Tiga tahun kemudian...
"Aaaaaa Daddyyyy!! Tangan ahh baying pashir cekat Nana... (Daddy!! Janganlah baling pasir dekat Hannah)"
Aku yang sedang menyedut air kelapa itu mendongak tatkala mendengar suara Hannah yang sedang marah itu. Aku melihat Ayden dan Haffy ketawa dengan reaksi Hannah. Hannah yang mengenakan baju renang atas lutut itu sedang menepuk-nepuk peha dan bahagian perutnya yang berpasir itu.
"Kalau tak boleh kena pasir, lebih baik tak payah mandi pantai! Tahu tak?" Ayden menjawab sambil mencuit pipi Hannah.
"Eeeyyyyy Dadddyyyyy!!! Tangannyahhhhh!!" Hannah menepuk pipinya.
"Eeee Abang Pyy, Nenok daddy nyihh.. (Ee Abang Haffy. Tengok daddy ni.)" Hannah mengadu. Aku gelengkan kepala aku. Aku letakkan buah kelapa itu di atas meja kecil sebelum aku melangkah ke arah mereka.
"Bisingnya lahai mulut budak kecil ni. Dari jauh sana mummy dah dengar suara dia." Kataku sambil memaut tubuh Hannah. Hannah dan dua pasang mata lagi menatap ke arah aku. Aku membuang pasir yang melekat di baju Hannah.
"Mummy.. Daddy cu!! Tia baying pashir tekat Nana. Nana cak cuke. (Mummy, Daddy tu! Dia baling pasir dekat Hannah. Hannah tak suka.)" Hannah mengadu dengan pelat dia itu.
"Abang! Janganlah baling pasir dekat Hannah. Masuk mata nanti macam mana?" Aku berkata. Ayden dan Haffy bertatapan. Ayden mengejek Hannah. Hannah muncung sebelum dia memeluk tubuhnya. Aku ketawa melihat muncung Hannah itu. Geram betul!
"Alalala. Adik abang merajuk ke? Sini Abang Haffy pujuk." Haffy memujuk. Dia menarik lengan Hannah dengan hati-hati. Hannah melangkah sebelum dia duduk di atas peha Haffy. Haffy memujuk Hannah. Kulit kerang putih yang dikutip olehnya itu dihulurkan kepada Hannah.
"Ni, Abang Haffy ambil tadi. Cantik tak? Cantik kan? Abang Haffy dah bersihkan dah kulit dia. Hannah nak?" Tanya Haffy. Aku senyum. Begitu juga dengan Ayden. Aku kemudiannya duduk di atas pasir itu. Terus basah baju dan seluar aku sebaik sahaja terkena ombak laut yang menyinggah di pesisiran ini.
"Uwaaa tanteknya.. Abang Pyy, tantek kan ni? Kan? (Wah, Cantiknya. Abang Haffy, cantik kan ni? Kan?)" Hannah menunjuk. Haffy mengangguk sebelum dia cium pipi Hannah.
Haffy dan Hannah sangatlah rapat. Boleh dikatakan memang Haffy sahajalah kawan Hannah sekarang ini. Sepanjang masa nak berkepit dengan abang Haffy dia tu. Kadang-kadang sampai tak mahu tidur di bilik tidur aku. Nak tidur dengan Abang Pyy katanya. Abang Pyy.. Singkatan untuk Haffy. Comel sungguh. Menginjak usia tiga tahun, memang becok mulut Hannah itu. Ada sahaja keletah dan celotehnya yang kadang-kadang rasa nak cubit je pipi tu. Lagi-lagi kalau dia tengah merajuk. Muncung bibirnya itu boleh disangkut dengan penyangkut baju.
"Cantik. Cantik macam adik abang ni." Kata Haffy. Hannah ketawa gedik. Ayden membuat muka.
"Hey hello! Daddy dekat sinilah. Tak nak duduk dengan daddy ke?" Ayden bersuara.
"Huh! Canak! Daddy cadi baying-baying pashir kan? Huh! Nana nanak wawan Daddy! (Huh! Tak nak! Dady tadi baling-balimg pasir kan? Hannah tak nak kawan daddy.)" Hannah berkata. Ayden mengangkat dua tangannya.
"Awak tu little daddy." Kata Ayden.
"Nyo! Nana pewinches Abang Pyy. (No! Hannah Princess Abang Haffy)" Kata Hannah sambil menyandarkan kepalanya di dada Haffy. Haffy tersenyum. Ayden mengangguk. Dia kemudiannya bangun dan terus duduk di sebelah aku.
"Kalau Hannah tu Princess Abang Haffy, then.. Daddy pun ada princess Daddy." Kata Ayden sebelum dia baring di peha aku. Aku senyum. Aku menatap Hannah. Wajahnya masam. Dia bangun sebelum dia berlari ke arah aku.
ESTÁS LEYENDO
The Way I Loved You [Completed] 🌹
RomanceHawa Humeera tidak menyangka hubungan di antara dirinya dan bekas tunangnya terputus di tengah jalan kerana satu kesalahan yang mungkin dirinya takkan maafkan. Berjumpa pula dengan Ayden Hadrik ketika proses healingnya sedikit sebanyak memujuk hatin...
![The Way I Loved You [Completed] 🌹](https://img.wattpad.com/cover/325598021-64-k654717.jpg)