OPS PERMULAAN

48.5K 834 89
                                        

"Adam... nak masuk... UTK." Gugup Adam Hayyat menyampaikan hasrat di dalam hati. Dia tunduk memandang lantai rumah pusaka Arwah abah, sesekali dia menghela nafas pelahan. Dia sangat berharap abang keduanya ini tidak mengamuk atau membelasahnya kerana membuat keputusan gila ini.

"Adam dah pergi ke Australia, patah balik sebab ni? Sejak bila tukar cita-cita ni? Bukan ke Adam yang nak sangat jadi pemanah negara?" Soal Hud bertubi-tubi sambil berdiri dan mencekak pinggang, dia merenung tajam ke arah Adam.

"Adam tak nak pun semua ni. Arwah abah yang paksa, Adam nak jadi polis. Tak kisah la apa pun asal polis." Tegas Adam, dia bingkas bangun dan bertentang mata dengan Hud.

"Tapi kenapa? Adam tahu kan polis tu lasak..."

"Kenapa kalau lasak? Adam boleh harungi semua cabaran. Adam yakin." Kata Adam bersungguh-sungguh memotong kata-kata Hud. Dia tahu Hud tidak yakin akan dirinya yang kelihatan lemah dan lembik ini, sejak ibu meninggal dunia di tangan musuh. Dia bukan lagi Adam Hayyat yang dahulu kerana dia tekad berubah demi melindungi orang yang dia sayang.

Hud melepaskan keluhan kasar, dia melangkah mendekati Adam lalu memegang bahunya.

"Angah bukan tak yakin dengan Adam tapi Angah takut kalau Adam tak tahan dengan ujian pasukan khas. Betul ke Adam nak masuk UTK?" Soal Hud nada suara serius, dia merenung ke dalam anak mata Adam. Dia bukan tidak suka jika Adam mahu memilih polis sebagai kerjaya tetapi latihan pasukan khas polis bukan mudah, sedangkan Adam sejak kecil tidak dibesarkan dengan melakukan perkara lasak, malah dia juga anak yang sangat manja. Bagaimana hati seorang abang tidak risau jika adik yang manja ini ingin memilih polis sebagai kerjayanya.

Adam menarik nafas dan menghembuskannya pelahan-lahan. Dia mengangguk pelahan.

"Angah jangan risau pasal tu sebab Adam dah lama ready untuk semua tu. Adam nak masuk UTK sebab nak melindungi negara dan juga sesiapa saja yang di dalam bahaya." Balas Adam dengan penuh kesungguhan dan serius agar Hud yakin dia menempuh segala halangan yang mendatang. Ini bukan lagi Adam Hayyat yang dulu, dia tekad berubah demi menjaga negara dan sesiapa yang di tindas.

"Kalau dah tu yang Adam nak, angah akan sokong tapi pastikan berjaya sehingga capai pangkat tertinggi.Janji?" Hud menghulur tangan kepada Adam tanda dia memberi sokongan dengan apa yang ingin dia lakukan.

"Adam janji angah." Adam menyambut hulur tangan Hud dan mereka saling berjabat tangan tanda satu janji telah diikat.

"Adam tak kan kecewakan angah, semua yang Adam buat ni untuk melindungi sesiapa saja yang Adam sayang." Luah Adam lagi, dia memilih menyertai UTK (Unit Tindak Khas) bukan kerana pangkat dan nama tetapi kerana mahu melindungi orang sekelilingnya.

"Jangan pernah putus asa terus melangkah walaupun di uji sejuta dugaan kerana Allah tak akan menguji seseorang luar kemampuan hamba-hambaNYA." Pesan Hud sambil memegang kedua-dua bahu Adam, dia tidak mahu adiknya menjadi seseorang yang mudah mengalah. Teruskan melangkah walaupun pelbagai dugaan datang menimpa kerana ujian yang datang bukan melemahkan diri tetapi kekuatan untuk kita terus menempuh hari yang mendatang.

*********
7 tahun kemudian...

Misi Area: Kilang terbengkalai di Klang.
Ops Tumpas.
Jam 0130

Dingin malam diringi cahaya bulan purnama menemani pasukan Unit Tindak Khas (UTK) di dalam menjalankan misi terbesar yang diberi nama OPS Tumpas. Satu misi membenteras jenayah pembuatan ubat-ubatan palsu, racun dan juga virus  berbahaya. Seramai 8 orang pasukan UTK digerakkan bagi menumpaskan kegiatan haram itu dan juga menangkap suspek durjana yang menjadi dalang utama. Masing-masing lengkap memakai pakaian tempur berwarna 'wolf grey' manakala vest kalis peluru disarung di luar, topi taktikal full face cover yang dilengkapi alat pandangan malam dan juga kasut keselamatan taktikal untuk memudahkan mereka bergerak pantas.

Lelakiku (C)Stories to obsess over. Discover now