BAB 8

725 5 0
                                    

Fauzan pandang ke lantai tari. Terjongket keningnya melihat Ray sudah menari bersama Mutiara.

Begitu cepat gadis itu cair dengan sepupunya? Memang dasar perempuan murahan! Pantang nampak jejaka tampan, semua mahu disapunya.

Tapi, itu hal Mutiara. Yang dia tak faham, kenapa Ray tak tahu bezakan yang mana kaca dan permata? 

Rasanya, banyak lagi perempuan lain yang boleh Ray pikat, namun yang murah itu juga yang sepupunya kejarkan.

Tapi, baguslah kalau Ray sudah berjaya dapatkan Mutiara malam ini.

Sekurang-kurangnya, esok dia tak perlu datang ke sini lagi. Bolehlah dia jejakkan kaki ke kelab lain pula.

Lagipun dia tahu, Ray hanya mahu merasa apa yang lelaki lain kejarkan di dalam kelab ini. Mutiara! 

“Wanna go back, to my place?” bisik Ray di telinga Mutiara yang sudah menyandarkan kepala ke dadanya.

Ray peluk erat tubuh gebu Mutiara, seolah-olah tak mahu dilepaskan lagi. 

“Yes!” Cepat saja Mutiara beri persetujuannya. Lantas, Ray menariknya keluar dari lantai tari. 

“Wait here, let me say goodbye to Fauzan,” arah Ray sebelum lelaki itu sirna dari pandangan. 

Mutiara ukir senyum manis. Dadanya berdetak hebat. Semuanya gara-gara Ray Edwards.

Cara lelaki itu melayaninya malam ini, berjaya membuka matanya bagaimana seorang jejaka patut melayani seorang gadis. Ternyata, Ray Edwards berbeza dengan semua lelaki yang pernah dia kenali.

Ray Edwards punyai ciri-ciri lelaki yang Mutiara sentiasa dambakan sebagai pasangan hidupnya. Tinggi, tampan, kekar, dan tahu bagaimana mahu memikat hatinya. Yang paling penting, tak kedekut seperti Muayyad!

Mutiara yakin, lelaki England itu jejaka yang paling tepat untuk dia dampingi setiap masa.

Malangnya, jika dia ikut Ray pulang malam ini, dia harus kekal dengan prinsip dan pendiriannya.

One night stand only! Jadi, mustahil untuk dia berjumpa dengan lelaki itu lagi.

“Peluang tak akan datang dua kali, Mutiara. It’s now or never!” Mutiara menasihati diri sendiri yang sudah mula berbelah bagi dengan keputusannya.

Dari tadi, matanya tak berkalih dari susuk tubuh Ray. Memandang lelaki itu berjumpa dengan sepupunya dari jauh.

“Let’s go,” ajak Ray, seraya merangkul erat pinggang Mutiara sebaik saja dia mendapatkan gadis itu semula.

Mutiara anggukkan kepala, tanda bersetuju. Dan, mereka beriringan keluar dari kelab malam itu. 

“Wow, this is your car?” Mutiara tergamam melihat Audi R8 bewarna biru gelap, yang berada di depan matanya. 

“Hop in!” Ray bukakan pintu kereta untuk gadis itu, berlagak seperti gentleman. 

Selepas Mutiara naik ke dalam kereta, Ray melangkah tenang ke bahagian pemandu lalu dengan penuh gaya, dia mula memandu membelah kepekatan malam, hinggalah mereka tiba ke kawasan rumah agam yang sangat besar. 

Rahang Mutiara terjatuh separuh, sebaik saja kereta Ray masuk ke dalam pagar rumah mewah itu.

Bagai orang jakun, dia terjengah-jengah ke luar melalui cermin tingkap kereta. Kalau besar inilah rumah Ray, pasti dia akan tersesat ketika mencari jalan keluar pagi nanti. 

“Come in!” pelawa Ray seraya bukakan pintu kereta untuk gadis itu. 

“Wow! It’s very beautiful! Is this your house?” puji Mutiara, sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Serba serbi mewah dan indah!

MUTIARA MILIK EDWARDSWo Geschichten leben. Entdecke jetzt