''Hello ?"

''Ya"

''Aku nak bagitahu kau , esok mama kau  akan datang berjumpa dengan papa aku untuk urusan kerja ,masatu aku nak kau ikut ,sebab aku ada dekat situ ,jadi dekat situ aku akan mulakan perancagan aku..kau faham tak! '"

Damia yang sudah hampir terlelap ,hanya menganggukkan kepalanya,

''Puteri Damia Annelisse !! Kau ni dengar ke tak"

''Ya Mia dah angguk kan tadi"

''Angguk kau ! Aku ni bukannya depan kau.."

Mia terus teringat dan  bangun untuk  menegakkan badannya.

''Okay karl . Kau ni menjerit -jerit macam tak pernah cakap dalam handphone

Mia terus cepat -cepat mematikan panggilan tersebut risau jika percakapannya tadi terdengar jelas .
Dia terus mematikan handphone.

********************************************************************************

Awal pagi lagi  Puan Maziah sudah bersedia untuk pergi ke tengku holdings . Dia menunggu Damia turun ,namun dami tidak lagi muncul tiba.

''Damia? Dah siap ke mama nak gerak dah ni"

''Mama masuklah bilik..tak kunci"

Puan Maziah melihat Damia masih  terbaring kerana tidak sihat. Lalu dia beritahu Damia tak perlu turut serta berehat saja dirumah.Puan Maziah pu. Terus keluar dan beritahu mak cik kiah ubtuk menjaga anaknya.

Setiba sahaja di Tengku holdings ,Puan Maziah di sambut baik oleh tengku malique.Mereka sempat berbual sebelum mulakan perbincangan. Raykarl masuk untuk turut serta ,namun dia melihat Damia tidak hadir bersama puan maziah.

''Saya sepatutnya hadir dengan anak perempuan saya .sebab dia perlu belajar untuk menggantikan saya kelak, tapi dia tak sihat ""

''Tak sihat ??? Pandai permainan kau Damia. Kau belum kenal aku siapa . Kau mainkan aku mia. Nanti kau ! " kata Raykarl didalam hati.

Sebaik sahaja mereka ingin memulakan mesyuarat ,setiausaha tengku malique memberitahu ada seseorang yang hadir untuk ikut serta tak lain dan tak bukan orang tersebut adalah Damia.

''Assalamualaikum Semua..minta maaf tengku  saya lambat sampai, saya tak berapa sihat hari ni.." Muka damia kelihatan agak pucat .

''Waalaikumussalam, tak apa..kita pun baru sahaja mula.."

Raykarl hanya tersenyum sinis ,melihat Damia mengikut arahannya.

''Untuk projek kali ni saya akan bagi Damia Annelisse..tapi dia masih belum mahir ,jadi akan mengambil masa "

''Tak apa puan Maziah , karl akan berikan banyak  Tunjuk ajar dan bekerjasama dengan dia untuk siapkan semua ..lagipun projek ni besar, karl faham ,sarah pun banyak perkara nak diselesaikan ".

''Good Job Raykarl ! Sure , pegang  tanggungjawab macam ni yang papa inginkan dari kamu"

''Tapi karl nak minta izin dari puan Maziah  untuk simpan Number Phone sarah, jadi senang raykarl nak berurusan dengan dia" Tambah Raykarl Lagi.

'' Tentang number Phone boleh tanya pada tuan badan sendiri ya..yang tu saya tak masuk campur.." puan maziah menjawab dsambil tertawa kecil.

''Boleh ke Damia ? Kalau karl nak number phone Damia? " tanya raykarl dengan nada yang lembut membiat Damia semakin menyampah dengan sikapnya.

'' Boleh , untuk urusan kerja kan  Mia okay "

''Okay thanks Mia " 

Damia,terus mengalihkan pandangannya kepada mamanya . Dia tidak sanggup melihat lakonan raykarl yang semakin membuat dia kembang tekak. Syed Azril hanya mampu bermain mata dengan Mia. Kerana mereka saja yang tau masalah yang sebenarnya.

Selesai sahaja bermesyuarat, mereka pun ingin bersurai. Mia pun berdiri untuk bergerak keluar ,namun matanya seakan kabur dan akhirnya dia jatuh pengsan sehingga kepalany telah terhantuk meja .  Melihat kepala damia yang sudah berdarah , tanpa raykarl sedari , dia terus menggendong mia ke dalam kereta dan terus membawanya ke hospital.dia senpat terlupa bahawa ketika itu dia tidak perlu cemas kerana ada puan maziah .

Puan Maziah dan tengku malique saling  memandang .mereka pun terus mengikuti Raykarl ke hospital. Sampai di hospital doktor telah bawa Damia ke dalam hospital. Raykarl menarik-narik rambutnya kerana tak sangka damia betul-betul sakit , cuma disebabkan raykarl dia paksa dirinya datang.

''Apa kau buat nk karl?? Kau nak bunuh dia ke ? Kalau pun kau benci dia jangan sampai dia cedera karl..Arghh!!!"

Puan Maziah dan tengku malique yang baru sahaja hadir melohat karl seperti sudah tak senang duduk. Mereka menjadi pelik ,kerana raykarl seolah sudah lama kenal, sehingga risau sebegitu .

Doktor memberitahu ,damia hanya perlukan rehat yang secukupnya.luka di kepala damia juga sudah dibalut. Sehari lagi damia sudah boleh keluar dari hospital. Kini Damia hanya tidur untum merehatkan dirinya

Ayden Redza berlari kearah mamanya untuk bertanyakan perihal adik kesayangannya itu.

''Mama , Adik ayden kenapa ma? Macam mana Mia boleh pengsan ma?

''Mama dah bagitahu dia ayden jangan ikut mama,sebab demam dia panas sangt tadi, tapi mama tak sangka di ikut mama juga..masa nak balik office dia pengsan dekat tengku holdings "

''Ayden nak tengok Mia dekat dalam"

''Kejap lagi boleh tengok,sekarang doktor nak dia rehat dulu"

''Mama balik dulu, biar ayden jaga mia,mama tak sihat tak boleh banyak fikir sangat.."

Puan maziah dan tengku malique pun pulang terlebih dahulu. Namun Raykarl masih tidak berganjak dari hospital selagi tidak melihat keadaan Damia..

''Eh Karl asal tak gerak lagi ke ? "

''Tak apa lah aku tunggu sebab dia pengsan tempat aku kan..aku kena pastikan semua okay baru aku gerak"

''Apa kau merepek ni karl? Aku tak salahkan tengku holdings pun, adik aku sendiri yang degil nak pergi ,mama aku tak bagi pun..ala benda nak jadi Karl , no problem ! Aku fahamlah.."

''Thanks Ayden"

Raykarl keluar dari hospital ,namun dia masih tunggu di kereta. Dia tidak ingin pulang selagi tak melihat keadaan Damia.

Terlihat Ayden melangkah keluar untuk membeli makanan kepada adiknya. Raykarl mengambil  peluang itu untuk masuk kedalam hospital untuk berjumpa mia.

Raykarl melihat Mia yang sedang tidur. Dia menatap wajahnya lama. Karl mengenggam tangan gadis yang berada dihadapannya .

''Annelise , Karl langsung tak berniat nak buat sampai sakit macam ni..Karl serius tak tahu apa yang ada dekat fikiran karl..karl serabut..Karl tak faham dengan perasaan karl sendiri.." sempat dia meluahkan rasa pada Damia yang sedang memejam mata.

Namun , sebaik sahaja Adam Raykarl keluar , air mata Damia jatuh, mendengar luahan rasa tersebut kerana sebenarnya dia masih belum terlelap,hanya saja dia lelah dengan keadaan yang telah menimpa dirinya.

Raykarl terus keluar dengan cepat setelah melihat keadaan Damia,dia takut akan terlihat Ayden . Dia keluar hospital dan memecut laju kereta Audi untuk kembali ke Office .

Azril telah menghubunginya berulang kali namun dia hanya menghiraukan panggilan itu.dia tahu jika dia angkat confirm dia akan makan makian dari Syed Azril.
  

MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now