*****************************************************************************"

Keesokkan harinya ,Raykarl telah sampai awal dipejabat kerana dia sendiri tidak dapat tidur dengan nyenyak memikirkan permintaan papanya yang tidak masuk akal itu.

''Eh kau mimpi apa malam tadi tak pernah-pernah datang awal dari aku.."

''Aku ni tidur pun tak lebih 3 jam ril , macam mana nak mimpi..aku tengah ada masalah besar..kau kena tolong aku ril"

''Ish masalah apa kau buat ni karl ,kau ni kan kalau tak buat aku susah memang tak boleh ke? Kau jangan cakap yang kau dah rosakkan anak orang malam tadi"

''Eh kau ni gila ke apa ,sejahat - jahat aku ni tak pernah lagi aku rosakkan anak perempuan orang tau..kau ni macam tak kenal aku pulak".

''Habistu apa masalah yang besar sangat tu sampai kau tak boleh tidur malam??"

''Papa aku ugut aku..aku akan kehilangan tengku holdings kalau aku tak buktikan uang aku boleh manage hidup aku dengan keluarga aku sendiri"

''Eh betul apa papa kau cakap kalau diri kau pun tak boleh jaga ,macam mana kau nak jaga tengku Holdings bapak kau jadi apa masalahnya.."

''Masalahnya aku nak bina keluarga dengan siapa gila "

''Ala sabarlah nanti jumpa lah tu..kau carilah santai-santai, adalah jodoh kau nanti"

''3 Bulan Azril "

''Apa yang 3 Bulan?"

'' Tempoh papa aku bagi untuk bawa perempuan tu "

''Kita kan ramai kenalan perempuan dekat club tu..pilih jelah mana yang kau rasa masih waras "

''Otak kau ! Kau nak ke cari isteri dekat sana ?" Jerkah Raykarl.

''Aku tak nak ."

''Tahu pun kau "

''Macam ni lah Karl disebabkan aku ni dah kawan lama dengan kau , aku mengalah dan berkorban lah untuk kau ,nanti kalau kau hidup susah, kau lagi susahkan hidup aku"..

''Mengalah ? Apa maksud kau?"

''Damia..anak Puan Maziah. Dah tentu papa kau terus setuju tanpa berkata apa-apa. Aku confirm !! ."

''Kau gila ke tak pernah jumpa ,tak pernah bercakap,tiba-tiba datang depan muka dia nak ajak dia kahwin??..kau rasa ada ke perempuan yang nak?"Soal Raykarl .

''Maksud aku Kahwin Business .kahwin bersyarat lah . Cubalah deal dengan dia. We never know. Bila kau dah dapat kepercayaan tu,terpulanglah kau nak stay or divorce. "

''Stay or divorce ? Okay Good Idea ! Kau try call dia , kita jumpa dia esok dekat cafe depan Office kita "

Bunyi deringan handphone Damia berulang kali membuatkan ayden tak senang duduk.

''Mia ! Siapa call mia ni ,dari tadi dia call tau tak berhenti.." panggil Ayden yang sedang sibuk membuat kerjanya dirumah.

Mia pun mengangkat panggilan tersebut.

''Hello ya Azril? Ada apa tu? "

''Mia esok boleh datang cafe office ke ada hal nak bincang "

''Boleh tak ada masalah..tapi saya datang dengan sarah ya "

''Boleh , no problem"

''Siapa mia ?" Soal Ayden.

''Azril dari teguh holdings,katanya ada hal nak dibincangkan"

''Oh azril, memang lah ada hal , sebab dia nak tengok mia lah tu..dia tu gatal,jaga-jaga. "

''Eh tak ada lah ..atas urusan kerja.."

''Okay kita tengok nanti" kata Ayden.

Mia pun terus meluru ke dapur untuk meminum air sebelum tidur. Setelah itu dia naik ke biliknya kerana esok dia perlu keluar awal pagi ke Tengku Holdings .

Mia menekan punat call untuk menghubungi sarah.

''Sarah esok pagi kita kena pergi teguh Holdings kejap tau tadi Syed azril call aku..dia kata dia ada nak bincang somethings"

''Amboi sekarang asyik call kau je eh..ada apa -apa ke korang ni? "

'''Eh tak lah merepek lah kau ni sarah.."

''Yelah aku perasan dia tu kalau tengok kau macam tak nak lepas.."

''Tu cuma perasaan kau je..dah lah aku nak tidur dulu..jumpa esok pagi"

''Okay Mia ..good night ..bye "

Damia pun terus meletakkan panggilan tersebut dan merebahkan badannya ditilamnya .

MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now