BAB 7 : MISI BERJAYA

Start from the beginning
                                    

"Malam tadi" jawab Kak Nor. "Akak dah makan? Sya ada buat roti bakar, jom le makan sama, jom Mah" ajak Kak Nor.


Selesai makan, Kak Nor masuk bilik, tidur. Begitulah rutin Kak Nor bila syif malam. Dia akan tidur hingga tengah hari, dan selalunya tiada siapa berani mengejut dia kalau tiada perkara mustahak.


Tengah hari itu, aku, Kak Sya dan Kak Nor masak bersama. Macam-macam hidangan yang kami sediakan. Aku lihat Kak Sya dan Abang Sham bijak memainkan peranan seperti tiada apa yang berlaku. Reaksi Abang Sham terhadap aku pun sama je, macam tiada apa yang berlaku, walhal dia tau yang aku tau.


Hari kian malam, Kak Nor sedang bersiap-siap hendak pergi kerja. Kak Sya dengan aku menonton TV. Tidak lama kemudian, Kak Nor berlalu meninggalkan kami berempat di rumah. Abang Sham mendukung anak melambai isterinya pergi, dan dia menyertai kami di sofa sambil memangku anak. Kak Sya mencapai anak lalu meribakannya. Kak Sya mendodoi, sambil menyuruh Abang Sham membancuh susu. Kak Sya membawa anak masuk ke bilik, dan diikuti Abang Sham membawa sebotol susu. Tinggal aku bersendirian. Aku pasti mereka akan main lagi, tapi tak mungkin di ruang tamu. Biarlah di mana pun mereka nak main, yang pentingnya aku tau skandal yang berlaku. Aku menunggu di ruang tamu, kalau-kalau Kak Sya atau Abang Sham akan datang berbual, namun tiada tanda-tanda mereka akan keluar. Aku pun masuk ke bilik setelah menutup semua lampu dan suis. Di bilik aku menantikan keajaiban seperti semalam, namun masih tidak berhasil. Aku yakin mereka melakukan persetubuhan di dalam bilik.


Esoknya rutin seperti biasa, cuma Kak Sya akan pulang ke kuatersnya petang nanti. Esok Isnin, sekolah. Kak Nor masih syif malam. Abang Sham telah mendapat apa yang diingini dari adik iparnya. Abang Sham hebat, Siti dia dapat, adik ipar sendiri pun dia dapat, isterinya yang tak kurang menariknya itu pun dia dapat. Beruntung Abang Sham mendapat 3 perempuan yang dengan rela menyerahkan tubuh padanya. Aku sendiri pun teringin mengikuti jejak langkah mereka, namun peganganku masih kuat. Aku hanya inginkan sedikit sahaja dari Abang Sham, yang mana akan ku minta nanti. Aku akan menggunakan senjata aku sebagai pelemah Abang Sham.


Esok petang baru Siti balik. Malam ni hanya kami bertiga. Aku akan melaksanakan hajatku malam ni. Setelah anak Abang Sham tidur, aku SMS tunggu di ruang tamu, mengharapkan agar Abang Sham keluar, dan kali ini harapanku tidak kecewa.


"Bang Sham..." tegurku apabila jemu menantikan Abang Sham membuka mulut memulakan bicara.


"Yer Mah"


"Mana lagi best bang? Kakak ke, adik?" terkejut Abang Sham mendengar soalanku. "Alar bang, Mah dah tau la. Jangan risau, Mah simpan rahsia ni baik-baik."


"Dua-dua best"


"Mana leh dua-dua best, mesti ada satu yang lebih best"


"Buat masa ni, Kak Sya le best sebab dia muda, badan dia masih cantik"


"Dan ketatkan?" sambungku mencebik. Abang Sham angguk senyum.


Aku tak nak bertanyakan tentang Siti sebab Abang Sham tak tau yang aku tau Siti ada juga main dengan dia. Biarlah ia menjadi rahsiaku. Sehingga kini, Abang Sham tak tau yang Siti ada bagitau aku tentang kehebatan Abang Sham di ranjang.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 1Where stories live. Discover now