“Kalau betul you tak minum air tu malam tadi, macam mana you boleh jatuh tertidur atas I selepas tarik I ke atas katil semalam?” soal Mutiara pula.

Hairan dengan situasi itu. 

Kerana itu jugalah dia hampir kelemasan malam tadi. Bayangkan tubuh lelaki setegap dan seberat Ray jatuh menghempap tubuh moleknya.

Betapa cemasnya dia semalam, tuhan saja yang tahu. Bersusah payah dia cuba loloskan diri.

Setelah itu, separuh mati dia cuba betulkan posisi tidur Ray agar semua rancangannya kelihatan sempurna pagi ini. Namun, lain pula yang terjadi saat ini.

“I teruskan lakonan dalam drama arahan you. Itu yang you mahu, kan?” Ray pamer senyum sinis. Tak sangka, Mutiara guna cara keji begini untuk memperdayakan dirinya. Apa kurangnya dia? Kalau Mutiara boleh tiduri lelaki lain, kenapa tidak dirinya?

“No, this is too much!” Mutiara mengumam sendiri.

Dia pegang kepala yang sedang berputar ligat, sukar untuk dia menghadam setiap patah kata yang keluar dari mulut Ray.

Macam mana semua rancangannya boleh terkantoi begini?

“I ingat dengan jelas apa yang berlaku malam tadi, Mutiara. Dan, kita tak tidur bersama, langsung!” tegas Ray sekali lagi. 

“Sepanjang malam, you berjaga di sofa tu, tidur-tidur ayam sebab takut I apa-apakan you, kan?!” suara Ray naik satu oktaf.

“I need to go, now!” Mutiara mahu larikan diri.

Tak sanggup untuk berdepan dengan Ray selepas semua rahsianya tersingkap. Tak sangka secepat ini dia akan tertangkap! 

“You tak boleh pergi ke mana-mana selagi I tak dapat apa yang lelaki lain dapat!” Ray tarik lengan Mutiara dengan kasar, lalu gadis itu dibawa ke birai katil sebelum tubuh itu ditolak ke atas tilam.

“Please, Ray! Lepaskan I!” rayu Mutiara cemas. 

Mana mungkin dia beri apa yang Ray mahukan kerana hakikatnya, lelaki lain juga tak pernah dapat apa-apa pun darinya.

Semuanya hanya helah yang dia cipta buat lelaki-lelaki yang dia kenali.

Bagaimana dia tangani Ray malam tadi, begitu jugalah cara dia tangani setiap lelaki yang berhasrat untuk menidurinya.

Namun, mustahil untuk dia bocorkan rahsia yang sebenar pada Ray. Kalau nyawanya menjadi taruhan sekalipun, tak mungkin dia gadaikan kehormatan diri dan pecahkan rahsia yang disimpan rapi selama ini. 

“I akan kurung you dalam rumah ni, sampai you serahkan diri pada I,” tegas Ray, kemudian dia tinggalkan Mutiara yang masih terdampar di atas tilam.

Manakala dia pula, terus berjalan ke arah pintu bilik. 

“Tak, tak! You tak boleh buat I macam ni!” Mutiara sudah mula menangis. 

Dia bangun dan terus berlari mengejar langkah Ray yang sudah hampir sampai ke depan pintu. Langkah lelaki itu berjaya disaingi!

Mutiara cuba mengapai tombol pintu bilik sebelum tangan Ray sempat singgah di situ. Namun, pegangannya terlerai selepas Ray merangkul pinggangnya dengan kasar.

Mutiara tertarik ke belakang. Sedaya upaya dia cuba meloloskan diri daripada pegangan lelaki itu yang kuat. 

“I tak nak sakiti you, Mutiara. Sia-sia je you melawan, sebab you akan penat. I dah janji pada diri I, sekali you melangkah masuk ke dalam rumah ni, seribu langkah pun tak akan mampu bawa you lari keluar dari sini,” ujar Ray tenang, namun masih terselit nada ketegasan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 06, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MUTIARA MILIK EDWARDSWhere stories live. Discover now