NAZ||NELLY - EPILOG❤️‍🔥

Start from the beginning
                                    

Nazreeq mula melorotkan kain kemban Nelly. Nafas Nelly makin laju apabila bibir suaminya makin menurun ke bahagian bawahnya.

Nazreeq berdiri tegak dan menanggalkan baju tshirtnya. Dia mencengkam rahang Nelly dan membuka mulut Nelly lalu menyambar bibir itu.

Nelly terkejut namun dia membalas ciuman agresif suaminya. Suaminya makin membuas dan melekapkan dirinya ke dinding. Tangan Nelly menurun untuk membuka zip seluar Nazreeq.

Ok sudah. Faham-faham saja lah.

*:・゚✧*:・゚

TOKMA menggeleng melihat gigitan-gigitan manja di leher Nelly. "Kena gigit nyamuk ye Nelly?" Terbatuk Nelly yang sedang menikmati makan malam itu.

Nazreeq memukul perlahan belakang badan Nelly dan menghulurkan air kosong..

"Ha'ah tokma. Ada seekor nyamuk yang gagah perkasa lagi hensem yang gigit Nelly tadi." Ujar Nazreeq sambil mengunyah nasi didalam mulut.

Tokma menggeleng. "Gatal punya cucu. Yang dlm perut baru je 3 bulan.. Kau dah menggatal lagi nak tambah rakyat ye?" Nelly mengemam bibir. Malu! Nazreeq ni.. Aish!

Nazreeq tersengih tak bersalah. "Malam ni tidur rumah tokma kan?" Nelly mengangguk. "Ha'ah.. Kesian abang penat pandu kereta. Nelly ajak abang tidur rumah tokma je lah malam ni.." Ujar Nelly.

Nazreeq menjeling. Eleh ye la tu. Padahal budak kecil ni nak hirup suasana kampung. Sebab tu beria nak tidur rumah tokma nya..

*:・゚*:・゚✧

TERSENYUM lebar Nelly melihat pemandangan yang amat tenang baginya. Rambutnya beralun kerana angin malam menerpa wajahnya. Dia berada di tingkap bilik dirumah tokma.

Amat tenang dan damai cuaca dan angin di malam hari di kawasan perkampungan.

Senyuman Nelly makin lebar apabila ada satu tangan kekar melilit pinggangnya. Nelly menyandarkan kepala didada Nazreeq. Nazreeq mencium sekilas pusar kepala Nelly lalu merehatkan dagu diatas kepala isterinya.

"Suka pemandangan macam ni?" Nelly mengangguk. Matanya tertancap ke arah pemandangan sawah padi serta perumahan kampung..

"Suka.. Tenang je tanpa bunyi.. Kalau dekat rumah kita tu bising dengan bunyi kenderaan je.." Nazreeq senyum dan mengeratkan lagi pelukan.

"Abang suka juga suasana macam ni. Tapi abang laaagi suka kalau isteri abang selalu disisi abang.." Nelly memusingkan badan dan menekup kedua muka suaminya.

Nazreeq mencium tangan Nelly yang melekap dipipinya. Diperhatikan sahaja rupa manja isterinya ini.

"Tak sangka budak kecil yang abang benci ni jadi isteri abang.." Nelly tergelak perlahan.

"Tak sangka juga lelaki yang Nelly anggap abang angkat ni dah jadi suami Nelly.." Nelly mencium sekilas bibir Nazreeq.

Nazreeq mengusap bibir lembut Nelly. Tangan kiri masih erat memeluk pinggang isterinya.

"You know what baby?" Nelly menjungkitkan kening.

Nazreeq menggosok perlahan kepala Nelly. "You're my sunrise sparkle.." dahi Nelly berkerut.

"Apa tu? Abang carut Nelly eaa?" Nazreeq tergelak dan mencium sekilas dahi bersih isterinya. Nelly makin mengeratkan pelukan mereka berdua.

"Nelly adalah sinar matahari terbit abang.. Nelly satu-satunya cahaya yang mencerahkan kehidupan gelap abang.. Kerana sinaran Nelly lah abang berubah menjadi manusia.. Kerana Nelly juga abang kenal erti cinta.."

Mata Nelly berkaca. Dia senyum lebar saat ini kerana sangat terharu dengan ucapan Nazreeq. Inilah kali pertama Nazreeq meluahkan kata-kata manis kepadanya..

Nelly mengusap dada Nazreeq.. Nazreeq menghela nafas menahan tangisan. Dia sebak apabila terfikirkan kesalahan yang dia lakukan..

"Abang minta maaf.. Abang khilaf. Abang tak pernah tahu masalah yang Nelly hadapi ketika dulu. Abang hanya menambah kesedihan dalam hidup Nelly. Abang minta maaf sayang.." Nazreeq menggenggam kedua-dua tangan Nelly dan mencium bertalu-talu.

Nelly senyum bahagia apabila dia dapat merasakan air mata Nazreeq menitis diatas tangannya.. Baginya airmata lelaki adalah ikhlas. Dan dia tahu Nazreeq ikhlas memohon maaf kepadanya.

Nelly memegang kedua pipi Nazreeq. "Abang.. Nelly tak pernah ambil hati.. Nelly selalu maafkan abang.. Sebab abang adalah jiwa Nelly. Abang adalah orang penting bagi Nelly. Setiap kesalahan abang, Nelly akan maafkan.."

Nazreeq senyum dalam tangisan. Dia terus memeluk isterinya lalu wajahnya disebamkan di ceruk leher Nelly. Nelly menjinjit sedikit kakinya untuk membalas pelukan suaminya.

"Thank you sayang.. Thank you.. Kemaafan sayang la yang paling bernilai dalam hidup abang.. Abang janji abang takkan benarkan setitik air mata Nelly tumpah kerana abang kecuali airmata bahagia.."

Nelly senyum dan mengangguk laju. Dia amat menyayangi lelaki ini. Lelaki ini yang berada di dalam hatinya dari dulu sehingga sekarang..

Nazreeq melepaskan pelukan dan menyeka kasar airmata di wajahnya. Nelly memerhati dengan senyuman. Namun senyuman Nelly semakin pudar apabila melihat riak wajah Nazreeq yang gatal.

"Tapi..." Nazreeq membuka butang baju Nelly. Nelly menjeling. Dia pasti suaminya ada agenda..

"Kalau menangis kenikmatan, abang sanggup buat." Nelly tergelak dan memukul perlahan dada bogel suaminya.

"Abang gatal! Setiap masa nak kan?" Nazreeq menjilat bibirnya. "Apa salahnya buat bekal.." Nelly terus lari daripada Nazreeq. "Aaaa orang taknak la!"

"Alaa nak laa ea? Peluang keemasan ni.."

"Taknak! Tadi dah dapat kan?"

"Yang dah lepas jangan dikenang. Yang sekarang harus diharungi.."

"Amauuuuuuu!"

Bergema ruangan itu dengan celoteh mereka berdua. Syukur kerana kedua-duanya sudah bahagia dengan kehidupan sederhana mereka.

Semoga Aydeen Nazreeq dan Nellysa Humaira gembira dan bahagia sehingga ke Jannah..

Walaupun kisah disini sudah tamat namun kehidupan mereka tetap berkekalan selamanya🤍

-TAMAT-

Terima kasih kepada smua yang setia membaca dari prolog sehingga epilog. You don't know how much i love you, my readers❤️ Tanpa korang, saya tiada disini tau.

Kerana korang juga la saya mampu menghabiskan kisah ini. Terima kasih. 🥺

Maaf salah silap dari saya. Maaf juga jika ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan ejaan.

Last but not least thank you to all of you yang membaca, yg memberi vote dan yang memberi komen.

Nazreeq and Nellysa love you so much🫶🏻

Sekian, My Sunrise Sparkle NazXNelly melabuhkan tirai💋❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now