Bab 43

352 37 0
                                    

Kami keluar daripada restoran tadi dan mula mengucapkan salam perpisahan sebelum bergerak ke kereta masing-masing dan pulang ke rumah dengan aman.

"Bye Dina, esok kalau rajin kita jumpa lagi ya" Laura melambaikan tangannya padaku

"Kau aje yang rajin nak jumpa aku biasanya" aku mengeluarkan fakta dan Laura yang membalas kata-kataku itu dengan pandangan tajamnya

"Jangan lupa masuk kerja esok" pesan Zafran kepada Darwin

"Tak akan lupa, jangan risau" balas Darwin tenang dan terus kami semua membuka langkah untuk pulang.

Aku dan Zafran bersama-sama menuju ke arah keretanya tanpa sedikit pun ada perbualan diantara kami sehinggalah masuk ke dalam perut kereta.

"Zafran" panggilku

"Hm?" Dia yang sedang memakai tali pinggang keledar itu hanya memalingkan kepala menghadapku

"Saya masih ada peluang tak untuk jawab soalan awak hari tu?" Tanyaku dengan penuh berhati-hati

Riak wajahnya jelas memaparkan wajah yang sedikit terkejut. Mungkin kerana aku telah lama mendiamkan diri soal jawapan itu agaknya.

"Baiduri dah ada jawapan ke?" Tanyanya semula

"Dah" aku menganggukkan kepala sambil memberikan senyuman

"Okay, kalau macam tu...Baiduri jawablah" dia juga melemparkan senyuman buatku

Aku menarik nafas dalam dan melepaskannya secara perlahan-lahan. Alah, benda simple macam ni pun nak kena berdebar ke?

"Saya...nak jadi isteri awak" tuturku laju dek kerana berdebar

Zafran nampak tersentak apabila mendengarkan apa yang baru saja aku katakan tadi itu.

"Baiduri yakin?" Tanyanya setelah berjeda buat seketika

"Ya, saya yakin" jawabku pantas dan Zafran terus mendiamkan semula

"Baiduri yakin dengan apa?" Tanya dia lagi

"Yakin yang pilihan saya tak salah dan saya yakin yang awak boleh jadi penyembuh saya juga" jawabku jujur

Selepas satu minggu aku mengerjakan solat tahajjud bagi memohon pentujuk daripada-Nya, hati ini semakin lama semakin ingin menerima lelaki yang bernama Zafran ini untuk menjadi pasanganku. Mungkin itu ada lah jawapan daripada doa-doaku sebelum ini.

Zafran tersenyum lebar, dia menatap wajah aku dengan mata yang berbinar sejak aku menjawab pertanyaannya itu.

"My wait was worth it, Alhamdulillah" Zafran menyapu mukanya dengan kedua belah telapak tangan sebelum kembali memandangku

"Thank you so much Baiduri, thank you for let me be your husband" ucapnya kepadaku

"Sama-sama, Zafran" balasku bersama senyuman manis

"Everyone will be happy about this news, I can feel it" gumam lelaki itu tetapi masih dapat didengari oleh diriku.

Aku yang berada di tempat duduk sebelah itu hanya mendiamkan diri sambil masih lagi tersenyum disebabkan tadi heh. Biarlah dia nak happy sekalipun.

Kami akhirnya tiba di tempat parking apartment yang aku duduki. Sepanjang perjalanan tadi, dia membiarkan aku mendengar playlist lagu-lagu yang dia simpan khas untukku. Sejujurnya, aku terharu dengan dirinya kerana menyimpan lagu-lagu yang mempunyai maksud yang mendalam. Sebagai seseorang yang suka memerhatikan lirik dan mengkaji kisah sesebuah lagu, ia berjaya membuatkan aku terasa perasaan yang telah lama hilang dibawa arus kehidupan dulu.

"Terima kasih, Zafran" ucapku sambil menanggalkan tali pinggang keledar

"My pleasure, Baiduri" balasnya lembut

Belongs to Him [C]Where stories live. Discover now