4

110 22 13
                                    

"Tak habis lagi kamu angkat barang? Tulah, appa dah kata, bawa sikit je. Ni nak juga angkut semua benda!"

Yoojung pekakkan telinga, sesungguhnya bebelan tersebut sangat tak membantu dirinya ketika ini. Masih ada beberapa kotak yang perlu diangkat masuk ke dalam rumah. Dia sendiri pun tak sangka banyak juga barangnya, naik mengah juga nak angkat seorang.

Entah-entah dia ni secara tak sedar menghidap hoarding disorder err entahlah, dia sendiri pun tak tahu. Self diagnosed je semua ni, tolong jangan ikut.

Yang penting memang semua benda kena angkat sendiri, memang tidaklah omma dan appa mahu tolong. Awal-awal lagi dah pesan sebelum mereka sampai sini, dia je yang buat tak dengar. Sekarang, rasakan lo!

"Dahlah, appa masuk dulu! Nak rehat, bye!" Appa masuk ke dalam tanpa berpaling lagi, sampainya hati tak nak tolong anak perempuan tunggalnya ini sobs sobs...

Yoojung menghela nafas, apa boleh buat. Hadap jelah walaupun tak rela, terasa mahu menjerit biar satu semesta ni dengar tetapi jeritan itu setakat tersekat di tekaknya sahaja. Tak mahulah dilabel orang gila huhu.

"Kenapa waktu aku kemas haritu nampak macam tak banyak? Ni tiba-tiba macam beranak-pinak pula aku punya barang, dah macam bakso beranak!" Dia mencekak pinggang, pinggang pun lenguh semacam baru angkut beras atas belakang.

"Okay, aku boleh buat. Aku bukan anak manja!" Tangan ditumbuk ke langit, sekadar memberi motivasi (atau sebenarnya lebih kepada motibasi) kepada dirinya sendiri.

Kotak di hadapannya diangkat, berat juga. Entah apa yang dia isi, sampai melimpah! Yoojung cuba mengimbangkan badannya dengab baik, tak mahulah ada insiden yang memalukan buat kali keberapa entah dalam hidupnya ini.

Tetapi itulah, kadang-kadang benda yang kita tak harapkan berlaku itulah yang terjadi, macam tengah makan sup ayam, ingatkan isi ayam rupanya halia lah tipah tertipu. Begitulah yang terjadi pada Yoojung.

"Yoojung, ada apa tu?" jerit appa dari dalam rumah.

Yoojung panik, barang-barang yang ada di dalam kotak itu bertaburan di atas lantai. Cepat-cepat dia duduk dan masukkan barang tersebut ke dalam kotak. Tak naklah kantoi.

"Takde apa-apalah appa!" balasnya balik, tangan pun laju je bergerak.

"Alamak, asal benda tu bergolek ke sana pula?" Yoojung melihat satu objek bergolek jauh, keluar dari pagar rumahnya menuju ke jalan.

"Aduh, dasar betul!" Yoojung cuba membetulkan urat, yalah bila dah tua ni (sedar diri), nak berdiri nak duduk semua dah rasa susah. Nampaknya dah  boleh start amalkan minum susu Anlene dari sekarang sebelum terlambat.

Yoojung berlari-lari anak mengejar barangnya itu yang suka suki bergolek dengan bahagianya itu. Sudah satu hal kena kejar.

"Eh?" Tiba-tiba sahaja objek itu hilang dari pandangannya sedangkan tadi elok je bergolek depan mata. Yoojung terkelip-kelip mata, matanya meliar ke sekeliling, manalah tahu objek itu termasuk dalam longkang.

Satu tangan dihulurkan di depan matanya, objek yang dicari-carinya itu terletak di atas tapak tangan orang itu. Yoojung terkelip-kelip lagi buat kali kedua, tak perasan pula ada orang tolong ambilkan.

"Terima kasih err?" Tangannya laju mengambil objek itu. Lelaki itu terus beredar dari situ tanpa kata dengan mengayuh basikalnya, laju meninggalkan Yoojung yang masih terkesima di situ.

"Aik, dia ni tak dengar ke apa? Lantaklah, asalkan aku dah cakap terima kasih!" Yoojung angkat bahu sebelum berjalan masuk ke dalam rumahnya semula.

-----
A/N: sorry weh lama tak update aku sibuk sikit seminggu ni hahhaahahha ok vote and comment:))

adore you | jeongwoo's fanfic Where stories live. Discover now