01

60 8 4
                                    

Bunyi deringan jam daripada telefon mengejutkannya daripada lena di pagi subuh itu. Noah mencapai telefon pintar miliknya lalu diaktifkan. Cahaya daripada telefon pintar itu mengganggu penglihatannya seketika sebelum bebola matanya kembali melihat angka yang terpapar pada skrin kunci telefonnya.

6.00 a.m

Selepas itu, bebola mata bergerak menatap tulisan kecil di bawah angka tersebut. Tubuhnya serta merta menjadi segar. Dia bangkit dan duduk tegak di atas katil itu. Mata digosok perlahan.

5 Julai 2023

Ini adalah tarikh kelahiran arwah isterinya. Dan tarikh ini juga di mana kejadian tragis itu berlaku yang melibatkan nyawa isteri dan bakal anaknya melayang begitu sahaja. Dia tak pernah dan tak akan menyambut hari itu akan tetapi dia akan menulis surat setiap kali hari istimewa arwah isterinya tiba.

Hampir dua tahun mereka menjalinkan hubungan sebagai suami dan isteri dan dia sudah tahu tarikh-tarikh yang penting arwah isterinya itu. Semasa arwah isterinya itu masih hidup, dia sering sahaja menulis surat sehinggalah sekarang.

Noah bangkit. Tuala mandi dicapai lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia perlu segarkan badan sebelum menunaikan solat subuh.

Selepas 10 minit, pintu bilik air terbuka dari dalam. Terlihatlah sosok Noah yang hanya bertuala dililit di pinggangnya. Langkah diatur mendekati closet. Kemudian, setelah selesai menyiapkan diri, dia menghampar sejadah untuk menunaikan solat subuh.

Noah berdiri tegak dan berdiam diri seketika sebelum menghela nafas. Apa yang ada di fikirannya sekarang ini adalah dia berasa sunyi. Jika dulu dia ada makmum namun sekarang dia keseorangan dan bersendirian. Beberapa saat kemudian Noah cepat-cepat menghapuskan apa yang ada di fikirannya itu dan mula melakukan rukun solat yang pertama.

Setelah selelai melakukan rukun islam yang kedua itu, Noah mengangkat tangan dan berdoa dengan bersungguh-sungguh. Wajahnya sahaja kelihatan tenang namun orang lain tidak tahu bahawa jiwanya itu cukup rasa kehilangan. Hanya pada pada Allah dia mampu meluah dan berserah.

Kehilangan memang sesuatu perkara yang sangat besar dan memberi impak kepada orang yang tersayang. Kehilangan yang paling perit semestinya kematian. Mereka pergi dan tidak pernah pulang kembali.

Kaki menapak menghampiri ruang dapur. Noah melihat sosok belakang tubuh uminya yang sedang mencuci pinggan di sinki. Tanpa bicara, Noah mengambil tempat di meja makan.

"Eh Noah? Kamu tak pergi kerja ke harini?" soal Puan Nurina langsung mengambil tempat di hadapan Noah sebaik sahaja selesai melakukan kerjanya sebentar tadi.

"Noah nak pergi tempat lain dulu umi. Dalam tengahari nanti baru Noah masuk kerja," ujarnya. Sandwich yang berada di tangan disua ke mulutnya. Dia mengambil satu gigitan.

"Hari lahir arwah Sofea ya?" agak wanita itu lalu tersenyum kecil.

Noah menjawab pertanyaan uminya dengan senyuman tipis. Suasana di meja makan itu sunyi seketika. Noah mencicip kopinya setelah itu mengangkat punggung untuk beredar.

"Noah pergi dulu, umi. Assalamualaikum,"

Noah menyalami tangan Puan Nurina. Tanpa aba-aba, Puan Nurina menarik anak lelaki sulungnya itu masuk ke dalam dakapan lalu mengusap belakang tubuh itu.

"Kuatkan semangat ya, Noah. Umi tahu Noah masih terkesan dengan kehilangan arwah Sofea."

Noah yang terkaku itu mula membalas pelukan si ibu. Bibirnya tersenyum nipis. Uminya benar. Dia masih rasa kesan itu walaupun wajahnya tidak menunjukkan reaksi itu.

Noah Mikael 'sWhere stories live. Discover now