulau Pangkor. Urusan penempahan tempat penginapan akan diuruskan oleh rakanku setelah mendapat jumlah peserta yang tepat untuk menyertainya. Setiap guru yang ingin turut serta dimestikan membawa bersama ahli keluarga masing-masing. Bagi yang bersuami, dibenarkan bawa isteri, begitu juga sebaliknya. Bagi yang bujang, mereka boleh membawa bersama adik, abang ataupun ibu bapa. Aku kebuntuan, siapakah yang akan aku bawa, siapa aku nak ajak, takkan le mak ayah aku nak turut serta dalam program macam ni.


"Kak Nor free tak pada 16 hari bulan depan" tanyaku pada Kak Nor sewaktu menelefonnya. Aku nak ajak Kak Nor ikut serta.


"Ada apa?" Kak Nor bertanya.


"Sekolah Sya wat sambutan Hari Keluarga, Sya ingat nak ajak Kak Nor dan Abang Sham ikut serta" jelasku.


"Oooo.....akak tak pasti lagi le, kena tengok jadual tugas. Abang Sham pun tak tau le free ke tak" sambung Kak Nor.


"Time tu cuti sekolah kak"


"Nanti la akak bincang dengan Abang Sham dulu"


Masa semakin hampir ke sambutan Hari Keluarga, aku masih belum mendapat kata putus dari kakakku, hospitalnya sekarang ni mengalami kekurangan jururawat dan berlaku pertambahan pesakit. Semua cuti dibekukan. Aku buntu.


"Sya, akak tak dapat ikut la" Kak Nor memberikan jawapan setelah lagi seminggu sambutan akan diadakan.


"Alar kak, Sya dah tempah tempat dan daftar akak dengan Abang Sham" aku agak kecewa dengan jawapan kakakku.


"Nanti akak bincang dengan Abang, akak minta dia pergi" kakakku memberikan sedikit keceriaan kepadaku.


Aku berharap benar agar Abang Sham pun dapat ikut, aku ada mengSMS abang Sham tentang perkara ini. Abang Sham dah setuju nak ikut, tapi dia cuma berpura-pura dengan isterinya agar tidak menampakkan sesuatu yang agak pelik. Aku gembira, bila Abang Sham ikut, maka dapatlah aku bersama dengannya nanti. Cuma yang menrungsingkanku, bagaimanakah kami dapat tinggal sebilik nanti di sana.


Aku dapat satu idea. Aku jumpa rakanku yang menguruskan hal-hal penginapan, dia yang menguruskan tempahan bilik dan mengagihkan peserta ke dalam bilik. Dia seorang guru senior kat sekolah aku, berusia 33 tahun, dan aku panggilnya Kak Na. Suaminya seorang pegawai bomba, mempunyai 3 orang anak.


"Kak Na" tegurku semasa di bilik guru sedang dia sibuk menguruskan hal penginapan.


"Ada apa Sya?" jawabnya.


"Akak dah agih bilik ke?" soalku. "Ramai ke yang ikut?"


"Cikgu kita separuh ikut. Campur dengan keluarga diorang, ramai gak le" jelas Kak Nor. "Sya nak berapa bilik?" soalnya.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 1Where stories live. Discover now