"Cepat keluarkan, sekejap lagi lori sampai!" arah salah seorang daripada mereka supaya rakan sekerjanya yang lain pantas mengalihkan kotak-kotak tersebut dari satu bilik bersebelahan sebelum lori pengangkut tiba. Dyra dapat melihat banyak kotak yang telah dikeluarkan dan disusun. Dia dapat mengagak bahawa kandungan kotak itu tidak lain dan tidak bukan adalah dadah ciptaan Qillerx.

Sedang ahli kumpulan Qillerx sibuk mengalihkan kotak, tangan Dyra yang terikat cuba mendekati poket seluar belakang.

Tidak lama selepas itu, tiba-tiba Dyra tersentak disaat kemunculan seorang lelaki yang Dyra tidak tahu dari mana datangnya lalu menghadiahkannya satu tamparan dan menyebabkan dia terjatuh daripada kerusi ke lantai.

Lelaki itu tersenyum sinis di sebalik topeng sambil melangkah penuh yakin sebelum mencangkung di hadapan Dyra. Dia memerhatikan Dyra yang kini terbaring mengiring ke kiri dengan muka tersungkum ke lantai. Tangan Dyra yang masih terikat di belakang badan menyukarkan Dyra untuk bangun.

Dia menyangka Dyra akan menangis kesakitan namun sebaliknya Dyra hanya melepaskan tawa sinis.

Mata lelaki itu membulat lalu dia mengangkat kening, "Berani kau gelak?"

Dyra memandangnya dengan mata tajam, "Ye, sebab aku tahu kau tak akan bunuh aku selagi Hydra belum sampai." mendengar kata-kata Dyra membuatkan senyuman sinis lelaki itu hilang dan dia membalas dengan pandangan tajam.

"Setiap kali korang ada buat pengedaran dadah, Hydra tak akan terlepas daripada mencuri dadah korang dan korang nak bunuh dia pun susah," katanya dengan berani, "Bos kau fikir balik, kalau dia suruh kau bunuh aku dulu, Hydra akan jadi lebih ganas untuk cari kau dan dia lepas ni. Jadi, dia decide untuk gunakan aku sebagai umpan untuk distract Hydra dan buat Hydra terganggu. Peluang ni lah yang kau akan guna untuk bunuh aku dan Hydra secara serentak."

Kebijaksanaan Dyra terserlah kerana dapat meneka melalui rancangan Qillerx. Dia sudah tahu Qillerx pasti akan menghantar seseorang untuk mendekatinya supaya Qillerx dapat menangkapnya dengan mudah. Namun, Qillerx tidak tahu bahawa inilah yang sebenarnya dinantikan oleh Dyra.

Lelaki di hadapannya mula berdiri, "Bijak jugak kau ni."

Lantas, dia memasukkan tangan kanannya ke dalam poket seluar hadapannya, "Tapi bijak kau sampai takat tu je. Ada kau fikir pasal dadah ni akan aku paksa untuk masuk dalam badan kau?" Dia terus mengeluarkan satu plastik kecil jernih daripada poket seluarnya. Dyra memerhati, di dalam plastik tersebut terdapat pil kecil berbentuk silinder berwarna putih.

Dyra terkejut dan terkaku seperti tidak terfikir tentang hal itu.

Bagaimanapun, secara tersirat, ekspresi muka itu hanyalah palsu. Memang inilah tujuan Dyra mengambil risiko ini untuk mengikuti aliran rancangan Qillerx supaya dia dapat mengumpul sedikit maklumat tentang dadah yang mereka cipta.

Sebahagian daripada rancangannya untuk melihat sendiri bagaimana rupa dadah itu kini berjaya.

Lelaki itu terus mengeluarkan pil di dalam plastik dan dia mencangkung semula. Dyra segera mengetap gigi dan menutup bibirnya rapat sebelum lelaki itu cuba memasukkan pil itu ke dalam mulutnya.

Sebelum tangan kiri lelaki itu mahu mencengkam rahang Dyra untuk memaksanya membuka mulut, tangan kanan Dyra yang terlepas daripada ikatan pantas dihayunkan ke arah lengan kiri lelaki itu.

HYDRA 187Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum