6

60 6 2
                                    

Zaireen sampai di rumahnya dan melihat suasana lengang yang ganjil. Dia masuk dan pergi ke tingkap dapur kerana di situ dia boleh melihat bahagian ruang makan rumah utama.

"Hmm..gelap. Mesti semua berada di hospital ni,"bicaranya sendiri. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. "Siapa tu?"laung Zaireen.

"Auntie Jolie."

"Ok, sekejap!"jawab Zaireen sambil bergegas membuka pintu. "Auntie Jolie, dah tengah malam ni."

"Reen auntie nak minta tolong. Can you send me to Gleneagles?"

"Ta-tadi..."

"Auntie ada di rumah masa mereka dapat call dari Gelneagles."

"Ok,lepas tu?"

"Ni." Auntie Jolie menunjukkan bekas ubat Tan Sri Samad. Zaireen melihat kotak itu dan memandang Auntie Jolie yang kerisauan. "Tan Sri mesti makan ubat ni. Ubat jantung. He left without taking it. Puan Sri Hannah minta Auntie bawa ini ke hospital." Wanita filipina itu disayangi Zaireen seperti ibunya sendiri.

"Baik, kita pergi sekarang,"bicara Zaireen sambil mengambil jaket dan kunci kereta. Mereka terus memandu ke hospital itu tanpa banyak gangguan kerana sudah melepasi tengah malam. Auntie Jolie nampak begitu keresahan. Zaireen menyentuh tangan wanita 50an itu. "Don't worry,"pujuk Zaireen lagi. Sesampainya mereka di situ mereka bergegas ke ER tetapi jururawat di situ memberitahu keluarga Tuan Sahil berada di lobi Dewan Bedah.

"Tan Sri, Puan Sri,"panggil Auntie Jolie. Mereka melihat wajah-wajah sugul menanti pembedahan Sahil dan Joanna selesai. Datuk Jamil dan isteri-isterinya juga di situ.

"Reen, Auntie Jolie,"sapa Puan Sri.

"Ini-"ucap Auntie Jolie sambil menghulurkan kotak ubat Tan Sri.

"Thanks Auntie Jolie. Tan Sri is not looking that well too,"bisik Puan Sri. "Duduk ya, I nak beri Tan Sri makan ubat." Puan Sri Hannah memujuk suami menelan ubat yang sangat penting itu.

"Datuk Jamil dan dua isterinya,"bisik Pakcik Zahar kepada Zaireen.

"Wow, no wonder Joanna persis ratu cantik,"bisik Zaireen kembali. Tiba-tiba seorang doktor keluar dari bilik bedah.

"Ada tak di kalangan keluarga Tuan Sahil boleh menderma darah?"

"You can take mine, "pantas Zaireen berkata.

"Are you taking any meds?"

"No, not even paracetamol."

"Great! Nurse Nina, boleh tolong bawa Cik-"

"Zaireen."

"Ya, Cik Zaireen untuk derma darah."

"Sila ikut saya,"pinta jururawat hitam manis itu. Pakcik Zahar memandang sahaja Zaireen dibawa pergi. Sejam kemudian seorang doktor keluar dan berkata sesuatu kepada Datuk Jamil dan Datuk Jamil boleh menarik nafas lega. Dia tidak habis-habis berterima kasih kepada doktor tersebut.

"Kenapa lama sangat ni?"soal Puan Sri Hannah yang kebingungan. Seorang doktor wanita keluar dari dewan bedah.

"Encik Sahil kehilangan banyak darah tapi pembedahan ini berjaya. Buat masa sekarang Encik Sahil berada di unit pemerhatian. Sekejap masa lagi akan ditempat di ICU."

Airmata kesyukuran Puan Sri Hanna bercucuran.

"Terima kasih doktor,"ucap Tan Sri berkali-kali.

"Sudah tugas kami. Tan Sri dan keluarga boleh berehat di ruang menunggu VIP. Di situ ada kerusi dan katil. Jururawat kami akan menunjukkan bilik itu nanti."

"Boleh tak kami melihat anak kami sekarang?"

"Maafkan kami Tan Sri. Demi keselamatan Encik Sahil nak-nak pulak selepas Covid 19 ni, pihak admin hospital melarang melawat di unit pemerhatian. Dan lagipun kami memberi ubat tidur kepada Encik Sahil supaya tubuhnya boleh terawat."

"Tan Sri, ada baiknya kita ikut nasihat doktor,"ucap Pakcik Zahar.

"Tan Sri dan Puan Sri pulanglah buar Auntie Jolie mengambil giliran menunggu malam ni."

"Reen pun ada ni,"sampuk Zaireen yang baru sahaja keluar dari bilik derma darah. "It has been a long day. Dahlah tuan Sahil masih kritikal. Tan Sri dan Puan Sri mesti menjaga kesihatan."

"Baiklah saya dan Puan Sri pulang dahulu. Apa-apa tak kira jam berapa inform kami cepat-cepat ya?"

"Tan Sri jangan risau. Auntie Jolie dan Zaireen akan berada di sini."

Tan Sri memujuk Puan Sri untuk menuruti sahaja cadangan itu. Pakcik Zahar membawa kedua orang kenamaan itu pulang.

Zaireen mengambil selimut dan bantal yang disediakan oleh pihak hospital. Dia menyediakan katil untuk Auntie Jolie tidur. Dan dia mengambil tempat di sofa panjang. Malam yang penuh drama meletihkan mindanya.

"Auntie Jolie, katil.dah siap tidurlah."

"Auntie is still in shock Reen. Tak sangka betul."

"Yang pasti Tuan Sahil.dah selamat. He's in good hands jangan risau sangat ya." Zaireen berbaring di sofa yang selesa itu. "Reen tidur dulu auntie."

"Tidurlah Reen. Auntie tak merasa mengantuk lagi."

Zaireen yang keletihan dengan segala drama di istana keluarga Tan Sri Samad menerima sahaja cadangan Auntie Jolie. Jam menunjukkan hampir 2 pagi. Dia tanpa menyangkal meletakkan kepalanya di bantal dan terlena dengan sendirinya.

"Reen, bangun,"kedengaran Auntie Jolie mengejut. Dia bingkas bangun.

"Kenapa Auntie Jolie?"tanya Zaireen sedikit cemas.

"Maaf Cik Zaireen, ini borang nak kena sain sebab Encik Sahil sudah boleh dibawa ke ICU,"ucap jururawat genit di hadapannya.

"Aih, Auntie J kenapa tak auntie je sain. Kenapa kena Reen?"

"Err..err...auntie kalau boleh tak mau ke ICU auntie seram."

Zaireen menampar dahinya sendiri. Jururawat itu ketawa kecil.

"Baiklah, Reen sain Reen pergi tengok Tuan Sahil. Bukannya kena masuk wad tu! Tengok kat luar ke kan?" Jururawat itu mengangguk. "Apalah auntie ni terkejut beruk Reen tadi tau,"sempat lagi Zaireen membebel. Dia membontoti sahaja jururawat genit itu.

"Cik Zaireen, ini VIP ICU. Hanya ada Encik Sahil di sini. "

"Ok lepas tu?"

"Sain Cik Zaireen sebagai saksi yang kami telah menjalankan permintaan Tan Sri."

"Ok...."Zaireen yang masih mamai dari lenanya memandang Sahil yang kedua kakinya berbalut, dan kepala juga di-bandage kemas. "Teruk nampaknya,"komen Zaireen.

"Ya, kalau Cik Zaireen tengok di laporan ini, ini baru pembedahan pertama. Ada beberapa lagi pembedahan untuk Encik Sahil."

"Apa yang patah?"

"Tulang peha, hidung patah, tulang rusuk retak."

"Wow,"ucap Zaireen sambil memerhatikan Sahil ayng berwayar di merata tempat.

"Cik Zaireen sila sain di sini,"tunjuk jururawat itu.

"Lepas tu?"

"Lepas tu three..."gurau gadis genit itu.

"Ei,bergurau ya.."

"Maafkan saya Cik Zaireen. Buat masa sekarang tiada pelawat dibenarkan."

"Faham,"balas Zaireen pantas. 'Tengok dari jauh jelah. Tak mau aku tengok dekat,'bisik hati Zaireen. "Er itu sahaja?"

"Buat masa sekarang itu sahaja."

"Dah boleh balik ke bilik menunggu?"

"Sudah tentu. Silakan,"kata jururawat itu.

"Terima kasih! Bye!" Ucap.Zaireen sambil.menjeling ke dalam bilik yang menempatkan Sahil.

'Aku doakan kau sembuh Sahil. Setulusnya.'

Perigi cari timba.Where stories live. Discover now