𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

170 20 3
                                    

"Bai Ayres!! Bai Iris!!

"Baii." Ucap Iris dan Ayres bersama-sama ke arah kawan baik mereka itu. Kini mereka berdua sahaja yang berada di station bas menunggu kedua ibu bapa.

Pengawal keselamatan pula turut menunggu bersama.

Iris memandang ke arah jam tangannya. Jarum pendek tepat pada pukul 1 petang. Sudah hampir sejam dia menunggu.

"Lama nya papa dengan mama ni." Rungut Iris perlahan.

Kaki pendeknya diayunkan. Mulut pula bernyanyi. "Tak lama lagi datang lah tu. Sabar tau." Pujuk Ayres kepada adik kembarnya itu.

Ya. Iris Lyvia yang merupakan adik kembarnya yang dilahirkan beberapa minit selepasnya. Wajah mereka bedua sama persis.

Yang membezakan mereka hanyalah rambut dan warna mata Ayres yang berwarna kelabu dan Iris pula memiliki mata berwarna biru . Sungguh unik!

Mereka berdua mengikut genetik datuk dan nenek moyang mereka. Ayres mengikut genetik datuk sebelah ibu nya manakala Iris mengikut genetik nenek belah ayahnya.

"Ayres, Iris. Tunggu sini dulu tau. Pakcik nak ke tandas dulu." Ujar pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga mereka berdua.

Maklumlah sekolah yang diduduki mereka adalah sekolah milik kedua ibu bapa Ayres dan Iris.

"Okay." Jawab Ayres. Ayres memandang pengawal keselamatan itu yang terkedek-kedek ke tandas.

Iris dan Ayres kekal menunggu.

Jam sudah pun 1:30 petang.

Lama juga pengawal ni ke tandas. Berak ke? Fikir Ayres sekilas.

"Hai adik."

Ayres dan Iris  menoleh ke arah suara yang menegurnya. Seorang lelaki yang berbadan sasa. Namun, mereka tidak menjawab sapaan tersebut. Malah mulut Iris kekal bernyanyi.

"Hm adik dua ni belum balik lagi ke?" Tanya lelaki tersebut. Ayres menarik adiknya dekat dengannya. Soalan tadi masih tidak dijawab.

"Kenapa adik tak jawab ni?" Tanya lelaki itu lagi.

"Mama kata tak boleh bercakap dengan orang yang tidak dikenali. So, saya tak kenal abang." Jawab Iris.

"Ooo. Boleh tahan juga kau ni." Lelaki itu mengangguk paham. "Tapi mama suruh abang ambik adik dua orang ni." Ucap lelaki itu.

"Kenapa pulak? Mama janji nak ambik kitorang. Abang tipu. Masuk api neraka" Ucap Iris. Kaki Ayres mula turun dari tempat duduknya setelah berasa tidak selamat untuk duduk di situ.

Tangan Iris ditarik supaya mengikut langkah Ayres.

Tiba-tiba van hitam mula berhenti di hadapan mereka.

"Kau nak pergi mana ah budak!" Ujar lelaki tadi. Tangan Iris ditarik lalu badan nya diangkat. "Ee lepas lah! Mama! Abang!" Teriak Iris.

Ayres terkejut apabila melihat adiknya ditarik. Pantas Ayres cuba menarik Iris dari tangan lelaki tadi. Namun, badan nya yang kecil tidak mampu untuk melawan lelaki yang berbadan sasa itu.

Seorang lagi lelaki keluar dari van hitam lalu pantas mengangkat Ayres. Ayres masih cuba melepaskan diri. Tangan lelaki yang mengangkatnya digigit.

"Aaarghh! Sakit sial!" Lelaki tadi melepaskan pegangan nya. Ayres turut terjatuh.

Sekali lagi dia cuba untuk menarik Iris. "Iris!" Panggil Ayres. Iris sudah dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. "Iris!" Panggil Ayres lagi tetapi hampa.

Tiada sahutan dari Iris.

"Kau tak payah panggil dia. Dia takkan dengar." Ujar lelaki yang digigitnya tadi.

 𝐎𝐆| 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz