Kasih Tok Ayah

5 0 0
                                    

Penulis: Seri Nur Aisyah binti Yusni, SMFF, Tahun 2




"Mia oh Mia. Marilah sarapan di dapur ni." 

Laungan ibu dari dapur sekaligus membuat Mia tersentak tetapi Mia masih membatukan diri di dalam biliknya. Mana mungkin dirinya menjamah makanan dalam keadaannya yang masih sangat merindukan arwah tok ayahnya. Bagi Mia, tok ayahnya adalah lelaki yang amat dikasihi dan dihormati kerana sering memberi pandangan dan pendapat jika dia memerlukan.

Tiba-tiba, ibunya sudah pun berdiri di depan biliknya dan terus beristighfar kerana melihat keadaan Mia dan biliknya yang tidak terurus ibarat nakhoda dilanggar garuda. Tapi ibunya masih tenang kerana sudah menjangkakan perkara seperti ini berlaku selepas pemergian tok ayah memandangkan Mia merupakan cucu yang paling rapat dengan tok ayahnya. Ibu berusaha memanggil Mia tapi Mia seolah-olah hanya jasadnya sahaja di situ tetapi rohnya sudah melayang-layang. Sudahlah Mia tidak tidur sejak dua hari lepas. Ya, dua hari lepas sejak pemergian tok ayahnya. Tidak mandi, tidak makan, hanya menguncikan dirinya di dalam bilik. Ibunya berputus asa memanggil dan memujuk Mia untuk menjamah sedikit makanan dan ibu pun terus keluar dari bilik. Mungkin perlu diberikan sedikit lagi masa bagi Mia untuk berfikir sedalamnya dan menerima kepergian ini dengan baik.

Dengan berlalunya ibu dari biliknya, Mia menarik selimut dan cuba untuk memejamkan matanya. Tapi semua kenangan Bersama tok ayahnya terus bermain di fikirannya. 


Bagai menghitung masa-masa yang berlalu, aku bangun menghadap jendela danmemerhati kenderaan-kenderaan yang begitu cepat melintas pergi. Kesesakan jalan raya tidak menghilangkan kesunyianku berdiri di pinggir tingkap, flat tiga bilik, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini. Kalau aku pandai menulis, sudah pasti aku nyatakan kesunyian ini kepadamu. Aku kehilangan tok ayah yang selalu menjadi sasaran aku menumpahkan segala rasa dan bantahan.

 Kau yang kadangkala begitu ghairah bercerita tentang kisah-kisah yang tidak aku fahami. Kau yang gemar memakan masakan Melayu, mengidam jerganan, terung bakar dan pengat keladi. Kau yang tidak lekang dengan segala macam nasihat dan pedoman hidup kerana kata kau, kau sudah lama menelan garam dan gula di dalam kehidupan.

Aku kehilangan orang yang adanya aku jadikan lawan bertengkar dan teman baikku, kini aku hanya melawan air mata.

Tanpa Mia sedari, jasad Mia sudah berada di dalam kuliah bagi sesi perkuliahannya pada semester ini. Ya, Mia merupakan mahasiswi di Universiti Malaya dalam bidang kedoktoran. Dia menghabiskan saki-baki cuti pertengahan semesternya dengan mengumpulkan semangat supaya boleh kembali belajar dengan baik. Mia juga sudah mula menjamah selera supaya ibu ayahnya tidak risau dengan dirinya, Mia mempamerkan dirinya berada dalam keadaan yang baik dan sudah mula berdamai dengan takdir. Dia tidak mahu ibunya risau akan keadaan dirinya. Seusai habis kuliah pada hari itu, Mia menuju ke masjid. Lama Mia berteleku di situ dan menumpahkan segala rasa kepada Allah. Seusai dari sujud yang panjang, Mia merasakan suatu ketenangan dan dia terkenangkan pesan tok ayahnya, untuk sentiasa menuntut ilmu bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa walau apa sekalipun terjadi dalam kehidupannya.

 Ketenangan yang mula menyelimuti dalam diri seorang Mia tidak kekal lama apabila tiba-tiba Mia mendapat panggilan dari ibunya yang ayahnya tiba-tiba kesesakan nafas di rumah dan sudah dikejarkan ke hospital.

" Ah, malang sekali hidupku, sudah jatuh ditimpa tangga lagi." Inilah monolog Mia sesudahdia menjawab panggilan ibunya. Dia terus bergegas menuju ke Hospital Selayang di mana tempat ayahnya dirawat. Kesesakan manusia di hospital itu menyebabkan Mia hampir lemas dan rasa ingin membuat amukan kerana situasi yang terlalu padat di hospital itu. 

Soalan pertama keluar daripada mulut aku, "Ayah, okay?"

Respons anggukan dari ayah membuatkan detakan jantung aku terus berdegup dengan normal semula. 

Menurut ibunya juga, ayahnya telah menerima rawatan dari doktor seusai dia sampai tadi. Ayah diminta untuk merehatkan diri dalam bilik rawatan itu dan akan dipantau keadaanya dalam masa dua jam lagi untuk memastikan semua keadaanya stabil. Mia terus menarik tangan ibunya lalu mengajaknya pergi ke kafe untuk makan. Dia tahu ibunya pasti sangat risau ekoran keadaan ayahnya. Mia meletakkan dirinya di dalam kasut ibunya. Sudahlah baru kehilangan ayah yang dikasihi, kemudian suaminya pula kini sedang menerima rawatan di hospital. Jadi, Mia mengambil keputusan secara segera untuk menjadi orang yang menguatkan ibunya di kala ini. Mia merupakan anak tunggal ibu dan ayahnya dan dia juga satu-satunya cucu kepada tok ayahnya. Jadi tidak peliklah Mia seperti layang-layang yang terputus talinya namun Mia kini menjadi sekuat besi kerana pada Mia, dia perlu menguatkan ibunya supaya ibunya kuat menghadapi kesusahan yang sedang dihadapi ini.

Seusai menjamu selera, ibu Mia mendapat panggilan dari jururawat yang menjaga ayahnya bahawa doktor telah mengesahkan bahawa suaminya dibenarkan pulang kerana keadaan ayah sudah stabil. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah syurga Mia yang seorang ini kerana buah hatinya sudah sihat kembali. Mia menemani ibunya mengambil ayahnya di bilik rawatan dan tersenyum melihat mereka berpimpinan tangan menuju ke kereta. Tiba-tiba ayahnya berhenti. Mia terkejut dan sudah mula ingin membuka langkah kerana risau tiba-tiba ayahnya diserang balik dengan penyakit darah tingginya. Tetapi tiba-tiba ayahnya menoleh ke belakang dan memanggil Mia lalu memeluk Mia dan ibu dengan pelukan yang erat. Ya, ayahnya sebelum berkahwin dengan ibunya adalah sebatang kara. Ayah Mia cuma ada isterinya, Mia dan keluarga mertuanya. Pemergian ayah mertuanya juga memberi kesan yang mendalam pada dirinya. Mana tidaknya, itulah insan yang memberi nikmat dia merasa seorang ayah. Terasa dirinya seperti dipandu dan diberi hala tuju. Pemergian ayah mertuanya menyebabkan dia kehilangan kata-kata. Tapi hari ini, ayahnya sedar isterinya dan Mia serta dirinya harus kuat menerima pemergian ini dengan baik dan meneruskan kehidupan berpandukan pedoman-pedoman yang dibekalkan ayah mertuanya. Serasa kehilangan tempat bergantung ketika punya masalah dan sebagainya.

Dalam pelukan yang panjang itu, Mia seolah-olah menerima caj-caj positif dari ibu ayahnya untuk terus kekal kuat dalam kehidupan. Dia juga berharap ibu ayahnya kuat dan saling menguatkan. Mereka terus pulang ke rumah dan merehatkan diri mereka masing-masing. Di dalam bilik, Mia yang sedang bersendirian merenung ke bingkai gambar dia dan tok ayahnya.

" Lihatlah tok ayah,hari ini telah menjadi saksi betapa kasih dan cintanya kami terhadap kamu. Semoga tok ayah juga berada dalam kalangan orang yang beriman".

 Mia merasakan dirinya bebas dan merdeka dari belenggu yang menyebabkan dirinya hanya termenung dari jendela biliknya setelah pemergian tok ayahnya. Begitu juga ibu dan ayahnya. Dalam menjalani kehidupan yang sukar ini, Mia menerima takdir itu dan tidak pernah lupa akan kehadiran sosok seorang tok ayah dalam ceritera kehidupannya sebagai lelaki yang banyak memberinya panduan dan tidak lekang dengan nasihat dan hikmat. 

"Kerana Tok Ayah merupakan manusia istimewa dalam kehidupan Mia dan keluarganya. Al-Fatihah".

Kasih Tok AyahWhere stories live. Discover now