“Any problem, dude?” Ray menoleh semula ke depan. Wajah Muayyad menjadi fokus matanya.

“Nothing. Mutiara, jom!” ajak Muayyad lantang.

Dia cuba menggapai lengan Mutiara di sebalik tubuh Ray. Pantas Mutiara mengelak. 

“Dude, move!” arah Muayyad, bengang apabila tubuh tegap lelaki asing ini menjadi penghalang antara dia dan Mutiara.

“I’m sorry, but it seem’s like this girl don’t want to be with you at all,” kata Ray tenang. 

“Back off, strangers! It’s not your business!” Muayyad ketap gigi dengan kuat, hingga rahangnya kelihatan bergerak-gerak sendiri.

“Muayyad, our deal is off!” jerit Mutiara kuat di sebalik tubuh Ray.

Geram pula dibuatnya bila Muayyad tiba-tiba jadi orang bodoh tak faham bahasa. Lepas itu, berani pula nak cari gaduh dengan Ray. 

“Look, dude! I don’t know what’s the issue between the two of you, but clearly… I think you shouldn’t force a girl to be with you if she doesn’t want to,” nasihat Ray, cuba menjadi pendamai kedua-duanya.  

“She promised I can sleep with her tonight!” jerit Muayyad lantang. 

Mutiara mendengus geram. Mujur saja kelab malam itu sedang hiruk pikuk dengan bunyi muzik yang kuat. Kalau tidak, malu mukanya kalau semua orang dengar apa yang sedang mereka gaduhkan sekarang. 

Ray tarik nafas dalam-dalam, cuba tenangkan hati yang sudah terasa berbahang, sebaik saja mendengar ayat yang keluar dari bibir Muayyad.

“Stay here,” bisik Ray ke telinga Mutiara. 

Kemudian, dia melangkah setapak dua ke depan, mendekati Muayyad. Melihat lelaki asing itu mendekatinya, Muayyad tergamam sesaat dua. Tak bersedia untuk berlawan sebenarnya.

Yang sebetulnya, dia bukan kaki gaduh. Lagipun, kalau Mat Salleh inilah lawannya, takut jadi lauk pula dia malam ini. Sangat ketara perbezaan tubuh badan mereka. 

“Dude, calm down. Let me offer you a deal. She’ll go home with me tonight, but I’ll make sure she’ll be yours for two nights later,” bisik Ray di telinga Muayyad.

Tergamam juga Muayyad dengan tawaran sehebat itu.  

Ray menepuk bahu Muayyad beberapa kali sambil memandang ke dalam anak mata lelaki itu. Berharap agar Muayyad termakan dengan kata-katanya.

Muayyad diam berfikir sendiri selama beberapa saat. Dua malam bersama Mutiara, sudah tentu lebih untung berbanding dengan satu malam.

Dia tak peduli apa yang perlu Mat Salleh ini lakukan untuk dapatkan persetujuan Mutiara. Yang dia tahu, malam esok, Mutiara akan menemani dua malamnya.

“Deal!” Muayyad beri kata putus.

Ray ukir senyum puas hati.

Manakala Mutiara di belakang, terpinga-pinga dengan melihat kedua-dua lelaki yang saling tak mengenali itu berjabat tangan.

Kemudian, Muayyad bergerak menghampiri Mutiara.

“Sorry, baby. Jumpa lagi!” Muayyad menyentuh lembut pipi Mutiara selama beberapa saat, kemudian dia melangkah pergi dari kelab itu.

Alang-alang dia sudah hilang Mutiara, baiklah dia balik ke pangkuan Amanina yang sedang menunggunya. Mutiara berdiri dalam keadaan yang terpinga-pinga. 

‘Apa yang dah jadi sebenarnya?’ Mutiara tertanya-tanya sendiri.

Anak matanya memandang wajah Ray dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

“Well, you’re saved!” Kata Ray ketika dia hampiri gadis itu kembali.

“Thank you! What did you say to him?” tanya Mutiara, hairan mengapa begitu mudah Muayyad boleh berubah drastik sebegitu. 

“Secret!” Ray kenyit mata seraya ukir senyum manis buat Mutiara.

Tak perlu dia terangkan hal sebenar, biarlah perjanjian itu kekal menjadi rahsia. 

Lagipun, dia rasa Muayyad memang lelaki bodoh yang pernah dia jumpa. Membuat janji dengan orang asing, tapi sikit pun tak minta sebarang maklumat untuk menjadi bukti.

Hairan, dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ini, kenapa mesti lelaki kacak tanpa akal seperti itu jugalah yang menjadi pilihan Mutiara saban malam? 

“Anyway, how did you ended up here?” tanya Mutiara teruja. Tak sangka dengan pertemuan mengejut ini. 

“I followed my cousin!” Ray unjukkan bibir ke arah Fauzan yang sedang berbual dengan beberapa orang gadis di hujung bar.

Kalaulah Fauzan tahu dia menipu sebegini, mahu berbakul-bakul dia kena maki. Sedangkan dia tahu benar, Fauzan yang terpaksa mengikutnya ke kelab ini sejak enam hari yang lepas. 

“Thank God! It’s a blessing!” Mutiara hela nafas lega. Benar-benar lega.

Kalau Ray tak ada tadi, entah macam mana dia nak melawan Muayyad. Dia tak sangka Muayyad jenis yang degil dan suka mendesak sebegitu.

Paling tak disangka, lelaki itu juga sejenis yang kedekut! Jangan haraplah dia akan melayan Muayyad lagi selepas ini. 

“Let’s drink! It’s my treat!” pelawa Mutiara, lantas dia memeluk lengan Ray tanpa segan silu. 

“Ikhwan, my usual drink please! And…” Mutiara gamit Ikhwan kemudian menoleh ke arah Ray, bersedia mahu mengambil pesanan lelaki England ini. 

“Coke!” pesan Ray secara terus kepada bartender yang bernama Ikhwan itu. 

“You’re not drinking tonight?” Mutiara sudah meliuk lintuk mengikut rentak lagu.

Tak peduli dengan pandangan Ray yang kelihatan seperti sedang menilainya. 

“Nope, I need to stay sane, so that I can protect you,” ucap Ray, selepas melihat Mutiara selamba meneguk air kuning keemasan itu berkali-kali. 

“Wow! You’re a good drinker!” puji Ray dengan mata yang bersinar galak. 

“This is nothing!” kata Mutiara pula seraya meneguk airnya hingga ke titisan terakhir. Haus! 

“Ray, let’s dance!” ajak Mutiara tanpa menunggu jawapan lelaki itu.

#AnisAshikali
#MutiaraMilikEdwards
#ReadyEbook

Readers yang nak beli ebook ni, boleh pm saya di 0187909216. 🥰♥️

MUTIARA MILIK EDWARDSWhere stories live. Discover now