[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑺𝒄𝒂𝒓

Começar do início
                                    

Dia menarik nafas.

"Lepas."

Dan menghela.

Abah mengulangi dua kali lalu selesai. Mereka akan selalu buat begini pada Ryan setelah Ryan makan ubat baru. Ini untuk kepastian sihat mental dan fizikalnya kesan makan ubat baru.

"Tadi yan lepas bangun tidur buat apa?"

"Erm.. man.. mandi."

"Lagi?"

"Ma.. makan."

"Dah habis makan?"

Dia menggeleng.

"Kenapa tunduk je ni? Cuba angkat sikit kepala."

Ryan menggigit lembut bawah bibirnya. Dia malu.

"Alahai, nak malu apa. Ira aje depan yan ni."

"I.. Ira?"

Dia menoleh ke arah abahnya.

"Hm."

"Ira Ryan?" Soal Ryan lagi.

"Ya, Yan sayang." Jawab bonda.

Dia mengangkat pandangan memandang aku yang masih berdiri di hadapannya jauh sedikit.

Aku tersenyum kecil.

'Ingat juga aku ya.'

"Tak sama pun." Ryan mencebikkan bibir. Mati terus senyuman aku.

"Mana nak sama. Dia dah besar lain dah lah muka.. haih ayan ni." Datuk Kamal menggeleng kepala melihat telatah anak lelakinya ini.

Abah mengeluarkan alat tekanan darah lalu menyarung pada lengan Ryan.

"Kepal tangan."

Ryan mengepal tangannya sambil menatap kembali ke arah aku. Apa tengok-tengok? Kecik besar kecik besar aku tengok dia ni.

"Kenapa darah yan rendah ni? Ryan okay tak?"

Datuk Kamal memeriksa suhu badan Ryan dan memeriksa depan dan belakang badan inginkan kepastian.

"Tadi balik Yan nangis. Sebab tu lah kot bang." Jawab Datin Liyana.

Datuk Kamal terlihat parut kecil di tangan Ryan. Nampak seakan masih baru.

Dia mencapai tangan yang berparut kecil itu.

"Ni bila kena?"

Ryan yang tadi menatap wanita itu terus memandang ke arah abahnya lalu meleret jatuh ke arah parut kecil tersebut. Wajahnya seakan kosong.

"Entah.. Ryan pun tak tahu."

Datuk Kamal sudah mulai risau.

"Ryan cuba ingat balik. Apa jadi?"

"Ryan tak tahu lah abah. Ryan terkena sesuatu kot tanpa sedar."

Datuk Kamal memandang Ryan lama.

'Takkan sebab sebelum ni? Mungkin Ryan sudah ingat sebelum tu, adakah waktu itu perkara ini terjadi?'

"Hm okay lah. Nanti kejap lagi Elina tolong suap yan ye?" Pinta abah.

Aku tersentak dan memandang dia. Dia terdiam di situ menatap aku pula.

Ok, awkward.

Degupan jantung aku laju.

Lain macam tatapan mata dia ni. Tengok tu, tengok tu.

Bukan main lagi scan satu badan aku.

Setelah itu, dia memakai semula baju t-shirt lengan panjangnya.

Dia bangun ingin beredar tetapi ditahan abah.

"Yan nak pergi mana?"

"Atas."

"Kan abah cakap apa tadi? Isteri kamu suapkan kamu."

"Abah.. yan boleh makan sendiri lah."bentak dia.

"Takde takde. Elina duduk suap Ryan. Ryan duduk now."

"Bonda.." merengek dia.

"Dengar cakap abah."

"Nanti Sophea marah.."

"Ryan. Sophea tu bekas tunang Ryan 3 tahun lepas. Sekarang ni isteri kamu. Naira Elina yang kamu panggil Ira tu. Kamu dah lupa dia yang kamu cari?"

Dia menatap ke arah ku lalu mendengus geram.

Dia terus duduk di meja makan tadi.

Aku yang diam hanya melangkah ke meja makan dan duduk.

Datin Liyana bingkas bangun dari sofa.

"Abang nak air apa?"

"Air teh o panas. Macam biasa lah, yang."

"Tawarkan? Jap saya buat." Datin Liyana terus melangkah ke arah dapur manakala Datuk Kamal pula menonton berita di televisyen.

Makanan yang masih berbaki aku menyambung kembali menyuapinya.

Kedua matanya yang tajam menatap aku lama. Sudu sudah lama tersedia di bibirnya yang masih tidak membuka.

"Saya tak kenal awak tapi jangan harap awak dapat hati saya," perlahan dia bersuara. Tidak mahu abah dan bonda dengar.

Ini yang aku penat ni. Aku pun rasa dah penat nak kejar kau. Geram aku. Kalau boleh aku memang nak masuk bilik tak nak jumpa dia yang banyak kerenah sangat.

Dia mengambil suapanku dengan renungan mata geram.

Kenapa aku nampak dia buat muka comel kat aku? Macam kelakar pula dia marah macam tu kat aku.

"Apa senyum-senyum?" Soalnya.

Aku semakin tertawa terhibur melihatnya.

"Apa yang kelakar? Tak kelakar lah!"

"Pftt.." aku menutup mulutku. Serius aku tak tahan lagi. Ryan kytor yang dulu ego sekarang secomel ini?

"Bonda.." rengek dia.

Aku terus menyumbat nasi ke mulut dia. Nak ngadu lah tu. Kau ingat aku lembik sangat? Dengan jual mahal kau? Ha.Ha.Ha. Ini Naira Elina lah.

Dia tersedak.

Uhuk!

"Eh kenapa tu?" Soal bonda kehairanan.

Aku terus bangun dan menggosok belakangnya.

"Tak de apa bonda. Ryan ni dia makan gelojoh sangat," jawabku tersenyum tidak bersalah.

Aku duduk kembali.

Raut wajahnya merah. Pandangannya lari dari memandang aku.

Merajuk ke sayang? Hahahah.

Comel.

Setelah selesai, dia terus masuk ke bilik.

"Elina."

Aku menoleh abah memanggil ku. Pinggan tadi aku letak kembali lalu melangkah ke arah abah.

Abah menceritakan perkara sebenar dari sebelum 3 tahun lepas dan setelah. Aku sudah faham dan mengerti maksud abah.

Sophea.

Aku sangat geram dengan nama itu.

-
-
-
-
-
-
-

Ehek! Double update 😍 Please vote and comment. Thank you! 🌹

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Onde as histórias ganham vida. Descobre agora