02

23 3 2
                                    

Kereta berjenama Audi A8 diberhentikan dihadapan tempat menunggu bas yang ada di luar Universiti Kuala Lumpur itu. Kelibat seseorang dicari.

Secara tiba-tiba pintu sebelah kirinya dibuka dari luar. Spontan kepala Noah melihat ke arah kirinya.

"Abang dah lama ke sampai?" soal Nura sebaik sahaja memasuki perut kereta abangnya itu.

"Baru je sampai."

Noah memulakan pemanduan. Nura disebelah hanya mendiamkan diri melihat pemandangan disekelilingnya. Noah mengerling ke arah adik perempuannya seketika.

"Dik, kau teman abang pergi mall boleh?" soal Noah tanpa memandang adiknya itu. Dia tahu pasti Nura mahu.

"Uish, mestilah boleh!" jawab si gadis teruja. Alang-alang diajak teman ni, bolehlah dia pau abangnya yang satu ini sekali. Tapi, buat apa abangnya mahu ke mall?

"Tapi abang nak beli apa dekat mall? Tak pernah-pernah Nura tengok abang pergi mall?" Nura menongkat dagu di tengah-tengah antara mereka sambil memandang tepat pada wajah tampan abangnya itu. Kadang dia pun jealous tengok rupa abang dia.

Noah mengerling kecil.

"Abang nak beli barang untuk keluarga arwah isteri abanglah. Kau kena teman abang harini. Tak sibuk kan?" Pandangan beralih ke arah adik perempuannya seketika sebelum menghadap jalan kembali.

"Oh... Tak, Nura tak sibuk. Alang-alang tu bolehlah cari jodoh. Adik arwah Kak Fea–"

Terhenti bicara Nura saat dahinya dijentik Noah. Nura mengerut dahi kerana sakit sambil mengusap pada bahagian yang dijentik itu.

"Aduh... Sakitlah bang!"

"Belajar sampai habis dulu," ujar Noah mendatar. Dia tak akan benarkan adik perempuannya itu bercinta atau mendekati mana-mana lelaki selagi tidak habis belajar.

Nura mencebik.

"Tapi Nura nak habis belajar dah pun. Takkan nak berkawan dengan lelaki pun tak boleh?" rungut gadis itu langsung memeluk tubuh dan bersandar pada badan kerusi.

"Tak boleh. Kalau kau kesiankan umi, dik kau tak boleh berkawan dengan lelaki. Jodoh akan datang bila tepat pada masa. Kau tak perlu pun berkawan, buat dosa je." ujarnya.

Nura tersentap lalu mengalihkan pandangan merenung kotaraya. Fikirannya berbicara sendiri, kadangnya dia berasa rimas apabila dikongkong sebegitu namun dia bersyukur sekurang-kurangnya dia tahu bahawa ahli keluarganya itu sangat menyayanginya.

Langkah mereka berdua menuju ke arah sebuah pasaraya yang besar terletak di dalam mall tersebut. Sebuah troli diambil oleh Nura.

"Abang nak beli apa?" soal Nura. Bukan dia tak tahu yang abangnya itu tak tahu apa-apa pasal barang basah kering ini.

"Barang dapur."

Nura mencebik.

"Barang dapur ada dua jenis bang. Basah atau kering?" soal Nura lagi. Geram. Abangnya ini memang pernah teman arwah Kak Sofea pergi beli barang ke apa?

"Kau carilah apa yang patut dik. Asalkan barang dapur." Berkerut-kerut dahinya mendengar tentang barang basah dan kering. Ada ke macamtu?

"Okay, Nura tahu nak ambil apa. Abang ikut je Nura okay?" putus gadis itu.

Noah akur.

Nura berjalan terlebih dahulu diikuti Noah dari belakang menuju ke arah rak yang menempatkan makanan bertin serta berpaket.

Noah Mikael 'sWhere stories live. Discover now