"Mesti aku dah menyusahkan ramai orang, kan?" Qaisaraa cuba untuk tersenyum.

Dia benci perasaan ini. Dia benci apabila dia terpaksa bergantung pada orang lain. Dia benci apabila orang lain risau akan dirinya.

Ikmal mengerutkan dahinya seraya menggeleng. Tidak suka wanita itu berkata sedemikian.

"Mana ada. Kau tak menyusahkan sesiapa pun. Bukannya kau minta semua ni terjadi. Takde orang pun yang tahu kemalangan tu akan berlaku."

Mendengarkan kata-kata Ikmal, hati Qaisaraa tenang sedikit. Namun tidak lama sebelum dirinya teringat akan sesuatu.

"Macam mana kalau aku cakap... ada orang yang tahu kemalangan tu akan berlaku?"

Kata-kata Qaisaraa menarik perhatian Ikmal. Tetapi dia masih dilanda keliru.

"Maksud kau?"

Qaisaraa mengeluh perlahan. Dia teringat akan perbualannya bersama dua orang anggota polis berkenaan kes kemalangannya. Ada perkara yang tidak dia katakan kepada mereka.

"Betul-betul sebelum kemalangan tu berlaku, aku terima panggilan telefon daripada satu unknown number ni. Tapi bila aku angkat, tak ada orang pun yang menyahut. Macam sengaja nak alih perhatian aku." Wanita itu memandang pemandunya yang masih mempamerkan riak keliru.

"Maksud kau?"

"Maksud aku, macam mana kalau orang yang telefon aku masa tu dan yang langgar kereta aku... ialah orang yang sama?"

Barulah Ikmal mengangguk faham. Tapi dia hanya diam. Menanti Qaisaraa menyambung bicaranya.

"Dan pagi tadi, Inspektor Ekhwan telefon aku. Dia bagitahu aku, kereta yang langgar aku hari tu ialah kereta curi. Jadi diorang tak dapat cari siapa pemilik kereta tu." Qaisaraa mengukuhkan lagi teorinya.

"Saraa, aku rasa kau perlukan rehat." Ikmal cuba untuk menenangkan wanita itu.

Walaupun teori Qaisaraa ada betulnya, takkanlah ada orang yang nak buat macam tu. Haters? Takkan sampai macam tu sekali? Siapa pula yang berdendam dengan wanita sebaik Qaisaraa?

"Mesti kau rasa aku merapu kan sekarang ni?" Qaisaraa mengeluh kecil.

Sejujurnya, dia sendiri pun merasakan dirinya dan macam orang tak betul sekarang. Tapi entah mengapa firasatnya kuat mengatakan yang ia bukanlah satu kebetulan.

"Saraa-"

"Percaya aku, Ikmal. It was not a coincidence. Someone planned for it to happen. Ada orang yang rancang untuk bunuh-"

Bicara Qaisaraa terhenti apabila pintu wad itu dikuak dari luar. Pantas kedua-duanya berpaling.

Wajah Ikmal tidak beriak melihat jejaka berkot putih yang berdiri di muka pintu itu. Tetapi berbeza dengan Qaisaraa, wajahnya terus berubah dingin sebaik sahaja lelaki itu melangkah masuk.

"Saya perlu buat pemeriksaan terhadap Cik Saraa." Suara garau Aryan kedengaran. Doktor muda itu memandang wajah dua orang di hadapannya silih berganti.

Ikmal mengangguk. Faham dengan arahan doktor tersebut. Sempat dia berpesan kepada Qaisaraa yang dia akan menunggu di luar. Wanita itu hanya mengangguk.

Ikmal melangkah keluar dari wad tersebut. Meninggalkan majikannya bersama doktor muda itu. Mungkin sekadar perasaannya, tapi Ikmal dapat merasakan jelingan doktor tersebut saat mereka berselisih tadi.

_______

Dengan pemergian Ikmal, maka tinggallah mereka berdua di dalam wad tersebut. Seorang doktor dan seorang pesakit.

Tainted Love [OG]Where stories live. Discover now