NAZ||NELLY - BAB 3❤️‍🔥

Start from the beginning
                                    

"Dee.. ke-kenapa dia tak pe-pernah nak sayang aku? Kenapa Dee.." Tersekat-sekat suara Nelly ketika ini.

Dee mengetap bibirnya. Menyampah! Dia menyampah gila dengan Nazreeq tu. Bukannya dia tidak tahu perangai haram lelaki itu. Setiap malam Dee akan nampak Nazreeq keluar masuk dari kelab malam. Kedai runcit milik bapanya bertentangan dengan kelab. Kerana itulah setiap hari dia nampak siapa yang keluar masuk ke situ.

"Shh.. Dia tak sengaja tu.. Dia sayang kau la Nelly. Mungkin dia stress?" Dee memang benci akan Nazreeq. Namun sebenci-bencinya dia tidak memburukkan lelaki itu melainkan Nazreeq melakukan perkara diluar batas.

"Aku tak tahu.. Setiap hari aku cuba bercakap dengan dia. Cuma ambil hati dia. Tapi yang aku dapat cacian dan makian je. Hina sangat ke aku ni Dee?"

Dee mengusap rambut ikal mayang milik Nelly. Nelly memang manja dengannya. Eh silap. Nelly memang manja dengan semua orang yang dia kenali kecuali lelaki. Dia tidak akan bermanja dengan lelaki lain kecuali papa angkatnya dan.. abang angkatnya.

"Kau tak hinalah. Abang kau tu nampak je macam tu. Tapi dia sayangkan kau. Kalau tak mana mahunya dia hantar kau sehingga depan pintu pagar kan? Kalau dia benci kau dah lama dia lempar kau tepi jalan.."

Nelly mengesat air matanya. Matanya beralih ke arah Dee. "Betul ke Dee apa yang kau cakap tu?" Dee senyum lebar dan angguk.

"Yup! Abang mana yang tak sayang adik?" Nelly senyum lebar. Alahai. Dengan mata berkacanya tu lepastu senyum macam tu. Sumpah macam budak-budak!

*:・゚✧*:・゚✧

"OKAY so do you have any question about this?" Tanya Prof Fahri kepada pelajarnya. Prof Fahri menjeling.

"Alright if you don't have any question i will dismiss right now. But! After i left this class, i don't want all of you had a problems about this task. And i don't want everyone makes mistake even a little bit."

"Alaaaa prof.." Meleret sahaja suara pelajar didalam kolej itu. Prof Fahri senyum mengejek.

"Told ya don't ever play with me. Gotta to go." Sempat Prof Fahri mengenyit mata sebelum keluar dari kelas.

Nelly mengeluh dan meletakkan kepala diatas meja. "Mampus la.. Aku ni dahlah tak reti sangat lakaran seni bina.. Susahnya nak jadi arkitek!" Nelly disarankan oleh ibubapa angkatnya agar dia memasuki bidang seni bina supaya nanti dia boleh terus direkrut ke tempat kerja bapanya.

Haa senang tu kan? Encik Nazeem yang menyuruhnya mempelajari ini semua. Dan Nelly hanya terima sahaja kerana dia berminat dalam bidang struktur bangunan..

Dee tergelak. "Elehh papa dan abang kau kan ada? Minta tolong je la pada mereka.."

"Hmmmmmmm.." Nelly hanya bergumam. Tak laratnya nak bercakap!

Nelly yang sedang meletakkan kepala diatas meja tersentak apabila seseorang menghentak kuat mejanya.

Nelly berdecit. Konfirm perempuan tu..

"Hei Nelly. Tadi aku tengok ada sorang lelaki hantar kau. Siapa lelaki tu?" Nelly mendongak memandang gadis itu. Malasnya nak bercakap dengan perempuan ni.. Konfirm bertekak nanti.

"Abang aku." Khairina senyum sinis.

"Tak sesuai langsung lelaki hensem jadi abang kau. Tapi lagi tak sesuai kalau dia jadi kekasih kau. So aku assume yang dia tu sepupu kau je la eh? Sebab muka kau dengan dia tak sama pun. Betul ke dia abang kau Nelly?"

"Yang kau sibuk sangat nak tahu aliran keluarga orang ni dah kenapa? Kau nak mencelah juga? Macam lah Nelly nak terima kau jadi akak ipar dia.." Bidas Dee.

Khairina menjeling Dee. "Ehh kau diam la anak kedai runcit. Sibuk nak menyalak apahal? Aku tak bercakap dengan kau kan? Sehingga ke hari ni aku tertanya macam mana kau boleh masuk ke kolej mahal macam ni. Bapak kau bayar guna daun ke?" Terkekeh kawan baik Khairina ketawa mndengarkan itu..

Nelly menghentak meja lalu terus berdiri tegak sambil berpeluk tubuh. "Kerja kau memang suka libatkan mak bapak orang ke Khairina? Ohh.. Lupa. Mak ayah kau terlampau sibuk sehingga tiada masa untuk kau. Sebab itu la kau sibuk nak kondem orang lain yang cukup kasih sayang kan?" Panas sahaja hati Khairina apabila mendengar ayat yang dilontarkan daripada Nelly.

"Kau me--" Baru sahaja dia ingin menarik rambut Nellysa, namun ada satu tangan kekar yang memegang lengannya.

"Whoa whoaa chill girl. Dari tadi kau memekak. Aku nak tidur pun tak senang." Khairina menepis tangan itu dan mendengus. Sempat dia menjeling Nellysa dan Dee sebelum keluar dari kelas..

"Thank you Shafiq.." Shafiq mengangguk pada Nellysa.

"Sama-sama.. Dee.. Alah kau takyah dengar sangat la cakap perempuan tak cukup kain tu. Dia tu mulut celupar. Sibuk nak kacau orang."

Dee senyum kelat. Nelly menggosok lengan Dee sebagai tanda memujuk.. Shafiq senyum sahaja. Sempat dia menjeling belakang Khairina. Dia menggeleng melihat perangai sepupunya itu..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now