''Mia ,mama minta maaf ya , disebabkan sikap mama yang mementingkan diri , anak-anak mama yang merasa kesannya"

''Eh mama, mia okay ja..mia cuma sedih, kalaulah papa ada ,mesti papa suka kan ma.."

Ayden yang baru sahaja siap menunaikan solat melangkah keluar dari biliknya untuk menuju ke meja makan.

''Berborak apa tu? Tak tunggu abang ke makan?" Tanya ayden.

''Belum makan lagilah abang ayden ni pun...dah hari-hari makan masakan Mama pun kedekut eh.."

''Abang pula yang kena? Kamu ni lah Damia..kalau nak makan masakan mama tiap-tiap hari..balik duduk dengan Mama tu..ada jugalah mama kawan nak gosip dekat rumah tu.."

''Eh mama dah tak masuk Office ke? "

''Mama ni dah malas nak fikir tentang syarikat semenjak abang ayden dah tolong mama  uruskan.."

''Oh..Jadi abang ayden C.E.O syarikat mama lah ya sekarang? Ramai lah perempuan yang nak lekat dengan abng Ayden.."

''Haa.yang C.E.O syarikat mama  tu memang tak boleh sebab awal-awal lagi mama dah beritahu,syarikat tu mama nak  Damia jaga . abang ayden cuma tolong mama,lagipun mama ada setiausaha yang loyal, kerja dia memang tip top..lagipun abang ayden punya syarikat tu siapa pulalah yang nak urus? " bebel Ayden kepada adiknya itu.

''Abang ayden ambil je lah syarikat tu...mia tak terasa hati pun..sebab memang mia  tak minat, Syarikat mama tak best..hahaha.."

''sudah-sudahlah tu cerita pasal kerja dekat meja makan ni..tak baik tau depan Rezeki ni asyik  bercakap je "

''Okay mama''

'Damia terus mencedok nasi dan mula makan makanannya.

''Damia kamu tak baca doa ke? Tu abang ayden baru nak bacakan doa" soal puan Maziah.

''Haa.nak bacalah ni ma"
Damia  menjawab sambil menundukkan mukanya.

Andai saja Puan Maziah tahu sifat sebenar Damia ketika menetap disini sudah pasti ,Puan Maziah akan marah besar.

Setelah selesai makan , Damia mengeluarkan kek velvet didalam peti ais untuk diberi kepada Puan Maziah dan abangnya.

''Nah mama , abang dessert"

''Tak apalah damia ,mama ni makan nasi tadi kenyang betul, dah tak ada ruang dah nak isi"Jawab Puan Maziah.

''Bagi abang Ayden 1 potong je..lepastu Mia makanlah..abang pun dah kenyang" Kata Ayden sambil leka menonton televisyen.

''Abang Auden nanti tidur bilik Papa tau, Mia dah kemaskan"

''Okay mia ,boleh je mana-mana yang penting mia tak campak abang ayden ni dekat luar rumah.."

''Ish bergurau pula malam-malam ni.."

''Mama,nak tidur dengan Damia, tak nak lah tidur bilik tamu tu seorang..bukan senang nak dapat tidur dengan Damia"

Damia yang terdengar jawapan mamanya terus tergesa-gesa mengemas biliknya,namun dia terlupa untuk menyembunyikan baju dia yang  berada didalam almari.

''Mia ? Kamu tak payah lah susah-susah kemas,mama kan sekejap aje dekat sini.." Puan Maziah pun berkata sambil  mengeluarkan bajunya untuk disimpan didalam almari  baju Mia.

Ketika dia buka sahaja almari dia terkejut melihat baju yang damia yang  menjolok mata .

''Puteri Damia Annelisse !!!" Puan Maziah menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan Ayden yang sedang khusyuk menonton tv .

''Ya mama ? mia ada dekat sini...kenapa mama menjerit kuat ni? Soal Damia.

''Kenapa ada banyak baju tak cukup kain dekat dalam almari ni haa!!" Marah puan maziah sambil mengurut-urut dadanya.

Ayden yang berada dipintu bilik Damia terus masuk dan menenangkan  Puan Maziah.

''Jadi kamu duduk sini kamu ingat kamu boleh suka-suka pakai macam ni? Jangan ingat umur kamu 28 tahun boleh ikut degil kamu. Ya  Allah Damia kenapa kamu berubah jadi macam ini..waktu kamu sampai sini mama dah ajar kamu halal haram.."

''Err Mama ,Mia minta maaf tapi Mia betul-  betul menyesal mama..Damia tau ni semua salah Damia sebab ikutkan hati dan perasaan mia..tolonglah maafkan Damia..bagilah peluang untuk damia berubah .."Mohon damia sambil melutut di kaki mamanya.

''Baik...kamu kata kamu nak peluang kan? Esok juga ikut mama balik malaysia..itupun kalau kamu masih anggap yang Mama ni mama kamu.."

''Err T-tapi Ma..Mia.."

''Kalau kamu tak nak balik..anggap je mama ni dah mati ! ".

''Enough. Mama , Damia ikut jelah apa yang mama cakap tu Mia ..jangan besarkan lagi hal ni..mama ada sakit Mia..mama ada  sakit jantung..Damia tak sayang Mama ke? Cukuplah papa dah pergi tinggalkan kita." pujuk ayden sambil menahan dirinya dari menangis.

''Mama sakit ?? Ya Allah..kenapa mama tak pernah beritahu dengan damia selama ni.."

''Mama tak beritahu Damia semua ni supaya Mia dekat sini dapat hidup bahagia..mama tak nak ganggu fokus Mia dekat sini..tapi kenapa Mia sanggup buat hati mama hancur " Tambah Ayden lagi.

''Damia janji mama, damia ikut mama balik malaysia esok..tolonglah bagi Mia peluang untuk berubah.." Damia masih memegang kaki mamanya berlutut memohon kemaafan "

Puan Maziah mula tersentuh dan merasa kasihan dengan anaknya ,dia menarik damia duduk disebelahnya namun Damia masih lagi menangis semahunya.."

''Mama tolonglah maafkan Damia, Mia dah tak ada siapa lagi kalau mama pun tak maafkan Mia"

''Damia, mama maafkan Damia tapi ingat, lepas ni damia mesti balik malaysia dan ikut sahaja apa yang mama arahkan demi kebaikan Damia..boleh? " Puan Maziah meminta sambil mengusap lembut kepala anaknya.

''Baiklah mama..Mia janji dengan Mama..terima kasih mama nak maafkan Mia"

''Tentang perkara lain biar abang Ayden yang uruskan..esok mama akan tempah tiket kita balik malaysia" Terang puan Maziah.

Damia terus menarik nafas lega setelah mendapat kemaafan dari mamanya walaupun dia terpaksa membuang segala impiannya disini. Tiada apa yang lebih berharga darinya melainkan kasih dan sayang mama dan abangnya selama ini.

MY COLD LOVERWhere stories live. Discover now