Sejak kematian Nuim, Risya berubah 180⁰ daripada seorang happy go lucky kepada seorang yang cold and dry. Dia juga tidak berkawan dengan lelaki lain kerana dia takut kejadian 2 tahun lepas berulang kembali.

END OF QUIN KRYSTAL DARISYA POV.

Apabila dia tersedar dari lamunannya Risya mengesat air matanya turun bagaikan air paip itu.

Sungguh dia sangat rindukan cinta pertamanya itu. Sebabkan kejadian inilah Quin Krystal Darisya memilih untuk tidak rapat dengan mana-mana lelaki. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Sedang asyik Risya menenangkan dirinya dia terasa seperti ada titisan air yang terkena pada pipinya. Hujan. Sebelum hujan turun makin lebat Risya terus menghidupkan enjin superbikenya dan mencari hotel berdekatan untuk dia berehat kerana dia tidak mahu pulang pada hari itu.

Keesokkan harinya Risya pulang ke rumah semula dan beriak seperti tiada apa yang berlaku semalam. Dia masuk ke rumah tersebut tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya.

" Awak pergi mana semalam tahu tak kami semua risaukan keadaan awak?" Soal Darren. Ye dia dan Daylan bermalam dibanglo itu untuk menemani Fia. Jangan risau bukan meraka sahaja di rumah itu tetapi ramai yang ada di rumah itu.

Risya hanya mengerling sekilas kearah Darren lalu meneruskan langkahnya untuk ke bilik tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh Darren.

" Sabarlah bang aku rasa bakal kakak aku tu bendera merah kot tu yang marah lain macam tu." Kata Daylan untuk menenangkan abangnya.

Setelah sampai ke bilik Risya menghempaskan badannya keatas katil kesayangannya. Sungguh fikirannya amat berserabut.

QUIN KRYSTAL DARISYA POV 

Baru sahaja aku nak lelapkan mata tiba-tiba terdengar notifikasi menandakan ada orang menelefon aku.

" Aduhhhh...kacau betul la manusia mana pulak yang call aku nie haihh...aku baru nak terlelap la haish..." Bebelku sendiri. Macam la orang yang call tu dengar aku bebel. Bazir air liur je.

Tanpa melengahkan masa aku mengambil telefon dan melihat siapalah yang mengacau aku sekarang nie.

" Mama Nuim🤍"

" Aikkk...kenapa mama call aku nie?" Aku mengesek ikon hijau untuk mengangkat call tersebut.

" Assalamualaikum Isya sayang. Isya sihat? Lamanya mama tak sembang dengan anak mama sorang nie... " Sapa mama arwah Nuim gembira.

 Keluarga Nuim memang memangil Risya dengan nama Isya kerana bagi mereka panggilan Isya itu lebih sedap dan manja bunyinya. Risya pula telah dianggap sebagai anak sendiri walaupun Nuim sudah tiada keluarga Nuim tidak pernah salahkan Risya atas apa yang telah berlaku.

" Waalaikusalam mama...Alhamdulillah mama Isya sihat je. Mama macam mana sihat tak?" Soalku.

" Alhamdulillah sayang mama sihat. Nie sebenarnya mama rindu Isya sangat-sangat dah lama betul mama tak jumpa Isya. Malam nie mama ada buat majlis tahlil sikit untuk arwah Nuim...Isya datang ye? Kalau boleh mama nak Isya tinggal rumah mama untuk beberapa hari boleh? Mama nak lepas rindu mama dekat anak perempuan mama nie." Soal mama penuh berharap.

" Boleh mama. Isya datang. Isya pun rindu mama sangat-sangat. Mama tunggu Isya ye? Isya nak kemas baju kejap." Jawabku sambil menahan sebak di dada.

" Ya Allah betul ke Isya nak datang nie? Alhamdulilah...baiklah mama tunggu Isya." Hampir sahaja Puan Sri Naimah melompat kegembiraan kerana Risya bersetuju dengan ajakannya.

" Ok lah mama Isya letak dulu ye? Isya nak kemas baju dulu. Babai mama Assalamualikum." Kataku ingin memutuskan panggilan.

" Yelah sayang mama tunggu ye...Waalaikusalam." 

Setelah itu aku berjalan kearah walk in closet yang berada di dalam bilikku untuk mengambil beberapa pasang baju untuk diletakkan ke dalam beg untuk pergi ke rumah Puan Sri Naimah.

Setelah siap mengemas aku mencapai tualaku untuk mandi dan bersiap untuk pergi ke rumah mama. 40 minit kemudian aku telah pun siap.

END QUIN KRYSTAL DARISYA POV

Risya turun ke bawah sambil membawa luggage kecil. Darren dan Daylan mula pelik mengapa Risya membawa luggage.

" Awak nak pergi mana tu?" Soal Daylan.

" Kau tak payah nak sibuk." Balas Risya dingin.

Risya terus mencapai kunci Nissan Skyline GTR R35 kesayangannya untuk bergerak pergi ke rumah mama Nuim.

" Aihhh Risya nak pergi mana tu? Bukan ke dia baru je balik ni dah keluar semula dah?" Soal Fia.

" Entah la awak saya tanya dia tapi dia marah pulak haihhh..." Jawab Daylan.

" Hmmm..." 

-----------------

hihihi hai semua sorrylah ye lama tak update. Kita busy + takde mood nak menulis😌. Ini pun ayat berterabur tu abaikanlah ye? Inilah hasilnya bila paksa diri untuk menulis walaupun takde mood. Enjoy lah ye babai love you guys...Muahh...🤍

QUEEN & KING MAFIA LOVE STORY [SU]Where stories live. Discover now