BAB 3

128 30 0
                                    

"APA kita nak buat sekarang?" Gadis bertanya kerisauan. Baru malam pertama di laut tetapi sudah banyak ujian menimpa dirinya dan bangsa Bard yang lain.

"Aku tak rasa sampan ni boleh tampung kita bertiga."

"Maksud kau?"

"Salah seorang perlu turun dari sampan walaupun terpaksa, tapi bukan aku."

Ahmed maju setapak seraya menarik baju Daniel. Rahangnya juga bergerak-gerak kerana geram dengan ayat yang diujarkan oleh Daniel.
"Tolong jangan pentingkan diri kau sorang, Daniel."

"Aku kayuh sampan, jadi kenapa aku tak boleh pentingkan diri sedangkan kau berdua duduk tak buat apa?" sinis sekali kata-kata Daniel. Sungguh dia tidak hiraukan mereka berdua. Apa yang dia tahu, dia mahukan sampan ini untuk sampai ke destinasi.

"Aku dengan Aria sanggup tunggu kau. Kalau kami tak tunggu kau tadi, dengan kau sekali tenggelam bersama kapal!"

"Cari cara lain!" sambungnya lagi.

"Kita tak ada apa-apa untuk hentikan bocoran ni!" marah Daniel semula.

Ahmed terundur kebelakang apabila tubuhnya ditolak kasar oleh Daniel supaya menjauh. Wajah mereka berdua juga berubah dingin.

"Aku tak kira. Salah seorang perlu turun dari sampan," katanya masih berkeras dengan keputusan tak masuk akal.

"Kau fikir aku akan turun dari sampan ni semata-mata nak ikut arahan tak masuk akal kau?!"

Melihat air separas ibu jari kaki menyebabkan Aria bertindak untuk meleraikan pergaduhan. "Boleh tak jangan bergaduh—"

"Aria." Tepat anak mata Daniel merenung gadis itu. Dia akan keluarkan Aria dari sampan ini.

"Kau dah gila ke?!" Keras Ahmed bersuara untuk menyedarkan apa yang lelaki ini ucapkan.

"Jadi siapa yang akan turun kalau bukan kita bertiga?"

"Jangan sempitkan otak kau. Cari cara lain selain idea bodoh kau!" Geram tak terkata Ahmed dengan Daniel. Jika mereka berdua berada di darat, sudah pasti mereka akan bergaduh sehingga menyembam ke tanah.

"Aku tak ada cara lain kalau kau berdua keras untuk turun." Daniel maju setapak ke hadapan.

Dia cuba mengimbangkan badan ketika ombak bergelora kuat di lautan.

"Apa kau cuba buat?"
Sekelip mata tubuh Aria berada di permukaan laut setelah ditolak tanpa bekas kasihan oleh Daniel.

"TOLONG!" Terkapai-kapai gadis itu meminta tolong. Dia tak pandai berenang.

"Ah... med—"

Sejurus namanya disebut, Ahmed langsung melompat masuk ke dalam laut walaupun dia tahu risiko baginya tinggi kerana ombak yang bergelora.

"Tol... tolong a... aku!"

"ARIA!" semakin dia cuba berenang ke arah gadis itu, dirinya dipukul dengan ombak kuat sehingga balik semula ke tempat asal.

"Allah." Hanya nama itu meniti di bibir. Mengharapkan keajaiban walaupun dirinya dibawa jauh ikut arus laut.

"Huh... tolong—"

"Huh!" Dadanya sesak kerana tertelan air laut. Meronta macam mana sekalipun, Aria tahu dia tidak boleh diselamatkan.

Pandangannya juga samar-samar melihat Ahmed yang jauh darinya.

"ARIA!"

"Tolong..." Sungguh dia berharap kepada Allah supaya diberi peluang untuk hidup semula.

OMBAK berguling-guling menghempas ke persisiran. Dahi Aria berkerut tatkala merasakan kedua belah kakinya disentuh oleh sesuatu.

Terbatuk-batuk dirinya apabila tekak terasa seperti ada sesuatu yang melekat. Mukanya turut berkerut akibat daripada itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UNTOLD SECRETWhere stories live. Discover now