*************************************************************************************************

Tina berdebar-debar menunggu keputusan Ma. Tina bercita-cita ingin menjadi jururawat jadi pada fikiran Tina dia harus bersekolah di sekolah aliran sains jika dirinya tidak berjaya memasuki aliran sains di sekolah kami . Ma terdiam mendengar permintaan Tina. Dirinya tidak pernah berjauhan dengan anak-anaknya. Tambahan pula dirinya trauma.Ma sebetulnya masih belum pulih dari pengalaman berjauhan dengan arwah abah.

Sebelum arwah abah meninggal dunia, arwah abah ada mengadu, kepalanya sakit dan dia sering muntah-muntah.Sangkaan Ma, arwah abah hanya demam. Ma ada menyuarakan hasrat untuk membawa arwah abah ke klinik untuk pemeriksaan lanjut,namun, arwah abah menolak dengan mengatakan ini hanya pening biasa.Makan penadol sebiji dua nanti eloklah.

Namun siapa sangka, takdir Tuhan tidak seperti perancangan manusia. Setelah dipaksa Paksu, arwah abah setuju untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan sebelum dirinya seterusnya disahkan mempunyai penyakit kanser otak tahap kronik dan tidak mampu dirawat lagi.

Arwah abah dibawa pulang oleh keluarganya setelah mendapat keizinan dari Ma.Ma tidak mampu menjaga arwah abah sepenuh masa kerana Ma sibuk bekerja mencari wang untuk merawat penyakit arwah abah.Ma galau ketika itu,segala cara digunakan untuk sembuhkan arwah abah namun takdir Tuhan tidak dapat manusia sangkalkan. Arwah abah meninggal tepat pukul 3.00 pagi pada hari lahirnya yang ke-30.Galau hati Ma ketika itu kerana dia tidak sempat bertemu dengan arwah abah kerana Ma sibuk bekerja menanggung kami empat beradik. Dahan untuk Ma berpaut kini telah tiada. Hanya ada anak pokok yang baru disemainya untuk tumbuh seelok mungkin.

"Ma, Tina tak akan pergi jika Ma tidak benarkan" ucap Tina sedikit sayu. Ma menggeleng.Setiap cita-cita anaknya harus dia dukung. Cukup cita-citanya dihalang suatu ketika dulu. Apa yang berlaku pada dirinya ,Ma akan pastikan tidak akan berulang pada kami.

"Kamu pergi.Capai cita-cita kamu dan kembali pada Ma. Buat Ma bangga dan pelihara Ma bila Ma tiada kudrat" ucap Ma. Tina mengangguk faham sambil memeluk Ma yang cuba menahan seribu rasa di hatinya.

Sesi persekolahan baru dimulakan dengan segala kelengkapan baru. Tina berjaya memasuki aliran sains.Begitu juga kami. Dengan pesanan dan arahan dari Tina.Kami si kembar memutuskan untuk mengejar cita-cita kami. Nida hendak menjadi Guru Matematik manakala aku ingin menjadi seorang akauntan berjaya. Selama dua tahun kami berhempas pulas mengulangkaji pelajaran. Disaat kawan-kawan berlibur. Kami tiga beradik berkawan rapat dengan buku dan cikgu.

Ma Yana pula sering bermasam muka dengan kami setiap kali Ma pulang dari kerja membawa makanan enak menandakan Ma sedang meraikan sesuatu. Pelbagai tomahan juga turut dilemparkan kepada Ma, kerana Ma sering pulang lewat malam. Disaat orang lain tidur, Ma baru sampai rumah. Disaat orang lain sudah bangkit subuh,Ma masih lagi lena sehingga akhir subuh. Tubuhnya Ma yang berisi kini kurus kering kerana penat bekerja. Namun difitnah orang, Ma memakai susuk untuk kelihatan cantik. Para suami juga sering diberi amaran oleh para isteri, jangan menolong Ma kerana Ma berstatus janda anak empat.Hanya Paksu yang berani mendekati kami sekeluarga. Paksu juga turut terkesan sama. Namun dia sering mengingatkan kami supaya belajar rajin-rajin dan tolong Ma bila kami dewasa. Itu yang kami pegang sehingga saat ini.

Ketika Tina berjaya memasuki alam universiti dan berjaya mendapatkan bidang yang diinginkan, Ma lah yang yang paling bahagia. Tina dirainya.Begitu juga kami setelah itu. Tomahan demi tomahan Ma tanggung sepanjang membesarkan kami.

Suatu hari, Ma menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi, kami tidak membantah kerana hak untuk berkahwin terletak di tangannya bukan pada kami. Lagipun kami sudah tahu siapa yang bakal menjadi abah baru kami.Paksu. Paksu yang sentiasa menolong kami dan menjaga amanah arwah abah. Iaitu menjaga zuriat arwah abah.Adik bongsu kami juga turut Paksu jaga setelah dihalau oleh Ma Yana kerana keputusan PMR Zul tidak begitu memberangsangkan seperti kami. Dihinanya keturunan kami. Masih segar lagi di ingatan kami ketika itu, akan kata-katanya yang seperti pedang menusuk jantung dan hati.

"Aku ingat dengan bela anak kau ni adalah keturunan aku yang cerdik tapi bodoh juga. Perabih duit aku sahaja.Sudahlah pemalas. Keluar kau dari rumah aku.Jangan kau datang ke rumah aku lagi.Aku tak ingin nak bela kau lagi.Berambus"segala pakaian Zul dicampak ke tanah. Ma dan Paksulah yang mengutip segala harta benda Zul dan pujuk Zul untuk kembali ke sekolah . Pelbagai usaha Ma dan Paksu lakukan sehingga Zul terbuka hati untuk kembali ke sekolah. Zul juga diberikan kelas malam oleh Paksu sehingga dia mampu untuk belajar bersama rakan sekelasnya yang lain. Keputusan sekolah Zul juga mula membaik. Dikala keadaan mula membaik, Ma Yana datang menuntut Zul dengan alasan rumahnya tiada orang lelaki. Risau dimasuki pencuri. Zul tidak ingin pulang ke sana namun dek pujukan Ma, Zul kembali semula ke rumah Ma Yana. Ma sempat berpesan Zul dialukan-alukan untuk datang bila-bila masa sahaja ke rumah kami. Sejak itu hubungan kami adik beradik mula membaik.

*************************************************************************************************

Sudah sepuluh tahun kejadian ini berlaku. Setiap kali pulang ke kampung aku pasti akan meminta Paksu dan Ma bersiap untuk keluar dan melawat ke tempat yang mereka tidak pernah melawat.Tina pula sering melawat Paksu dan Ma dan memberi rawatan yang selayaknya. Nida juga tidak ketinggalan segala bil dan perbelanjaan Paksu dan Ma di urus dengan baik. Zul pula Ma nasihatkan untuk terus berbakti kepada Ma Yana. Ma tidak kisah asalkan huibungan kami adik beradik tidak renggang.

Kami masih lagi bertegur sapa dengan Ma Yana walaupun dirinya sering membandingkan kejayaan anaknya yang mampu membuka sebuah perniagaan masakan di kota dengan kami yang hanya bekerja makan gaji.

Kami hanya tersenyum dan tidak sesekali menjawap segala tomahannya kerana Ma sering berpesan. Walaupun Ma Yana sering berkata kasar kepada kami.Namun hatinya lembut dan dirinya sebenarnya orang baik. Ma pun tidak pasti apa yang berlaku kepada Ma Yana sehingga sanggup memperlakukan Ma dan anak-anak Ma sebegini.

Kata Ma, dia bersyukur kami mampu jaga diri dan mampu menjaganya di hari tuanya.Dia ingin rehat dan tidak ingin memikirkan masalah lagi. Kami hanya mengangguk setuju dan kami juga sering berpesan kepada Ma untuk jaga kesihatan.Begitu juga dengan Paksu.

Segala jasa Ma dan Paksu kami tidak akan lupakan.Tanpa dia siapalah kami.Bak kata pepatah kasih ibu sepanjang perjalanan, kasih anak sepanjang penggalanHargailah ibu kerana tanpa mereka tiadalah kita 

MaWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu