Di sini Ayriana simpulkan pasti Tengku Erman sudah menceritakan perihal dia mendapat tahu tentang Qaseh Damia daripada Tengku Firrah.

"Bonda pun kecewa dengan tindakkan Erman yang nak rahsiakan dahulu pasal Qaseh Damia daripada Ay. Tapi tengoklah apa jadi. Kesian menantu bonda." wajah Ayriana di elus lembut.

Membuatkan benting air mata Ayriana tidak boleh menahan lebih lagi setitis jatuh jua. Sesegera itu di sekat poleh Tengku Hazliza.

"Ay...maafkan bonda. Maafkan ayahanda. Maafkan Erman juga. Ay minta lah apa-apa selagi itu mampu tebus segala kesedihan Ay. Kami nak lakukan semuanya untuk Ay...ya sayang." beritahu Puan Hazliza. Lagi lagi wajah itu di elus.

Sayangnya tumpah kepada menantu perempuannya ini tidak terkata. Ya walaupun wajahnya sama tapi sikap dan cara melayani. Ayriana pantas memikat hatinya.

Dalam menahan tangis Ayriana tetap berbicara. "Bukan wang ringgit yang Ay minta bonda. Ay cuma nak kasih sayang. Kejujuran dalam hubungan." nafas di tarik untuk menyambung bicara.

"Selama ni Ay dah banyak terluka bonda. Selalu di kecewakan. Hati Ay bukan dah retak. Tapi dah hancur lebur bonda. Sakit sangat dalam ni." dinding dadanya itu di pukul kecil menandakan bertapa sakitnya.

Jika berdarah mungkin sudah bertukar darah pekat sehingga bertukar menjadi warna hitam pekat.

"Maafkan bonda Ay...maafkan kami sekeluarga..." pujuk Tengku Hazliza. Wanita itu juga turut tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

Sesegera itu Ayriana mengelengkan kepala. Terlapak tangan itu di raih dan di bawa dekat kepadanya.

"Ini bukan salah bonda. Bukan salah ayahanda. Ataupun sesiapa. Ay ambil ini sebagai takdir. Qador dan qadr. Jodoh dan pertemuan allah dah tentukan. Mungkin jodoh Ay dengan abang Erman. Selepas abang dengan kak Qaseh dulu." dia paksakan senyuman walaupun di boleh bayangkan bertapa buruknya.

"Tapi Ay tetap bersyukur....abang Erman lelaki yang cukup sempurna. Bernikah dengan perempuan biasa macam Ay ni. Yang serba serbi kekurangan. Dan kesetiaan abang Erman pada arwah kak Qaseh yang tak ternilai sampaikan Ay berharap kasih dan cinta abang Erman ada untuk Ay juga...ha..walaupun segelumit. Pun dah cukup." titisan air mata jatuh lagi.

'Ya allah kenapa begitu lemah kau buatkan kepada hati ku ini...' rintihnya.

Lagi mendengarkan ayat yang keluar daripada mulut Ayriana makin air mata Tengku Hazliza jatuh.

'Ya allah sesakit itukan hati yang anak ku tambahkan luka kepada menantu ku ini. Maafkan ku ya allah.' pohon Tengku Hazliza dalam hati.

"Ay jangan macam itu nak. Ay layak. Lebih daripada layak untuk dapat kasih sayang dan cinta tu. Percayalah. Kami sayangkan Ay. Terima Ay sebagai diri Ay sendiri. Ayriana Kyaiseh. Bukan Qaseh Damia." ujar Tengku Hazliza.

Ayriana yang mendengar setiap baik bicara Tengku Hazliza tidak dapat menahan daripada air mata menitis jatuh.

"Terima kasih bonda...terima Ay seikhlasnya sebagai menantu bonda." ucapa Ayriana. Tangan itu di ambil dan di cium terlapak tangan tersebut.

Dan Tengku Hazliza tanpa segan silu langsung memeluk tubuh kecil molek menantu kesayangan itu.

Tubuh di di bawa masuk ke dalam dakapannya. Penuh kasih sayang Tengku Hazliza mengelus belakang badan Ayriana itu.

Dan tidak terduga Ayriana melepaskan tangisannya di bahu ibu mertuanya itu.

Tapi tidak Tengku Hazliza menolak tubuh itu. Malah makin erat di peluk.

*****************

Cawan teh yang terisi kopi hitam pekat tersebut di letakkan di atas piring kecil yang menjadi alas kepada cawan tersebut.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now