- 1 - HOLIDAY

30 1 0
                                    

📍 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 

Waktu tengahari di KLIA dipenuhi dengan ribuan manusia yang ingin ke destinasi masing-masing. Kayla Erisa berjalan perlahan sambil mengheret bagasi disisinya. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. 'Holiday Time!'. Kayla Erisa akan ke Kota Kinabalu, Sabah bersama sahabat baiknya, Thea Aurellia.
"Mana Aurel ni? Dah pukul berapa sekarang?" tanya Kayla sendirian sambil mata melihat jam ditangan.
Mereka berjanji untuk bertemu di KLIA lebih awal dari jadual penerbangan. Sekarang sudah hampir satu jam Kayla menunggu temannya itu. Malah bayang Thea Aurellia masih belum kelihatan. Perutnya sudah mengeluarkan bunyi untuk diisi.
"Alaa, laparnya. Lambat lagi ke Aurel ni?" omel kayla. Matanya masih fokus pada pintu masuk KLIA sambil memegang perut.
"Aku pergi makan dulu la. Nanti call je la Aurel" rancang Kayla. Berfikir untuk menelefon Thea agar mencari dirinya di restoren itu nanti.
Baru sahaja kaki ingin melangkah menuju ke sebuah restoren, niat Kayla untuk berjalan terus terbantut dek kerana terdengar laungan dari Thea Aurellia. Akhirnya..Terus Kayla tersenyum memandang kearah suara itu.
"Babe!" laung Thea.
"Sorry, Kay. Jalan jammed" sapa Thea dengan termengah-mengah.
"You're late, Aurel. Memang janji melayu betul la kau ni" bebel Kayla.
"Sorry la Kay. Aku tak sengaja. Terbangun lambat tadi" ujar Thea sambil tersengih.
"Aku dah agak dah. Macam la aku tak kenal perangai tidur kau tu? Jom makan babe, aku lapar ni" jeling Kayla pada Thea yang tersengih seperti kerang busuk.
"Onz! Memang aku tengah lapar ni" jawab Thea sambil menarik lengan Kayla.
Mereka berdua beriringan menuju ke satu restoren fast food terkenal untuk makan tengahari disitu. Perut sudah lapar. Memang tak fikir apa dah. Nampak makanan aje. Hehe..
Selesai makan, mereka terus bergerak kearah pintu utama balai perlepasan domestik. Penerbangan mereka akan berlepas dalam masa 20 minit lagi. Sementara itu, Thea dan Kayla beratur dalam ruang menunggu yang dikhaskan untuk para penumpang ke Kota Kinabalu. Setelah berada di tempat duduk, Thea dan Kayla memulakan misinya seperti biasa iaitu tidur. Maklumlah penerbangan mereka mengambil masa almost  3 hours untuk tiba ke destinasi yang dituju.

📍 Tanjung Aru

Hari ini genap seminggu Raja Ean Damien berada di negeri bawah bayu ini secara solo. Kebiasaannya, Raja Luth Uwais a.k.a sepupu yang paling rapat akan menemani dirinya jika terpaksa ke luar negeri seperti ini. Tetapi tidak untuk kali ini. Banyak masanya dihabiskan hanya dengan berjalan ditepi pantai dan melihat matahari terbenam. Tenang hatinya kerana dapat berbuat demikian. Tujuannya melarikan diri ke negeri ini adalah semata-mata untuk melepaskan segala derita yang dihadapinya sekarang.
Ting
Ting
Ting
Iphone milik Ean berbunyi menandakan ada whatsapp dari seseorang. Tangannya terus menyeluk kocek seluar jeans biru tua. Matanya terus menatap skrin Iphone. Huhh!
"Ishh..sibuk aje pakcik ni asyik chat aku. Aku nak rehatkan minda pun tak tenang" keluh Ean.
Ean terus mematikan Iphone miliknya dan terus memasukkan semula kedalam kocek seluar. Dirinya tidak mahu diganggu oleh sesiapa termasuk sepupunya itu. Ean memerlukan masa untuk pulih dari kekecewaan yang dihadapi. Tidak kisah berapa lama masa yang diperlukan asalkan hatinya dapat melupakan bekas tunangnya itu. Ditinggal tanpa berita oleh orang yang dicintai dan disayangi amatlah perit untuk ditanggung. Raja Ean Damien seorang jejaka berdarah kacukan, kerabat diraja, tampan, berkarisma, bekerjaya dan sangat menyayangi bekas tunangnya. Tetapi dalam kesempurnaan seorang Raja Ean Damien, masih terdapat cacat cela bagi bekas tunangnya, Tengku Haneem.
Waktu pagi begini Ean berjalan sendirian di tepi pantai tanpa menghiraukan pandangan orang disekelilingnya. Hatinya terlampau sakit. Entah dimana silap dirinya sehingga diperlakukan begitu seperti dirinya tiada maruah diri.

Akhirnya Thea dan Kayla selamat tiba di Kota Kinabalu, Sabah setelah beberapa jam berada di awangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya Thea dan Kayla selamat tiba di Kota Kinabalu, Sabah setelah beberapa jam berada di awangan. Sekarang mereka baru sahaja tiba di Shangri-la Tanjung Aru. Thea dan Kayla bergerak ke kaunter pendaftaran untuk proses check-in. Setelah selesai, mereka menuju kebilik yang ditempah untuk berehat.
"Wow! Nice scenery lah Aurel. Aku suka sea view ni" ujar Kayla terlebih excited bila biilik yang mereka tempah sangat cantik.
"Yela Kay. Aku pun tak expect resort ni ada view yang cantik macam ni" jawab Thea turut berpuas hati dengan pilihan mereka.
"So, apa yang kita nak buat sekarang?" tanya Kayla tak sabar.
"Aku rasa better kita rehat dulu then baru kita fikir apa yang patut kita buat" beritahu Thea sambil kakinya laju menghala kearah katil dan terus meloncat ke atas tilam empuk resort tersebut. Ermm...nikmatnya.
"Betul jugak tu. Aku setuju" jawab Kayla turut bersetuju dengan rancangan Thea.
Mereka berdua bersantai di atas katil sambil masing-masing membelek Iphone ditangan. Beberapa minit kemudian, mereka berdua sudah ke alam mimpi.

 Beberapa minit kemudian, mereka berdua sudah ke alam mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu petang ditepi pantai itu sangat meriah dengan pelbagai aktiviti air yang dilakukan oleh penghuni resort itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu petang ditepi pantai itu sangat meriah dengan pelbagai aktiviti air yang dilakukan oleh penghuni resort itu. Malah ramai juga penghuni yang turut berjalan-jalan ditepi pantai. Thea dan Kayla hanya duduk bersahaja diatas pasir pantai sambil mengunyah keropok lekor dan air kelapa yang dibeli sebentar tadi. Suasana petang itu sangat nyaman dengan bunyi deruan angin serta ombak pantai. Sedang mereka khusyuk menikmati suasana, tiba-tiba...
"Aurel! Kau nampak tak ape yang aku nampak ni?" sergah Kayla sambil jari menunjuk kearah sepasang kekasih yang kelihatan begitu mesra ditepi pantai itu.
" Yes, Kay. Aku nampak" beritahu Thea dengan suara yang cuba ditahan dari menangis.
Thea terus mencapai Iphone miliknya lalu terus menghubungi nombor seseorang. Kayla hanya melihat tingkah sahabatnya itu.  Matanya terus melihat kearah pasangan kekasih. Lelaki itu melihat skrin telefon dan terus memasukkan kedalam kocek seluar. Mereka sambung berjalan ditepi pantai. Kayla mengerti situasi sekarang.
"He's off his phone, Kay" ujar Thea dengan suara terketar-ketar. Iphonenya sudah dibaling keatas pasir pantai.
"Sabar, babe. Aku tahu kau sakit dengan ape yang kau baru tengok ni. Tapi kau kena kuat. Mungkin ada hikmah dengan ape yang jadi sekarang" pujuk Kayla dengan memeluk Thea yang sudah menghamburkan tangisan yang cuba ditahan dari keluar tadi.
"Sakit, Kay. Serious hati aku sakit bila nampak semua ni depan mata aku sendiri" luah Thea dengan air mata yang masih berjurai-jurai.
"Dah la..jom kita follow mereka. Boleh kita tahu jawapan sebenar nanti" Kayla mengajak Thea untuk mengikuti pasangan kekasih itu. Kayla juga ingin tahu perkara sebenar yang berlaku. Adakah benar tekaan mereka dengan adegan yang mereka lihat sebentar tadi.
'Betul jugak idea Kay ni. At least aku ada bukti' monolog Thea.
Thea terus mengesat air mata yang masih bersisa. Mereka bangun dari tempat duduk dan terus mengekori arah tuju pasangan kekasih itu. Pasangan kekasih itu berjalan kearah bilik penginapan. Thea dan Kayla berpandangan sesama sendiri. Takkan la...

>>>To be continue...

>>>To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Unbroken Promises| ON-GOINGWhere stories live. Discover now