AN 02

206 12 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







AIDAN raup kasar rambut hitamnya ke belakang. Sungguh dia benar-benar berserabut ketika ini. Kata-kata sang tunang telah menaikan rasa amarahnya.

“Kenapa baru sekarang awak nak cakap macam tu? Sedar tak 4 hari lagi kita nak nikah? Apa alasan awak, Ira?” soal Aidan dengan nada sedikit tinggi.

“Sebab itulah saya cakap sekarang Aidan. Masih sempat untuk batalkan pernikahan tu. Saya dah fikir sebaik yang mungkin. Saya masih belum bersedia nak berkahwin. Saya minta maaf Aidan,” balas Safira dengan mudah. Langsung tidak memikirkan kesan atas perbuatannya itu. Aidan merengus geram.

“Semudah itu awak minta batalkan semuanya, setelah persiapan sudah hampir siap? Kalau awak cakap awal-awal, saya boleh terima. Tapi sekarang dah tinggal 4 hari. Apa yang awak fikir sebenarnya ni Safira binti Sufian?” Penuh kedinginan anak mata itu memandang Safira. Gadis itu merengus geram.

“Saya dah cakap kan? Saya masih belum bersedia untuk berkahwin. Saya tak sedia nak jadi isteri awak Aidan Nazhan! Saya masih belum puas menikmati masa muda saya,” bentak Safira. Masam saja riaknya.

Aidan hela nafas berat.

“Sungguh saya kecewa dengan awak Ira. Dulu awak cakap awak tak sabar nak kahwin dengan saya. Sekarang ni, awak cakap lain pula? Saya betul-betul tak faham dengan awak.”

“People change Aidan.” Mudah Safira menjawab. Aidan ketawa sinis.

“Ya betul. Hati manusia sentiasa berubah-ubah. Tidak tetap pendirian,” balas Aidan dengan nada dingin.

Safira tidak membalas apa-apa. Lama mereka diam. Masing-masing melayan perasan sendiri. Aidan angkat kepala dan memandang Safira. Gadis yang dia cinta sejak zaman belajar dulu. Tetapi, setelah apa yang terjadi pada hari ini, hatinya menjadi tawar. Rasa cintanya terhadap gadis itu kian pudar.

Aidan hembus nafas panjang.

“Baiklah. Kalau itu yang awak mahukan, saya akan tunaikan. Batalnya pernikahan kita maka terputuslah pertunangan kita. Bukan itu saja, saya juga tak mahu ada apa-apa hubungan dengan awak lagi. Erti lata lain, kita putus. Saya dah tawar hati dengan awak,” kata Aidan panjang lebar. Cukup sampai di sini saja perjalanan cinta mereka.

“Aidan!” Riak terkejut terserlah di wajah Safira. Dia hanya mahu membatalkan pernikahan mereka. Bukan pertunangan mereka.

“Pandai-pandailah awak nak beritahu dekat keluarga awak. Saya tak nak masuk campur. Semua ni kemahuan awak. Selamat menikmati masa muda awak Ira. Saya harap kita tak jumpa lagi selepas ni,” sambung Aidan lagi. Dia bangun dari labuhan kerusi. Tidak betah lama-lama menghadap wajah gadis itu.

“Aidan tunggu! Bukan ini yang saya maksudkan. Saya cuma nak batalkan pernikahan kita saja. Bukan pertunangan kita,” kata Safira dengan nada terdesak.

[COMPLETED] AIDAN DAN NADIA Where stories live. Discover now