Setelah selesai ,Damia pun terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat dan terus  turun ke level bawah . Dia menekan butang alarm dan  terus  masuk kedalam perut kereta.

Karl menghantar pemandangan dari jauh, dia kehulu dan ke hilir. Dia sudah mula tidak senang duduk.

''Haa. Kamu ni pula Karl dah kenapa papa tengok dah macam kucing nak beranak?"
Soal Tengku malique sambil memberi senyuman sinis , dia  sudah tahu sebabnya , sengaja dia ingin mengenakan anaknya.

''Err..tak ada papa..Karl cuma..haa karl..karl balik bilik karl dulu lah ya"

Karl pun melangkah kaki ke biliknya , namun belum lagi sampai 5 minit Karl terus menggapai kunci kereta dan  turun ke bawah. Dia membuat keputusan  untuk temankan Damia Makan tengahari. Tengku malique pula hanya melihat tingkah Raykarl dari atas .

Sampai sahaja di kedai makan, Damia sudah duduk di meja sementara menunggu makanan sampai, Dia membuat panggilan  video dengan Sarah.








Damia Annalise  video Calling....................................

''Sarah kau dekat mana ?"

''Aku dekat luar tengah fitting baju ni dengan Ayden.. Ayden tengah cuba baju, Sorry tak dapat nak temankan kau Mia "

''Relax lah aku okay je seorang" .

Sarah dapat  melihat Karl yang sedang membuat pesanan makanan dari belakang Damia.

''Weh Mia , Aku tak rasa kau seorang..."

''Maksud??"

''Okaylah Damia...nanti kita borak-borak  lagi ek..bye Mia!!"

Panggilan tersebut dimatikan oleh Sarah. Selesai sahaja Mia  berbual dengan sarah ,Karl sudah pun  berada  dihadapannya.

''Karl ? Eh  macam mana tiba-tiba karl ada kat sini? "..

Karl hanya diam sahaja . Dia  menatap wajah Damia sehingga damia berasa tak selesa dan terpaksa mengalihkan pandangannya.

''Eh Karl  ni pun jangan lah tengok mia macamtu sekali "

''Kenapa pula tak boleh tengok ? "

''Hmm...Sebab memang  tak boleh lah.."

''Tak boleh tengok  ke sebab takut ?

''kenapa nak takut pula?"

''Sebab takut tergoda ke ? Atau  tak boleh bernafas bila kau tengok muka aku lama-lama."...

''Hahahah.kelakar lah kau ni Karl..kan bagus kalau kau macam ni dari dulu..
Tapi tulah kau lagi suka jadi batu..asyik nak dingin je"

Karl hanya diam dan melihat sahaja damia yang mengajak  berbual sambil makan dengan mulut dia yang penuh.

Setelah mereka selesai makan..Karl tetap mengikut  Damia dari belakang sampai ke office damia ,setelah itu barulah dia balik  office.

Tengku Malique  mendengar jelas ngauman kereta Karl dibawah tempat parkir kereta. Tengku Malique pula  sudah menunggu karl lama di pejabat beliau.

''Hah Karl kamu ni pergi mana pula? "

''Oh Karl pergi makan kejap"

''Oh...pergi makan ? Haih. Nampaknya papa memang dah kena tolong kamu ni Karl. hahaha" Jawab tengku Malique sambil memberi senyuman sinis.

Secara diam-diam tengku Malique dan puan maznah sudah pun berjumpa dengan Puan Maziah untuk menyatukan Karl dan Damia.Namun begitu , mereka berdua masih belum tahu tentang perkara itu.

MY COLD LOVERDonde viven las historias. Descúbrelo ahora