''Oi Karl ! Kau berangan apa ? Aku suruh kau tengok fail tu..kau ingat aku tak ada kerja lain ke ?!" Marah sarah.

''Sarah ? Kenapa marah sangat tu? "

'' Eh Mia , asal kau  datang kerja weh..kan aku suruh kau rehat sehari lagi, "

''Tak apa ..aku okay..lagipun dah 3 hari aku cuti..kesian dekat kau uruskan kerja aku..thanks tau sarah tolong aku"

''Dah habis ke sesi luahan hati? Cepatlah Sarah  tadi kau kata ada banyak kerja lain .." Jerkah Raykarl.

''Bising ah kau" marah Sarah. 

Damia pun duduk disebelah Sarah bagi perbincangan projek tersebut. 

''Stop it Raykarl ! Fokus Raykarl ." Raykarl sempat marah dengan dirinya sendiri.

Setelah selesai ,mereka pun bersurai dan menuju ke kereta masing-masing.

Sarah sudah sampai ke kereta. Damia kmengetuk tingkap sarah.

''Sarah temankan aku makan..aku tak sarapan lagi "

Raykarl parkir sebelahbkereta Sarah. Dia  terdengar permintaan  dari Damia , lantas mencapai  makanan yang telah dibungkus kepada Sarah. 

''Nah ambil ni ! " Raykarl pun menghulurkan pada Sarah.

''Kenapa pula ? Kau Bagilah Mia tengah berdiri tu"

''Ambil jelah , kalau tak nak aku buang je , ada orang bagi aku tadi"

Raykarl pun terus memecut laju keluar dari perkarangan parkir tersebut.

''Eh dia ni asyik nak buang-buang je..macam nilah anak orang kaya tak sedar diri sikit-sikit nak buang ,cuba ingat dekat orang susah.." Bebel sarah.

Muka damia terus berubah mendengar perkataan yang dikeluarkan Sarah. Ya begitulah dia dahulu yang gemar membazir dan berbuat suka hati atas tiket anak orang kaya.

''Mia kau okay ke? Weh kau jangan terasa , Tak semua anak orang kaya macamtu...aku cakap raykarl senget tu , ni tak ada kena mengena dengan orang lain"

''Ya aku faham..aku okay".

''Nah , ambil ni makan..dari membazir baik kau yang makan..kau belum makan lagi kan.."

Damia menerima makanan tersebut dengan muka agak kecewa. Entah bila Raykarl akan  melayan baik dirinya seperti dahulu .

Selesai kerja Raykarl tidak langsung  balik ke rumahnya, dia terus ke rumah keluaraganya terlebih dahulu kerana tengku Malique mengadakan majlis makan malam  bersama  Staff terdekat .

''Karl ! Mana doh kau lambat betul sampai..aku ni dah jadi batu sama macam kau jugak ." Soal Azril.

''Kecoh lah kau ril! Kau tunggu apa ? Pergilah ambil makan , tak kan nak tunggu aku jugak suapkan??"

Raykarl terus duduk disebelah Syed Azril dan menemani sahabatnya itu makan.

Puan Maziah juga dijemput atas sebab mereka sudah lama bekerjasama sejak syarikat tengku malique dibangunkan. Jadi tidak hairanlah mereka sudah terlalu rapat.

''Ziah , terima kasih sudi datang , kau sihat ke? Tanya puan Maznah.

''Bolehlah orang tua kan ,tak ada lah sihat sangat"

''Tua -tua pun masih bekerja kendalikan syarikat..orang tua hebat tu"..tambah puan maznah.

Mereka pun berbual antara satu sama lain kerana sudah lama tidak bertemu, mereka berpeluang berjumpa jika ada majlis sahaja. 

Raykarl yang sedang duduk di meja mencari-cari sosok damia. Puan Maziah sudah lama sampai. Baru sahaja dia ingin memaksa damia datang.terlihat kereta Ayden Redza sedang mencari parkir.  Ayden hadir membawa Damia bersama.

Damia terus melangkah ke arah mamanya yang sedang asyik berborak itu.

''Assalamualaikum"

''Waalaikumussalam..staff baru ke Ziah?

''Eh tak lah anak kandung saya ,baru balik dari luar negara..sebelum ni dia duduk dengan arwah papa dia"

''Tak pernah pula kau beritahu selama ni ada anak perempuan.."

''Lah tak ada yang tanya..tak akan nak cerita nanti orang kata kita menunjuk anak perempuan pula.."

''Haa .maznah abang pun  lupa nak beritahu yang maziah ni ada anak perempuan..."

''Oh ya Karl mana ? Sibuk layan tetamu ke ?" Soal puan Maziah.

''Karl?? Lambat lagi lah nak tengok dia layan tetamu..cakap terus terang ajelah ya..tak nak puji melambung...anak bertuah tu,pening kepala papanya melayan ".

''Biasa lah maznah anak bujang ,faham sangat , saya dah rasa sangat  dah sambil mengerling ke arah Ayden.

''Panggil lah Karl bang ke sini jumpa dengan anak Ziah yang cantik ni..mana tau tersangkut..dapatlah berbesan..gurau  puan Maznah sambil ketawa.

''Tak payah lah maznah, anak awak tu lagi cepat dari awak...dia dah jumpa damia haritu , number phone Damia pun dia dah simpan" Kata tengku Malique sambil melepaskan tawanya.

''Betulkan Ziah, baru saja saya beritahu,ank bertuah tu"..

''Damia marilah duduk makan, " ajak puan Maznah .

Baru sahaja Damia ingin duduk Raykarl sudah pun  datang ke arah mereka.

''Assalamualaikum semua, Karl nak minta maaf , Karl nak pinjam Mia kejap makan dekat meja sana tu boleh ke? " Tanya Raykarl dengan sopan.

''Boleh, tapi  pastikan pulang tu sama macam mana pinjam tau" seloroh puan Maziah.

''Kamu ni karl suka -suka pinjam anak dara orang,buat malu mama papa je" kata puan Maznah.

Karl mengeeling sekilas , baru dia perasan tengku malique berada di belakangnya.

'' Ops Sorry pa.."

''Papa tak cakap apa pun , kenapa kamu minta maaf ?" .

Raykarl dan Damia pun jalan seiringan ke arah meja yang telah disediakan Raykarl.

Raykarl juga  mengambil makanan dan diberikan langsung kepada Damia.kali ini dia benar-benar akan membuat semua orang percaya bahawa dia mempunyai hubungan yang special dengan Damia.

''Maz tengok mereka macam sama padan pulak ya bang? "

''Hahaha. Kamu ni Maz , kamu jangan percaya sangat dengan Karl anak bertuah tu..entah serius ke tak tu.." Jawab Tengku Malique.

Mereka  hanya ketawa mendengar jawapan tengku Malique, mana tak nya siapa saja yang tak mengenali akan sikap raykarl yang bersikap dingin  pada perempuan .










MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now