[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒔𝒊𝒐𝒏

Start from the beginning
                                    

"Tak payah panggil aku tua eh, kau dengan aku sama umur je. Kau jangan nak panggil aku lebih tua dari kau. Siap!" Han menunjukkan penumbuk buku lima pada Mustaqim.

Mustaqim ketawa besar.

"Rilek ah! Aku gurau."

Mereka senyap sebentar. Han yang duduk di batu besar memandang Mustaqim.

"Qim."

Mustaqim mengangkat kepala. Terjungkit sebelah kening tanda menyoal.

"Macam mana.... Ryan? Dia okay?" Soal Aizhan. Dah nampak seperti abang kandung pula, risau akan keadaan adiknya.

"Okay, don't worry. Bos tahu apa dia buat."

Terangguk-angguk kepala Han.

Entah dari mana, tiba-tiba seseorang meluru ke arah mereka. Apabila tiba di sisi Mustaqim, dia tercungap-cungap kepenatan. Dia memberi isyarat untuk memberi dia mengaturkan nafas dahulu memulihkan tenaganya kerana keletihan dari lari tadi.

"B.. boss.."

Mustaqim terus berdiri tegak.

"Why?"

"B..boss called you."

Mustaqim tidak sedap hati. Botol minuman yang sudah separuh air dibiarkan di atas batu tersebut. Dia terus berlari masuk ke pintu utama.

Setelah kelibat Mustaqim hilang. Han menoleh pada anak buah bos yang berumur 40-an itu.

"What's wrong?"

Lelaki itu yang keletihan memandang Han.

"Boss...."


-------


"he is in a bad mood."

Han menelan liur, gugup. Bos jika mood tidak baik, sekelilingnya yang akan menjadi mangsa. Apa.... Mustaqim baik-baik sahaja?

"Aku harap kau baik-baik sahaja Mustaqim," desisnya, berharap agar nasib Mustaqim terselamat.









Dengan langkah yang laju, Mustaqim pantas menaiki tangga ke tingkat dua. Khabar angin mengatakan bahawa bos itu kini berada di dalam kamar tuan muda. Walau bagaimanapun, apabila disoal tentang keadaan itu, mereka teragak-agak, takut untuk menjawab apa yang sebenarnya terjadi.

Dengan langkah yang teratur, dia melangkah semakin cepat ke bilik tersebut. Kelihatan dua orang maid baru sahaja keluar dari bilik itu dengan langkah kaki tergesa-gesa membawa peti kecemasan dan sebuah bekas berisi air, rona merah yang kelihatan seperti baru-baru ini membersihkan kesan darah seseorang.

Di tengah-tengah langkahnya, Mustaqim berhenti sebentar, jelas terkejut sambil keningnya berkerut.

Apa yang sedang terjadi?

Dengan hati yang tidak senang, dia terpaksa beranikan diri melangkah masuk ke dalam bilik. Dia berharap bukan perkara buruk yang terjadi.

Ketika pandangannya bertemu dengan sosok bosnya, dia dengan anggun mencondongkan badannya sebagai tanda hormat.

"Bos."

Daniels menyelimuti anaknya
sebelum mengalihkan pandangan ke arah Mustaqim. Dia memberi isyarat untuk mereka semua keluar dan menutup pintu.

Mustaqim sudah menelan liur kerana sedar dia kini berseorangan berhadapan dengan bosnya.

"Where were you before?" Suara garau itu bernada keras.

Mustaqim pejam mata rapat. Ah.. ini bukan kali pertama dia melakukan kesalahan. Tetapi, tadi waktu rehat dia sekejap.

"I... I'm on recess, boss."

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now