SAYANG 2 : JANJI CHAPTER 17

Depuis le début
                                    

   Aku ke sekolah hari ni. Vibe sekolah hari jumaat ni rasa dia lain pulak. Tambah2 ptg ni boleh outing. So aku rasa aku nak keluarla hari ni. Mungkin bole singgah kedai kak Pia. Rindu pulak kek n donut kedai dia. Aku nak beli lebih nak kasi Azim. Tamat sj waktu persekolahan hari ni aku terus naik ke bilik dan bersiap-siap untuk solat jumaat. Selesai tu aku pun bersial-siap pula untuk keluar. Aku rasa nak keluar berseorangan hari ni. Malas nak berteman dgn sapa2. Nanti nak pergi sini la nak pergi sana la...kecoh je. Aku menunggu teksi di tempat biasa di hadapan sekolah. Tak sabar rasa nya.

   Aku menuju ke destinasi yg pertama aku iaitu kedai kek kak Pia. Kak Pia riang melihat aku. Kelihatan nya begitu sibuk tak menang tangan dia melayan pelanggan dan melihat masakannya dibelakang. "Kak Pia...nak Wan tolong tak?"tanyaku. "Bole ke dek...akk mintak maaf la sbb mintak tolong Wan ni"katanya. Aku segera membantunya melayan pelanggan sambil dia ke belakang menyiapkan roti dan kek. "Selamat dtg"kataku dengan bersemangat tersenyum kepada pelanggan yg dtg. Sepasang pelanggan masuk dan melihat jualan2 yg ada.

    "Sayangggg...i nak ini dengan ni tp ni pon mcm sedap je...harap2 sedap mcm secret recipe la...geli tekak ni nanti mkn kek murah2"kata teman wanita nya. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka. "Ye syg...hey budak...ambilkan aku kek ni"kata teman lelakinya. "Maaf bang...tray ada disediakan...abg boleh layan diri ye sbb kami tak cukup staff ni"kataku lembut. "Heyy budak...boyfriend i suruh tu ikut je la"jerit teman wanitanya. "Maaf cik...sila layan diri...kami da letak sign layan diri disitu...harap maklum ye...terima kasih"kataku lagi sambil melayan pelanggan lain di kaunter.

    "Ehhh budak ni la...hey u tau tak boyfriend i ni anak datok okay...setakat kedai cabuk mcm ni boyfriend i senang2 je bole beli tau"jerkah teman wanita nya. Aku melihat teman lelakinya itu dan memberikan senyuman manisku shj. "Sudah lah u...bole je ambil sendirikan"katanya. "Sayang...u jgn nak kesian2 kat dia ok...i tak boleh tau org mcm ni...dah la miskin,kerja cashier je...ni mesti gagal spm sbb bodoh"jerit perempuan tu. "Cik...rugi jd manusia kalau tak tau adab. Rugi jd manusia kalau takda perasaan rendah diri. Rugi juga jd manusia kalau sentiasa menghina org lain...sekali pun sy tak tinggikan suara sy sedangkan terang2 cik yg salah...kalau tak reti nak hormat sy ,tolong hormat org lain yg ada disini...dont disgrace yourself by showing how low you are"kataku.
 
   Kak pia keluar dr dapur belakang..."sila keluar dr kedai sy...berani2 betina ni marah adik angkat sy...dia bukan pekerja sy tp sudi membantu sy tanpa minta apa2 balasan pon...sila keluar dan jgn dtg lagi kedai sy ni"tegas kak pia. "Puan...maafkan kami"kata lelaki tu. "You...apa ni...dorang ni kena ajar sikit"kata teman wanita nya. "Lets go...maafkan sy puan"kata lelaki itu sambil melangkah keluar meninggalkan wanita tersebut. "You...urghhhh tunggu...heyyy aku pon tak ingin la mkn makanan jijik kau ni"katanya dan laju melangkah tinggalkan kedai kak pia. "Wan...ok tak?"tanya kak pia. "Wan ok je kak...hehe...sorry la pelanggan akk da hilang sbb Wan"kataku smbil tersenyum. "Akk pon tak ingin duit dia masuk dlm kedai akk ni"balas kak pia. "Ehhh...Wan da pukul berapa ni?kang lambat pulak balik skolah"sambung kak Pia. "A ah la kak...Wan mintak diri dlu ye...kak ni Wan ada amek donut...kira kak"kataku. "Tak payah...nahhhh akk tambah ni bawak balik kongsi dgn kawan...akk belanja"kata kak pia menambah sedikit roti. "Whaaaa...smoga dmurahkan rezeki akk ye...bye"balasku smbil berlalu pergi.

   Aku menunggu teksi atau bas di perhentian untuk pulang ke sekolah. Jam hampir pukul 6 dan aku semakin risau. Kebiasaannya bas sudah tiada waktu begini dan teksi semakin kurang. Maklumlah ni bukannya pekan besar. Sedang aku lagi menunggu tiba2 ada sebuah kereta BMW dark blue berhenti dihadapan aku. "Dek...jom abg hantarkan balik"kata lelaki didlm kereta tersebut setelah tingkapnya diturunkan. "Ehh...abg yg kat kedai td tu kan...takpe2 bang...sy bole tunggu teksi ni...susahkan abg je...mekasih"kataku lembut. "Abg perasan lama da adek tunggu...jom la abg hantarkan"katanya lagi. Nak tunggu teksi tak tau bila smpainya...bas pulak lagi la jd aku pun nekad masuk sj ke dlm kereta tersebut. "Terima kasih abg...maaf menyusahkan abg"kataku. "Adek tinggal mana?abg hantar kan terus kat rumah"katanya. "Ehh sy skolah lg bang dekat sekolah xxx depan sana. Boleh ke abg hantarkan?"tanyaku. "Owh...abg tau sekolah tu...abg hantar je la"balasnya. Keadaan menjd sunyi tiba2 dan aku perasan yg teman wanitanya takda pula. "Mana girlfriend abg?"tanyaku. "Owh...perempuan tu...dia kawan abg je la bkn girlfriend pon"balasnya. "Abg nak mintak maaf pasal td...ntah apa kena gila perempuan tu abg pon tak tau"sambungnya. Elehhh...kau pon sama je mcm dia gila jugak...naseb baik muka hensem. "Ehh..takda apa la bang...sy pon minta maaf juga"kataku.

   "Haa...nak smpai da ni...abg hantar naik atas terus la ye"katanya. "Ehh...takpe la bang...susahkan je...benti tepi ni pon da ok"kataku. "Takpe la...tak susah pon"balasnya. Dia berhenti di sebelah pondok pengawal. "Bang...sy nak naik jap bole?"katanya. "Maaf cik...waktu melawat da habis...kalau nak melawat kena dtg esok"balas pengawal tersebut. "Cikman...Wan ni...abg ni nak hantar Wan naik atas...boleh eakk...kaki Wan letih laaaaaa...hehe"kataku kpd pengawal tersebut. "Laaa kamu ke Wan...haaa yela tp cepat sikit ye"katanya. "Mekasih Cikman...ni syg lebih ni...hehe"kataku. "Mcm2 la kamu ni...haaa cik boleh jalan tp cepat ye"katanya. "Whaaaa...senang nye"kata abg sebelah aku ni. "Org berbudi kita berbahasa bang...tu sbb adab kita kena jaga...kena hormat org tak kira pangkat ke darjat...lg pon semua org kat sini sayang sy...hehe"kataku melawak. "Haaa smpai da...adek abg pon ada kat sini"katanya membuatkan aku terperanjat mendengarnya. "Owhh...ye ke bang...btw terima kasih ye bang sudi hantar sy...smoga abg dimurahka  rezeki slalu"kataku sesudah turun dr kereta. "Dek...lg skali abg minta maaf tau"katanya. "Takda hal bang...sy minta diri dlu...hati2 memandu"kataku dan dia hanya tersenyum smbil memandu pergi. Alamakkkkk...lupa nak tanya nama dia....punya la perangai aku ni...getus hati ku sambil melangkah naik ke bilik riang.

Sayang S2: JANJIOù les histoires vivent. Découvrez maintenant