Dia akhirnya putus asa. Bersandar pada kerusi lalu mengeluh sepuas-puasnya. Apalah yang susahnya nak dapatkan nombor telifon gadis bernama Hanna Mariyam ini? Bahkan sosial media pun juga tidak ada. Dia ini memang jenis anti sosialkah?

Sekadar alamat, nak buat apa? Orang nakkan nombor telifon. Apa-apapun kenalah contact dulu, kan. Takkanlah terus tiba-tiba nak terbang ke Sabah sebab nak mencari dia? Buatnya dia sudah bersuami, tak ke naya? Tak pasal-pasal nanti keluar lagu Sufiyan Suhaimi pula.

'Dan tak..... Seharusnya aku....' Adoi!!!

"Yam, Yam! Menyesal aku tak terus cari kau masa tu, Yam! Sekarang bukan main payah lagi aku nak dapatkan info pasal kau. Hurm!"

"Semekom! Busy ke, bang?"

Bagaimanapun lamunan Aryan langsung terhenti. Dia menjengah ke pintu dan melihat siapa yang datang.

Zahaedy sudah tercongok di situ. Main masuk saja tanpa perlu meminta kebenaran darinya. Aryan pun ubah tumpuan.

Zahaedy tak hanya tiba seorang diri. Turut dibawa bersamanya seorang pemuda lingkungan sebaya Aryan. Ini ke budak baru yang nak kerja tu?

"Kum salam! Tak sangat. Siapa ni, ZD?" tanya Aryan.

Zahaedy lalu memperkenalkan rakan barunya. "Ni! Partner baru untuk kau. Bad nama dia. Dia akan bantu kau sepanjang kau mengambil alih tugas-tugas Maleeq. Aku harap kau dengan Bad boleh bekerjasama dengan baik. Okey tak?"

Tanpa ragu Aryan menghulurkan salam. Pemuda bernama Bad itu menyambut salamnya bersama senyuman ramah.

"Aku Aryan! Aku harap kau boleh jadi partner kerja yang memuaskan."

Bad hanya mengangguk bersama senyum yang dikuntum. Nampaknya tak susah pun untuk mereka membina keserasian dengan cepat. Memandangkan umur mereka adalah sebaya, maka pertuturan yang digunakan adalah lebih santai.

"Baiklah! Korang berkenal-kenallah dulu. Bad! Aku kena balik sekejap nak hantar wife aku pergi check up. Apa-apa nak tanya, kau tanya je Aryan," pesan Zahaedy.

"Baik, bang. Mekasih." Bad tidak keberatan sama sekali.

Zahaedy lalu meminta diri meninggalkan mereka. Biar mereka berkenal-kenal dahulu agar lebih mesra.

Aryan terpaksa mengambil alih tugas-tugas Maleeq sepanjang pengantin baru itu berbulan madu. Jadi, kehadiran Bad amat diperlukan untuk membantu Aryan menyesalesaikan kerja.

"Yan! Aku jumpa orang mati," jerit Bad.

"Biarkan je." Aryan jawap santai.

"Kau SUS, Yan."

"Bodohlah kau, Bad! Yang kau pergi vote aku kenapa?"

"Hahaha! Padan muka."

Keduanya masing-masing membuat muka serius dengan menumpukan perhatian pada skrin telifon. Sesekala dahi mereka berkerut lalu terdengar mulut mereka mengomel sesama sendiri.

Haih! Dua-dua kaki game rupanya. Eloklah tu.

***

PESAWAT Qatar Airways dari Kuala Lumpur telah selamat mendarat di lapangan terbang Hamad International Airport, Doha. Membawa rombongan keluarga Maleeq beserta sepasang pengantin turut serta.

Destinasi bulanmadu pertama adalah, tempat persemadian abadi Syiekh Omar Al-Habsi, Allahyarham. Maleeq tidak sabar mahu menziarahi pusara ayah tercinta.

Dato Seri Sabariah dan juga anak perempuannya, Dahlia, tentu saja amat gembira menyambut kedua pengantin turut pulang bersama.

Kunjungan Puteri yang buat pertama kali ke kediaman mertua tentunya disambut bagaikan permaisuri. Canggung betul Puteri rasa. Kakak ipar dan juga mertuanya tersangatlah baik.

NIKAH GANTUNGWhere stories live. Discover now