NAZ||NELLY - BAB 26❤️‍🔥

Start from the beginning
                                    

Nazreeq gelak perlahan. Dia menyebak rambut kebelakang. "Kau isteri atas kertas. Bukan orang yang penting bagi aku. Kau buat hal kau dan aku buat hal aku. Tak susah pun kan?"

"Dan tak susah pun kan kalau abang ikut cakap Nelly kali ni?" Dia terasa dengan perkataan Nazreeq namun dia harus bersabar ketika ini.

"Untuk apa aku ikut cakap kau?!" Terpejam mata Nelly dijerkah begitu. Dia menggigit bibir menahan ketaran.

"Hidup aku adalah hak aku dan kau tak ada hak nak masuk campur hal aku. Aku buat dosa aku yang tanggung. Apa kaitan dengan kau?"

"Memang ada kaitan! Kalau Nelly tak tegur Nelly yang akan berdosa nanti.."

"Kau memang dah berdosa dah pun. Menengking suami. Aurat pun tak tutup untuk suami. Ada hati nak tegur dosa pahala aku?"

Nelly mengendurkan bahu. Dia mengeluh. Dia kalah apabila Nazreeq menyatakan kebenaran.

"Jadi, pendosa besar macam Nelly tak ada hak ke nak tegur abang yang suci ni?"

"NELLY! Kau perli aku ke?!" Nelly memejam mata erat. Airmatanya mengalir laju.

"Tengking la! Tengking lagi! Biar semua orang dengar! Biar jiran tahu yang kita tengah bergaduh! Tengking lagi sampai abang puas!"

Nazreeq mengetap bibir. "Aku taknak naik tangan pada kau Nelly. Kau jangan cabar kesabaran aku." Nazreeq terus melanggar bahu Nelly dan keluar dari rumah.

BAMMM!

Bergema bunyi hempasan pintu. Nelly terjelumpuk jatuh. Airmata mengalir tak henti. "Ampunkan aku ya Allah jika aku derhaka terhadap suamiku. Ampunkan aku jika aku menaikkan suara terhadap suamiku. Ampunkan khilaf ku.."

"Abang.. Nelly minta ampun. Nelly cuma nak tegur.. Maaf kalau abang terasa hati dengan Nelly." Tersedu sedan Nelly melafazkan perkataan itu. Sebak didadanya apabila dia membuat suaminya marah.

"Nelly tunggu abang.. Nelly nak minta maaf.." Ujarnya sndirian.

*:・゚✧*:・゚✧

BAMM!

Terkejut Firash dan Naqib apabila Nazreeq menghentak meja.

"Kau asal? Datang-datang terus nak berhangin." Nazreeq menyebak rambut. Dia berdecit.

"Nelly tu la. Serabut betul aku dia duk membebel je. Selama ni okey je. Tapi lepas kahwin asyik membebel je. Pedih siot telinga aku." Naqib menghulurkan minuman keras ke arah Nazreeq.

Nazreeq ingin mengambilnya namun terhenti seketika apabila dia teringat akan wajah Nelly yang menangis kerananya. Dia menarik balik tangannya dan menggeleng.

"No thanks. Aku bawa motor." Naqib mengangguk.

"Chill lah. Biasalah perempuan banyak mulut. Kau kena bimbang kalau perempuan tu diam. Diam bermaksud dia memendam rasa. Tu lagi parah sehingga boleh buat tawar hati."

Ujar Firash lalu meneguk cola. Tak boleh mabuk malam ni. Esok dia harus berada di site pukul 8 pagi hmmm.

"Entahlahh. Mak aku pun tak pernah bebel macam tu. Dia siapa nak bebel aku macam tu?" Terhenti pergerakan Firash yang sedang meneguk air. Firash mengerutkan dahi selepas mendengar ayat yang ditutur Nazreeq.

Firash gelak perlahan. "Kau tanya dia siapa? Kau nak aku tunjuk ke gambar pernikahan korang? Dia tu isteri kau Naz! Memang wajarlah dia tegur kalau kau buat salah. Kau suami dia. Mestilah dia nak yang terbaik untuk kau. Dia nak ubah kau."

Nazreeq gelak mengejek. "Tiada sesiapa boleh ubah aku. Kalau dia fikir dia boleh ubah, tolong jauhkan fikiran tu sebab aku tetap aku. Tiada sesiapa boleh ubah diri aku."

Naqib tergelak sinis. "Kau akan berubah apabila kau faham erti cinta. Trust me, selepas kau cintakan dia sepenuh hati, kau akan sanggup ubah diri kau 100% walaupun kau rasa itu mustahil."

Firash mengangguk. Boleh tahan cerdik jugak Naqib ni. Sebelum ni kepala tingtong.

"Berbaik la dengan Nelly. Hati Nelly tu lembut. Kau naikkan suara sikit pun konfirm dia terasa hati. Balik. Pujuk dia elok-elok. Dia bini kau bukan adik kau. Kalau dia masih adik kau, kau taknak pujuk sampai mampus pun tak ap."

Nazreeq mengangguk perlahan dan cuba untuk fahami setiap bait perkataan Firash terhadapnya.

"...tapi sekarang pangkat dia adalah isteri kau. Dia tulang rusuk kiri kau yang harus berada disamping kau. Yang akan bawa kau ke syurga. Dan yang akan menemani kau disaat susah senang kau. Jangan rendahkan isteri sendiri."

Nazreeq memejam mata erat. Rasa bersalah menerpa diri kerana menengking isterinya tadi. Dan rasa bersalah apabila melihat muka kemerahan Nelly yang menangis angkaranya.

"I'm sorry my wife.." Gumamnya perlahan.

TBC🤍
Fuhhlamakk Firash tegur bab perkahwinan. Siap sebut syurga lagi tu. Tapi tula dia sebut dlm kelab. Aihh bimbang dengan ko ni Rash.

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now