"Walau enggan darahnya tumpah,
Akan aku pastikan engkau rebah."
-Pemain ##
_______________________________________
"Terangnya..." Aku terbangun akibat sinaran yang menyilaukan mataku. Aku melihat sekeliling dan tidak mengenali bilik yang sedang aku tempati. Aku hanya melihat sekeping kertas berlipat di atas meja sebelah katil.
'Pemain ke-7, sila ikuti anak panah yang telah disediakan.'
'Pemain ke-7? Apa ni?' Sekarang aku sedar. Aku telah dipaksa menyertai kem intervensi kerana aku gagal sejarah. Jikalau tidak, aku takkan dapat menggantikan biasiswa aku.
Aku pun mengikuti anak panah yang telah diberikan. Setelah beberapa minit aku tersesat di dalam institusi ini, aku akhirnya menjumpai pintu masuk. Setelah aku membuka pintu tersebut, aku terkaku apabila melihat rakan sekelas.
'7... 8... 9...' 12. Terdapat 12 orang yang sedang resah akan kehilangan biasiswa mereka kerana gagal ujian sejarah. Aku tersentak and menutupi telingaku sewaktu pembesar suara tiba-tiba berbunyi.
"Assalamualaikum dan selamat pagi peserta sekalian. Selamat datang ke kem intervensi! Kami telah menyampaikan beberapa permainan untuk mengajar kamu tentang kemerdekaan negara tercinta kita. Mesti ada yang masih bingung, bukan? Usahlah resah. Tiada sesiapa yang akan menyakiti kamu secara fizikal. Kami tidak akan benarkan. Bagi siapa yang melanggar peraturan, kamu akan menerima balasan yang setimpal,"
Adakah ini pangajur kem intervensi kita?
