Sertai Kelas Kemahiran Pembacaan Bahasa Arab Bersama Saya

3 0 0
                                    

Saya mengadakan kelas yang memfokuskan kemahiran pembacaanߨ di samping penguasaan nahu dan sorof dengan menggunakan wahana Patreon sebagai medium pembayaran.

Sesi sekurang-kurangnya dalam kira-kira 8 jam sebulan dan kebiasaannya di dalam seminggu sekaliߨ tetapi bergantung kepada permintaan untuk mempelajari bahasa Arab dari asas pengenalan sehingga pembacaan kitab tanpa baris yang dibimbing oleh saya secara peribadi dalam talian secara langsung secara audio dan pembentangan sahaja bagi mereka yang berminat, sudi komitmen untuk membuat pembayaran bulanan dan setelah memperakui syarat-syarat yang telah saya sebutkan di About.

Sila berbincang dengan saya sebelum membuat pembayaran untuk perkara berikut↴

➽ Masa kelas.

➽ Jika ingin lebih dari lapan jam dalam kadar sebulan.

Nota ⁍ Memandangkan waktu malamߨ khususnya dari jam 8 malam hingga 11 malam pada setiap hari sudah penuhܦ maka saya lebih menggalakkannya untuk dilakukan pada waktu siang. Saya juga akan menerima untuk mengadakan kelas pada sebelum subuh atau selepas subuh atau tengah malam atau malam buta jika ada permintaan.

Yuran yang ditetapkan ini adalah tinggi kerana meraikan waktu yang diinginkan pelajar sekalipun pada malam buta. Dengan kata lainߨ jika pelajar yang membayar kos ini meminta saya untuk mengadakan kelas ini pada waktu malam butaޱ maka saya wajib menunaikannya selagimana tiada keuzuran untuknya. Dengan kata lain lagiߨ para pelajar mengupah saya untuk melaksanakan pada waktu yang pelajar berkemahuan padanya.

Untuk perkara yang berkaitan dan maklumat lanjut tentang kelas❟ boleh baca di pautan berikut↴

➽ https://www.patreon.com/posts/beberapa-info-90028001

➽ https://www.patreon.com/posts/koleksi-artikel-90160105

Sijil tidak disediakanߨ tetapi saya menawarkan pengijazahan sanad kitab yang saya peroleh kepada pelajar dengan syarat yang khas untuknya. Sebahagiannya boleh dilihat di «https://www.wattpad.com/story/354331298-%D8%A7%D9%84%D9%86%D9%91%D9%8E%D8%B4%D9%92%D8%B1%D9%8F-%D8%A5%D9%90%D8%B9%D9%92%D9%92%D9%84%D9%8E%D8%A7%D9%85%D9%8B%D8%A7-%D9%81%D9%90%D9%8A-%D8%B0%D9%90%D9%83%D9%92%D8%B1%D9%90-%D8%A8%D9%8E%D8%B9%D9%92%D8%B6%D9%90».

Nota

➽ Bagi bulan pertama❟ subskriber perlu membuat bayaran tambahan sebanyak $10 untuk mendapatkan nota pembelajaran. Kelebihan bagi pembeli adalah saya akan memaklumkan kemas kini bagi sebarang perubahan nota sama ada pengeditan dan penambahan.

➽ Kelas bahasa Arab ini akan dirakam dan dimuat naik ke Patreonߨ tetapi terhad untuk tier tertentu. Perkara ini tidak boleh dirunding kecuali jika saya tidak berkemahuan untuk memuat naik rakaman itu atau saya berkemahuan untuk menjadikan rakaman itu sebagai hantaran umum.

Pembuka Kepada Interaksi Amir KazumaWhere stories live. Discover now