“Waalaikumussalam,amboiii mamaa tanya satu satu boleh tak mama belum apa apa dah tanya banyak camtu."

“Takde la Lily mama risau pula dengan kamu ni hati mama tak sedap pula dah."

“Errr hmmm mama Lily lupa la buka lampu rumah astu lampu luar pun."

“Hahhh bertuah punya budak,dah la kamu tinggal sorang ni kalau pencuri ke sapa ka masuk macam mana,mama tahu lah kamu penat Lily." Bebel Datin Ily panjang berjela.

“But mama Lily lupa betul,balik dari taman tadi terus Lily masuk bilik tidur bangun je dah magrib dah."

“Lily oiii bertuah punya anak.Nasib mama sayang.Kenapa tak suruh Ana tidur rumah kita?"

Errr mama ni Ana tu tak nak lah pula,Ni kalau mama kesian lah sangat kan dekat Lily cuba mama ambil sorang pembantu ke peneman ke teman Lily ni,Rumah ni besar mama kesian lah sama dekat Lily ni,Mama tu dah la keje papa keje Lily je ada."

Tertiba terdiam pula mamanya itu.Lily bersuara lagi.

Hello oooo hello."

“Nanti lah mama dengan papa bincang,kamu bawa touchlight,hati hati sama tau apa benda call mama terus,mama tutup dulu tau."

Sehubungan dengan itu talian putus.

Aih mamanya ini lepas dia berleter terus hilang.Memang itu salah satu tabiat mamanya lagi,dia cukup kenal dengan mamanya itu.

   Usai sahaja bercakap terus dia berjalan dan membuka lampu semua tetapi dia pelik kerana seperti bunyi sesuatu di dalam rumahnya.

   Dia segera pergi ke dapur untuk mengambil periuk.Kalau apa apa boleh ketuk terus kan.

Dia berjalan perlahan lahan ke pintu utama dan membuka pintu dan terus menghayun kan periuknya.Nasib ada tangan yang menahan.

“Awak memang nak bunuh saya eh." Ujar gadis itu.

“Eh Husna,kenapa awak datang?" Ujarnya terkejut melihat rakannya berada di hadapan rumah berserta beg sandang.

“Mak awak call saya,dia suruh saya temankan awak untuk dua malam katanya.Jadi saya menempah Grab untuk menghantar saya."

Lily hanya meng<o> kan sahaja.

“Tetapi saya ada nampak seseorang lah seperti nak memecah masuk rumah awak,nasib saya halang tadi." Ujarnya perlahan.

Alangkah terkejutnya Lily mendengar itu.Dia pun berkata,“Nasib awak halang tadi tidak habis lah rumah saya,thanks Husna,ni yang saya sayang ni." Ujarnya sambil memeluk Husna.

Husna hanya tersenyum.

“Mari lah pergi dapur dulu,awak letak situ beg." Ajaknya sambil menarik tangan Husna untuk mengikutinya.

  Sesampai sahaja di dapur Husna terlopong melihat keindahan dapur Lily.Sangat tersusun rapi walaupun tiada pembantu rumah.

“Dah dah lah tu buka mulut tutup mulut tu nanti lalat masuk baru tahu." Ujarnya sambil ketawa kecil melihat Husna yang terkaku di tempatnya sendiri.

“Ha Lily,awak nak masak apa ni,mana tahu saya boleh tolong banyak." Ujar Husna ingin menghulurkan bantuan untuk membantu Lily.

“Hmmm marilah kita masak simple je malam ni,macam goreng telur je ke atau masak Maggie ke ikut awak lah saya ok je." Ujarnya memberi cadangan.

“Aip aip aip Lily,awak ni tak elok lah makan Maggie.Tak baik untuk kesihatan awak tu ha,apa kata kita masakkan sayur rebus,cabai tumbuk dan telur dadar letak kicap,sedap tu.Awak patut rasa." Husna memberikan idea kepada Lily dengan bernas.

Lily hanya mengangguk dan Husna terus berfikir.
Dia bangga ada kawan dengan Lily ni,walaupun hidupnya mewah dan banyak harta dia tetap tak sombong dan tak belagak dengan orang biasa bawahnya.Sungguh dia kagum dengan Lily.

Husna tersenyum sendiri sehingga boleh membuatkan Lily hairan dan bertanya.

  “Lama nampak termenung,teringat Hadi ke?" Tanya Lily dengan nada mengusiknya

“Eh tak eh mana de saja je,dah jom masak nasi biar saya yang masak ye." Tawarnya.

“Baik,tu ambil lah sayur kailan ape semua ade lam peti ais awak ambil je anggap ni rumah awak sendiri ye."

Husna hanya mengangguk.

    Usai sahaja memasak mereka segera makan.Mereka makan dengan berselera.Ya lah banyak Husna yang memasak.
Sambil makan Lily membangkitkan isu pasal Rafiq..

“Husna,saya nantikan Rafiq ajak saya menyamar jadi girlfriend dia lah time gi majlis keluarga dia ." Ujarnya kepada Husna yang sedang menikmati nasinya itu.Hailah kawanku lapar sangat nampak.

“Uish ya ka?Jadi awak setuju?"

   Dengan itu dia menceritakan semuanya kepada Husna.Husna tekun mendengar sambil menjamah nasi nya yang tinggal sedikit saja tu.

“Cuba tengok chat saya dengan Rafiq ni." Ujarnya segera menghulurkan telefonnya kepada Husna.

“Ouhh,Jadi awak setuju la?Lily..saya tak nak awak sakit lagi je macam mana awak kena sakiti dengan ex awak tu.Saya sebagai bff awak serius taknak awak sakit hati lagi." Ujar Husna dengan nada yang sayu memandang ke arah Lily.

“Takpe saya saje nak happykan diri."

Dia tersenyum kelat sambil memandang rakannya dan berharap semua baik baik saja yang terjadi ke Lily nanti dan semoga dia bahagia selalu aminnn......

#tobecontinue
.
.
.
.
.

MARI LAH KITA SEMUA SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW.

.
.
.
HAI SORRY hambar sedikit hmmm btw tq sudi singgah semoga dipermudahkan urusan aminn.
.
.
.
HAPPY READING 💜

JANGAN LUPA VOTE YA

SURI HATI RAFIQWhere stories live. Discover now